Monday, December 7, 2009

Ya Allah....

Assalamualaikum...

Teman...izinkan ku mencoretkan sesuatu agar kurang resah didadaku ini..

Semua yang ada dilangit dan dibumi selalu meminta padaNYa..
Setiap waktu Dia dalam kesibukan..
(Ar-Rahman:29)

Ketika laut bergemuruh, ombak menggunung dan angin bertiup kencang menerjang,semua penumpang kapal akan takut dan menyeru..Ya Allah!

Ketika seseorang tersesat di tengah gurun pasir,kenderaan menyimpang jauh dari jalurnya,dan para kafilah bingung menentukan arah perjalanannya,mereka akan menyeru.Ya Allah!

Ketika musibah menimpa, bencana melanda, mereka akan menyeru ..Ya Allah!

Ketika semua cara tak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa menyempit,harapan terputus, dan semua jalan pintas membuntu,mereka pun menyeru ..Ya Allah..!

Ketika bumi terasa menyempit dihimpit persoalan hidup,dan jiwa terasa tertekan olen beban berat kehidupan..kita akan menyeru..Ya Allah..!

Kuingat Engkau disaat alam begitu gelap gulita,dan wajah zaman berlumuran debu hitam. Kusebut namaMu dengan lantang disaat fajar menjelang,dan fajar pun merekah seraya menebar senyuman indah.

Setiap ucapan baik, doa yang tulus,air mata yang menitis penuh keikhlasan,dan semua keluhan yang menggundah gulanakan hati adalah hanya pantas ditujukan ke HadiratNya..

Ya Allah,gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikanlah kesedihan itu awal kebahagiaan, dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram..Ya Allah, dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan,dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan..

Ya Rabb, anugerahkanlah pada mata yang tak dapat terpejam ini rasa mengantuk dariMu yang mententeramkan.Tuangkan kedalam jiwa yang bergolak ini kedamaian.Dan ganjarkanlah dengan kemenangan yang nyata.

Wahai Rabb..tunjukkanlah pandangan kebingungan ini pada cahayaMu.Bimbinglah sesat ini pada jalanMu yang lurus.Dan tuntunlah orang yang menyimpang dariMu kejalan hidayahMu..Ya Allah, sirnakan keraguan terhadap fajar yang pasti mendatang dan memancar terang.Dan hancurkan perasaan yang jahat dengan secerah sinar kebenaran.Hempaskan semua tipu daya syaitan dengan bala tentera MU.

Ya Allah, sirnakan dari kami rasa sedih dan duka,dan usirlah kegundahan dari jiwa ini..Kami berlindung padaMu dari setiap rasa takut yang mendera.Hanya kepadaMu kami bersandar dan bertawakal..dan hanya dariMu lah segala pertolongan.Cukuplah Engkau sebagai pelindung kami,kerana Engkaulah sebaik-baik pelindung dan penolong...


DR. Aidh Al Qarni

~Takutkanlah aku hnya padaMU..

~Mati itu pasti, hidup, insyaAllah~

Saturday, November 28, 2009

~Muhasabah cinta...~

Wahai...pemilik nyawaku..
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian darimu
Kupasrahkan semua padaMU..
Tuhan..baruku sedar..
Indah nikmat sihat itu..
Tak pandai aku bersyukur..
Kini ku harapkan cintaMu..
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku..
Butir-butir cinta air mataku..
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi..
Muhasabah cintaku..
Tuhan ..Kuatkan aku
lindungiku dari putus asa
Jika kuharus mati..
Pertemukan aku denganMU..
Seringkali aku alpha dan leka dariMu Ya Allah..Angin dingin yang menghembus menusuk kedalam diriku tak mampu membuatkan aku sedar bahawa hidupku ini dibawah penguasaanMu Ya Rab..Bantulah aku dalam setiap sisa langkah ku disini Ya Allah..Bantulah aku..aku mohon...
~Mati itu pasti, Hidup, insyaallah~

