Wednesday, August 11, 2010

JiKa KaU BiLanG CiNtA...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Ramadhan menyapa kembali..Bulan yg penuh pengharapan dan penuh kasih sayang. HAri pertama telah berlalu..entah mengapa, sejak semalam hatiku berbunga riang. Semua benda terasa senang, bila susah pun masih rasa nak senyum dan tertawa..Alhamdulillah..mudahan dgn nikmat ni aku tidak jadi lupa diri dan alfa..

Terjah Blog org Lain

Sejak dua menjak ni bila baca blog org lain semua menceritakan tentang persiapan ramadhan..Wish ramdhan berkeliaran disana sini tak kira la msj yg aku dpt di fon, facebook, ym hingga ke blog. Alhamdulillah..semua org masih sensetif tentang ramadhan, semua berazam nak berlumba-lumba nak buat amal kebaikan..which is good la kan? ^_^..

Bulan Puasa Bulan Cinta

Kenapa aku kata bulan puasa ni bulan cinta?? Ini disebabkan selain aku melihat ucap 'selamat menyambut ramadhan' terpampang disana sini...tak kurang juga yang menyatakan hasrat untuk kembali menCINTAi Tuhan.

'Mudahan ramadhan kali ini memberi sinar baru dalam pencarian ku dalam mengenalmu'

'Hidup dan matikan aku dalam keadaan mencintai Mu dan rasulMu.'


Lebih kurang macam tu la ayat-ayat yang aku jumpa..Cuma aku ubah2 sikit la ayat ni supaya tak jd mcm cut n paste sngt..^_^


Tertanya
Cinta..Apa maksudnya cinta disini?Hurm.. Bila aku baca one part of buku ustaz hasrizal(Murabbi Cinta), yang ditekankan disitu adalah pabila cinta, kita RELA dan SUKA disuruh melakukan apa sahaja..Sang isteri rela melakukan tugas untuk suami..anak pula dengan senang hati mudah untuk melakukan suruhan ibu dan ayah..pasangan kekasih sehinggakan rela menggadai diri. Semua itu kerana apa??---CINTA

Jadi..yang aku faham disini..bila kita melafazkan cinta pada Allah terutamanya..semestinya kita harus menyiapkan diri untuk rela melakukan apa sahaja yg disuruh..dan meninggalkan apa yg dilarang..Biar berpenat lelah..biar bersusah payah..semuanya sanggup dilakukan demi CINTA yang satu itu..

Sesetengah juga berkata..cinta itu adalah kekuatan, yang mampu merubah yg fana menjadi nyata..Jadi, jika benar kita cinta..kuatkah kita untuk meninggalkan kemungkaran?..kuatkah kita untuk melakukan kebaikan?

Love is ..giving -Deviant art

Setiap tahun aku berazam agar ramadhan yg aku tempuh menjadi lebih baik dari sebelumnya..Dan setiap tahun aku meletakkan pengharapan yang cukup tinggi agar ramadhan kali itu memberi aku kekuatan untuk menghadapi kehidupan yang akan ada pengaruh syaitan...Aku gembira ramadhan ini datang..namun..dalam masa yang sama..aku sedih kerna ku tahu ia akan pergi...Dan aku tidak dapat menjanjikan diriku yang ramdhan ini akan kembali lagi...


Maafkan segala kesalahan ku ..Moga Allah mengampuni kesalahanmu..
Aku berdoa agar ramadhan kali mampu membasuh segala dosa yang liat melekat dijiwa..dan dalam masa yang sama..aku amat mengharapkan ramadhan kali ini dapat merawat luka dihati aku...seorang hamba..

Mati itu pasti..hidup..Insyallah