Wednesday, September 22, 2010

Pengembara..niat..dan peta

Assalamualaikum...

Ini aku kongsikan sebuah sajak khas untuk adik-adik serta rakan-rakan seperjuangan sebagai buah tangan terakhir sebelum aku meninggalkan Malaysia malam ni...Kredit to Kak Fadzilah Hanim atas sajak yang aku rasa best n bermanfaat ini..

September/Oktober ini tahun pengajian baru telah bermula bagi pelajar-pelajar yang merantau ke bumi Eropah. Bagi yang baru kembali dari kampung halaman, masih terasa hangat pelukan ibunda. Bagi yang baru menjejakkan kaki pertama kali, banyaknyaaa perkara baru tiba-tiba datang menghujani, banyaknya hal terpaksa dibiasakan, berjauhan dari keluarga, cuaca, orang-orang, kaedah belajar, kawan-kawan, makanan dll.

Semoga Allah memudahkan langkah kita semua, memberi barakah kepada usaha kita dan menerimanya sebagai ibadah yang ikhlas. Walau apapun keputusan yang diambil dalam hidup ini, tiada lain yang kita cita-citakan melainkan Allah menunjukkan kita ke jalan yang lurus, semakin menghampiriNya dalam setiap detik dan setiap langkah.


Jikalau itu niatnya, Allah akan bersamamu. Allah akan menjagamu. Pasti Allah akan menunjukkan jalanNya kepadamu.

“Barangsiapa yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan Allah, nescaya benar-benar akan ditunjukkan kepadanya jalan-jalan Kami” (Surah Al-Ankabut : ayat 69)


.
~kredit to deviant art~

Bersungguh-sungguh mencari keredhaan Allah..
betulkah kita macam tu?
atau kita hanya terbang bersama angin yang bertiup? mengikut saja ke mana arus membawa?
takut-takut nanti larut dan tenggelam tanpa sedar

tanah di barat ini bukan calang-calang
yang hitam boleh jadi putih. yang putih seolahnya hitam
yang dalam boleh nampak cetek. yang cetek sebenarnya dalam

ombak di sini juga lebih tinggi
pukulannya lebih kuat
tahu berenang tak?
kalau hanyut mesti tahu pulang ke pangkalan
kalau hampir lemas mesti lekas minta tolong
kalau sesat, jangan biarkan leka. mesti cepat buka peta

ada bawa peta?
bukanlah pengembara yang bijak kalau peta tidak sentiasa bersama
pandai baca peta tak?
kalau tak mahir, ayuhlah sama-sama belajar
mak kan dah pesan
malu bertanya, sesat jalan

sahabat tersayang
jangan lari, jangan malas, jangan segan
kita ini sama-sama orang di rantauan

inshaAllah ramai yang sudi menghulur bantuan, memimpin tangan
tidak lain tidak bukan
cuma atas dasar kasih-sayang satu aqidah dan satu iman
kita semua inginkan kebaikan
terima kasih daun keladi
kepada jiwa-jiwa murni yang luar biasa ini
mana-mana yang ikhlas, moga Allah mengganjari setinggi-tinggi
itu hadiah istimewa dari Allah buat diri yang selalu mencari
keimanan dan ketenangan abadi.

.
Selagi ada nafas diberi..maka jgnlah berhenti berlari mengejar syurga yang abadi
Mati itu pasti..hidup..Insyallah

Buat Pengembara

Tuesday, September 14, 2010

Belajar menerima

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah..di jalan ini aku berpeluang bertemu dengan ramai orang, sosok-sosok luar biasa yang mempunyai kehebatan masing-masing.Kehebatan mereka dikagumi..tingkah laku mereka ingin sekali di ikuti. Andai bisa, seperti ingin di copy pastekan ke dalam diri agar memiliki setiap inci kehebatan-kehebtan mereka ini.

