Friday, January 27, 2012

Istiqamah itu tandanya setia..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Alhamdulillah..Allah yang Maha Pengasih..Yang mana Dia tidak akan membiarkan walaupun satu doa hamba-hambaNya tidak terjawab..Allah tidak pernah jemu menunjukkan kasih sayangNya pada kita. Dia tidak pernah jemu memujuk kita dengan caraNya yang tersendiri. Amat berseni..Amat halus..Penuh cinta dan kasih sayang. Begitu berterusannya Allah dalam meneliti setiap satu dari hambaNya..Begitu setianya Allah kepada kita..Tidak pernah Dia tinggalkan kita walaupun sesaat.

Namun kita, lain pula senarionya. Setiap satu arahan dan perintahnya kita ingkari. Kita tidak pernah jemu meraih dosa. Tidak pernah jemu menempah tiket ke neraka..Amat rakus..Amat lupa diri..Hati kering tanpa cintaNya..Jauh lagi untuk setia padaNya. Mujurlah Allah itu penilaianNya bukan seperti manusia. Jika tidak, nescaya sudah lama bumi ini dihancur-hancurkan atas sebb dosa dan keingkaran kita..

***********************

Sebelum ini aku selalu mendengar perkataan 'istiqamah'. Tetap, berterusan, konsisten dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Namun, pada hari ini Allah menyedarkan aku bahawa istiqamah itu tandanya setia. Setia pada Allah yang Esa. Tetap sabar dan berterusan dalam mentaati perintahNya dan Sabar dalam meninggal setiap laranganNya.

Aku cinta dia

Aku mencintainya. Setiap hari, aku akan cuba untuk melakukan yang terbaik untuknya. Sediakan keperluannya semampuku. Menenagkan hatinya dan cuba sedaya upaya untuk membuat dia gembira walaupun dalam hatiku penuh lautan hiba. Kerna cinta,segalanya sanggupku korbankan. Masaku, tenagaku,dan hatiku. Tidak pernah wujud perasaan jemu pabila bersamanya. Tidak ada secalit bosan pabila melakukan sesuatu untuknya walaupun berulang kali pada perkara yang sama. Ini semua ku lakukan kerna cintaku padanya...

Aku Cinta DIA

Hari demi hari ku gagahi untuk menghambakan diri padaNya. Setiap perintanya ku rasakan amat berat. Kadang kala wujud rasa bosan d hatiku untuk menuruti perintahNya.Aku menjadi amat berkira jika perlu peruntukkan waktu untukNya. Bertambah berat jika diminta untuk korban harta atau jiwa. Namun ku katakan ku cinta..Tapi kenapa cinta ini amat kering dan menyiksakan jiwa?


Hurm..Dua fenomena cinta..Yang sekali pandang seperti sama. Tapi intinya amat berbeza. Untuk mencintai menusia, amat mudah. Kerna manusia itu kelihatan jasadnya. wujud lahirnya. Tapi mengapa untuk mencintai pemilik cinta itu amat susah dan merana? Adakah kerna kurangnya keyakinan kita padaNya atau adakah kerna hati ini sudah mati, telinga ini sudah tuli hingga tidak dapat merasa wujudnya Dia??

Aku yakin..setiap dari kita mempunyai cinta kepada Tuhan yang Maha Esa..Terpahat kukud di dalam dada. Namun, jika di besarkan cinta kepada makluknya melebihi cinta kepadaNya..CINTA itu akan mengecil dan terpinggir dan digantikan dgn cinta yang sementara. Oleh itu, salah satu perkara yang mampu kita lakukan untuk menyuburkan cinta kepadaNya adalah dengan terus menerus mengingati Dia. Tidak kira di mana jua kita berada. Sewaktu berjalan, duduk bahkan baring sekalipun, latihlah diri untuk sentiasa meletakkan Dia d hati kita. Aku tahu ianya sukar..Namun itulah cinta..Cinta yang besar perlukan pengorbanan yang lebih besar.

Istiqamahlah dalam mencintai Dia..kerna istiqamah itu tandanya setia..Dan setia itu hasil dari cinta. Insyallah.. jika kita cuba untuk istiqamah dalam sekecil2 perkara kerana Dia..nescaya akan Dia bukakan jalan, mudahkan laluan serta limpahkan kekuatan untuk kita istiqamah pada hal2 yang lebih besar pula..

Allahua'lam..

p/s: Jom setia padaNya! ^_^

No comments:

Post a Comment