Dengki???????
dengki dengan pengaruh yang dia ada?
dengki kerana dia ada kereta BESAR dari kita?
dengki kerana rumah dia tersegam indah? dengan dengan kekayaan yang jiran
tetangga ada?
biasa lihat? biasa rasa? lebih buruk jika dengki itu diterjemahkan menjadi
PERBUATAN MUNGKAR YANG MEROSAKKAN nikmat yang dikurniakan
kepada orang lain..
jadi tidak hairanlah jika harini kita lihat manusia bertikam lidah cuba
menjatuhkan pihak lawan,menjatuhkan maruah sesama manusia,
bunuh membunuh, dan yang lebih menjijikkan bila manusiameminta
tolong makhluk halus untuk tujuan merealisasikan sifat buruk
dengkinya tadi..seringkali juga mereka yang terus menerus berdengki ini
akan selalu menampakkankesombongan terhadap orang lain.
Tingkatan dengki dibahagi kepada empat:
1) Seseorang yang mengharapkan hilangnya nikmat dari orang lain,
walaupun nikmat itutidak dia dapati (seburuk buruk sifat dengki)
2) Seseorang yang mengharapkan hilangnya nikmat dari orang lain kerana
menginginkan kenikmatan itu untuk dirinya.
3) Seseorang yang ingin mendapatkan seperti yang dimiliki orang
lain dan tidak mengharapkan kenikmatan itu hilang dari orang itu.
Akan tetapi apabila dia tidakdapat nikmat itu, maka dia mengharap
kenikmatan itupunhilang dari orang itu
agar tidak ada beza antara dia dengan orang lain.
4) Seorang yang ingin mendapatkan apa yang dimiliki
oleh orang lain. Akan tetapi, apabila tidak mendapatkannya,
maka dia tidak berharap nikmat itu hilang dari orang lain.
dan kategori terakhir ini...
adalah merupakan perbuatan tercela yang dimaafkan apabila kenikmatan itu
berkaitan urusan dunia.
Akan tetapi apabila berkaitan urusan akhirat, ia merupakan urusan yang
disunnahkan
Jadi bagaimana melatih diri untuk tidak dengki???
Tiada ubat yang paling mujarab yang dapat merawat penyakit ini melainkan
dengan ilmu dan amal(perbuatan yang bermanfaat) . Ilmu yang bermanfaat
yang dimaksudkan ialah ilmu yang benar-benar membuat diri sedar,
bahawa DENGKI dapat memberi mudharat kita di akhirat kelak.
Di sisi lain, disini saya kongsikan satu lagi kaedah menarik bagi mengelakkan
dengki.
Ketika hati seseorang timbul rasa dengki terhadap orang lain, maka paksakan
lidahnya untuk memberi pujian kepada orang itu.
Ketika kedengkian disebabkan kesombongan, maka paksakan diri kita untuk
mengambil sikap tawadhu' di hadapan orang itu.
Ketika kedengkian disebabkan ketidaksenangan melihat orang lain berbahagia,
maka paksakan diri kita untuk memberikan sesuatu yang terbaik untuknya.
Sungguh ini merupakan hal yang cukup berat, akan tetapi jika diteruskan, maka akan
membuka hati kita untuk mencintai orang yang awalnya kita dengki.
ketahuilah apabila kita memberikan pujian kepada orang lain, bersikap tawadhu'
dan memberikan kebahagiaan untuknya, maka orang tersebut akan membalas
perbuatan sama yang kita lakukan,sehingga timbulnya persaudaraan dan
kasih sayang dengannya, dan perkara yang pada awalnya sangat berat akan
berubah menjadi tabiat yang tidak dapat dilepaskan..
inilah ubatnya, meskipun terasa pahit dihati,
"kerana ubat yang paling mujarab adalah ubat yang paling pahit,
dan orang yang tidak mampu meminum ubat yang pahit, maka tidak akan
merasa manisnya kesembuhan"
ingatlah,
"dan janganlah kalian saling dengki-mendengki, memutuskansilaturrahum, bermarahan,
bermusuhan, dan jadilah hamba-hamba Allahyang bersaudara."
-muttafa'alaih
"dengki dapat memakan kebaikan (kebahagiaan) sebagaimana
api memakan kayu bakar"
(abu daud dan Ibnu majah)
Sharing dari - rencahhati.blogspot.com
No comments:
Post a Comment