Namun..aku sedih..kerna yang aku lihat..ramai di antara kita yang tidak mampu untuk menerima sekecil-kecil kekurangan yang ada pada setiap sosok-sosok luar biasa yang pernah mereka kagumi itu. Pantang ada salah sedikit..riuhnya hendak di hebah sekampung. Andai tersilap bicara ..di ungkitnya bertahun-tahun..Allah..inikah sikap kita?? Andai sejarah ingin di ikuti..jgn la di ikut sejarah Abu Lahab..yang mana kelahiran Rasulullah disambut dgn hati yang begitu gembira hingga sanggup memerdekakan seorang hamba..Namun, pabila ada yg jelik ternampak di matanya, tersingkap di kata-kata baginda, mulalah Baginda di benci sedalam-dalamnya. Kata caci menjadi pengiring bicara.

Belajar Menerima..

Mungkin kata-kata ini sudah amat diketahui bg setiap antara kita, di ulang- ulangi entah sudah kali yg keberapa..Namun.. sejauh mana kata di fahami..bicaranya di mengerti?Kenapa kita sering kali lupa dan kelabu mata apabila perasaan iri hati mengaburi diri?Bagaimana boleh timbul istilah tidak dapat menerima kesalahan/kelemahan seseorng itu andai pernah ada cara, bahsa atau tingkah lakunya yang pernah dikagumi di jiwa?Aku hairan..silapnya di mana? kerna masalah ini sering berlaku di kalangan kita...orang yg faham agama(insyallah)..Adakah tidak cukup ithsar kita hingga tidak mampu untuk bersangka baik dengan sahabat seperjuangan?

Bersahabat itu jangan hnya demi kepentingan diri..jgn hnya sekadar untuk suka-suka..Bukan sekadar kepentingan dunia.dan bukan juga hnya sekadar mengisi masa..Bersahabt itu, kalau blh ingin ke syurga bersamanya..kerna..tali persahabatan itu terbina atas dasar cinta!Belajarlah menerima kekurangan orang sekeliling kerna itu akan membuatkan dirimu lebih bahagia..Yakinlah!.Kamu akan lbh bahagia!..

Tak salah tangan di atas pulak yang menerima..(kredit to deviant art)

Sahabat...janganlah terlalu kita mengejar kesempurnaan hingga tidak mahu ada sedikit pun cacat cela pada diri kita dan orang sekeliling kita. Janganlh terlalu cepat menghukum..kerna kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di sebaliknya. Cubalah belajar menerima..yang lebih di kongsi, yang kurang di tampung bersama. Kan molek begitu..

Insyaallah..kita mahu bercinta hingga ke syurga..bukan sekadar dengan pasangan kita tetapi dengan ibu bapa dan orang2 sekeliling kita juga. Jadi..andai syurga yang di cari..janganlah biarkan isu yang kecil ini membuatkan kita tersungkur di pintu syurga..berada di ambang neraka..

Wallahua'lam


~Aku ingin ke syurga bersamamu..maka pimpinlah aku~


Mati itu pasti..hidup..Insyallah

Wednesday, September 8, 2010

~Pulang kepada yang asal~

Assalamualaikum ...

Tinggal beberapa jam sahaja lagi ramadhan bakal melabuhkan tirai..Ya Allah..aku seperti tidak dapat menerimanya..Seperti tidak kuat untuk melangkah keluar dr Ramadhan menuju ke dunia tanggung jawab dan dan penuh fitnah. Namun..alhamdulillah..Engkau hadirkan aku penenang untuk berkongsi ayat-ayat cinta dari Mu..Terima kasih Ya Allah..

Ini aku titipkan pada kalian..Andai tidak terkesan pada hati kalian pada kali ini..Kudoakan ia bermanfaat pada masa hadapan..

Dari Abu Dzar Al-Ghifari ra. dari Nabi saw bersabda meriwayatkan firman Allah 'Azza wa Jalla, bahawa DIA berfirman,

"Wahai hamba2-Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku mengharamkannya atas kalian.
Wahai hamba2-Ku, kalian semua tersesat, kecuali org yg Aku beri hidayah, maka mintalah hidayah itu kpd-Ku, niscaya Ku-berikan hidayah itu kepadamu
Wahai hamba2-Ku, sesungguhnya kalian semua adalah org2 yg lapar, kecuali org2 yg Aku beri makan, maka mintalah makan kpd-Ku, nescaya Aku berikan makanan itu kepada mu
Wahai hamba2-Ku, kalian adalah org2 yg tidak berpakaian, kecuali yg telah Ku berikan pakaian, maka mintalah pakaian kpd-Ku, nescaya aku berikah pakaian itu kpda mu
Wahai hamba2-Ku, sesungguhnya kalian semua berbuat dosa di malam dan siang hari dan Aku akan mengampuni semua doas, maka mintalah ampun kpd-Ku, nescaya Aku ampuni kalian semua....''

Kadang kala aku terlalu risau akan sesuatu hingga aku lupa segalanya adalah milik Allah....Aku berusaha hingga kadang kala aku lupa apa sahaja ketentuan itu datang dr Allah..Disebbkan itulah amat mudah aku kecewa jika tidak dpat apa yg dihajatkan terutama apa yg telah diusahakan..kerna aku sering lupa segalanya milik Allah..

Pulangla kepada Dia..(Deviant art)


Mohonlah pada Allah..kerna segalanya milikNya..kerna hnya Dia yang boleh meminjamkan apa yang engkau hajatkan itu..


~Pulanglang dengan hati yang redho dan d redhoi.~

~Mati itu pasti..Hidup..Insyallah~

Sunday, September 5, 2010

Penyakit orang-orang 'muda'

Assalamualaikum..

Moga kalain sihat iman dan jasad..

Pemuda..kebanyakkan orang beranggapan bahawa 'org muda' susah nak jatuh sakit. Ye la..antibodi bnyk n kuat lg. Tambah teruk ada yang berfikiran 'ala, muda lagi..nanti2 la taubat..'..Namun, pemikiran ini mungkin tidak menimpa anak-anak muda yg sedang ghairah mencari dakwah dan tarbiyah..Namun..ada satu lagi penyakit yang amat-amat bahaya yang mana menular dan menyusup dlm diam dlm urat nadi para aktivis-aktivis dakwah ini. Ini saya kongsikan apa yg telah di copy pastekan org ke email sy.Moga bermanfaat..


'Pahlawan bukan sekadar hebat memegang pedang..'
(gambar hiasan@deviant art)



Penyakit orang-orang “muda” yang baru menapakkan kakinya beberapa langkah di dunia ilmu keislaman adalah mereka tidak mengetahui kecuali satu pendapat dan sudut pandang yang mereka dapatkan dari satu orang syeikh (guru). Mereka membatasi diri dalam satu madrasah dan tidak bersedia mendengar pendapat lainnya atau mendiskusikan pendapat-pendapat lain yang berbeda dengannya.

Anehnya, mereka ini melarang bertaqlid, padahal sebenarnya mereka sendiri bertaqlid. Mereka menolak mengikuti para imam terdahulu, tetapi mereka bertaqlid kepada sebahagian ulama masa kini.

Mereka bahkan menolak madzhab, padahal mereka sendiri menjadikan pendapatnya sebagai “madzhab kelima” dengan membelanya mati-matian dan menolak setiap orang yang berbeda pendapat dengannya.

Mereka menolak ilmu kalam klasik yang mengutamakan perdebatan kalamiah, tetapi sebenarnya mereka sendiri telah membuat “ilmu kalam baru” dengan pembicaraan mereka yang tidak memperhatikan penanaman aqidah di dalam hati, tetapi hanya mementingkan perdebatan sekitar masalah-masalah aqidah.


Sesungguhnya, sikap mereka terhadap kebenaran tak ubahnya seperti sikap orang-orang buta terhadap gajah dalam kisah India yang terkenal. Mereka tidak mengetahui gajah melainkan bahagian yang disentuh olehnya.

Seandainya mereka mahu memperluaskan wawasan, niscaya mereka akan mengetahui dan menyedari bahawa persoalan yang dihadapi itu lebih luas dari sekitar satu pendapat dan keanekaragaman pendapat itu dapat ditoleransi. Akan tetapi, yang penting adalah bersikap adil, meninggalkan fanatisme, dan mahu mendengarkan orang lain, sekalipun mungkin mereka lebih benar pendapatnya.

(Dr Yusuf Al-Qardhawi, Fiqhul Ikhtilaf)




Sumber: Al-ahkam


'Namun pahlawan itu adalah seorang yang bijak menguruskan emosi dan akalnya dalam menggerakkan jasad'


~Mati itu pasti..Hidup..Insyallah ~