Wednesday, November 11, 2009

~FrOm ZeRRo tO HeRo!!~


Pengunguman2!!..
Khas untuk warga warwick n sesape yg tinggal berdekatan dengannya...^_^( yg len jgn kecik hati ek..hu3
Just nak ajak korong ramai2 g birm menghadiri salah satu taman syurga yg bakal dibuka kat birm sabtu minggu depan(21hb)..bagi warga warwick, kita leh g sama2 naik train..n bagi uni lain...hrp dpt g sendiri..ni serba sedikit tentang acara yg akan berlaku nanti
tempat :uni of birmingham
tarikh : 21/11/2009
masa : 10pg- 5ptg
Untuk makluman semua..kita tak perlu bayar apa2..It's free!!!..so apa lg..jom la..Alang2 blh jalan2 birm sekali^_^..
sebarang maklumat lanjut blh terus hubungi sy..
~Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah disegala penjurunya dan makanlah sebahagian dr rezekinya..~
(Al. Mulk, 15)
~mati itu pasti...Hidup..InsyaAllah..~

Tuesday, November 10, 2009

~Road that not taken~


Alhamdulillah...setelah sekian lama aku membiarkan blog ni sepi tanpa kalam, akhirnya aku memperoleh kekuatan untuk menulis kembali..Alhamdulillah Allah masih meminjamkan dunia kepadaku..alhamdulillah atas segala tarbiah dari Mu...
Sekrang telah masuk bulan ke-2 aku diperantauan..Sepanjang sebulan yang lepas, aku rasa amat banyak perkara yg terjadi. Ada suka, duka..sunyi ..sepi..n mcm2 lg la. Dekat sini baru nak rasa kalau lapar kena masak sendiri..dah tak da mak lagi..Dekat sini la br nak tahu bersyukur lecturer kasi note..sebb skrng semua kena cari sendiri..tah la..apa yg aku nak tuls ni??Yang penting aku just nak bg tahu, aku still benyawa dibumi Uk ni..^_^
Kenapa tiba2 aku letak gambar jalan terbelah dua kat atas post aku kali ni? Entahla..aku just terfikir, kalau aku di persimpangan jalan macam ka atas tu, jalan mana yg aku kan pilih? Haluan mana yg akan aku tuju? Apa kesan bagi setiap jalan yg aku ambil tu? Hurm..dan aku terpikir lagi..jalan yg mana akn aku pilih dlm hidup aku sekarng ini..Benarkah jalan yg aku ambil skrng ini?
Aku bakal membuat pilihan..Kerna aku tak boleh selamanya dipersimpangan..Aku harus meneruskan perjalanan..walau pengembaraan tidak berteman..Doakan aku..Dan aku juga akan mendoakan kalian sahabatku..Moga Allah menerangi jalan2 yg bakal kita lalui kelak...
~Road that i had taken..~
~Mati itu pasti..hidup..insyaAllah~

Thursday, September 24, 2009

~Konvoi RAYA-4~

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah, pada hari raya ke-4 hari tu, me n my friends telah selamat mengadakan konvoi raya edisi ke-4. Konvoi ni kira mcm agenda tahunan batch aku. Selain bertujuan untuk mengunjungi rumah cikgu2 n rakan, tetapi ia juga bertujuan bg mengeratkan hubungan kami yg renggang didebabkan jarak yg memisah..Masuk tahun ni dah 4 tahun berturut-turut konvoi ni diadakan..Yang bezanya tahun ni,,kami konvoi guna kereta..tak guna moto dah..wink2=)..

Seperti biasa, kitorng berkumpul di sekolah dulu b4 mulakan jelajah..janji pukul 11, but mcm biasa la..takkan gerak kul 11!!..Bagi permulaan, kami bemula dengan 3 biji keta sahaja..

bila dah boring tunggu orng..bergambo la kijenye..


ok, 9 orng ja yg akan gerak dr sekolah...

Rumah 1s yg kitorng g is, rumah mahfuzah.Sebenarnya dia takda kat umah pun. Dia tak balik tahun ni.Dah berkenan kat orang Mesir agaknya..he3..tp, kami disambut baik oleh mak dia n mak seorng lagi rakan yg juga belajar di Mesir, Kinah Sob.Makcik2 ni la yg suruh kami datng beraya umah dia..Mungkin terkenangkan anak yg jauh diperantauan..hu3..sob3.

Rumah 1st pun dah kenyang amat perut ni.Mak fuzah memang pandai masak!!Terima kasih atas mee kari yg amat sedap itu..Buktinya, ada orng tambah sampai 3 kali!!(not me k) =)
.
Nampak sngt muka lapo..
Dengan tuan rumah...

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke rumah fatin pulak..Masa ni ada lg 2 buah keta yg join.Mula2 macm agak sesat..tapi, berpandukan penunjuk arah kami yg ala2 mcm baguz,,kami berjaya juga tiba di rumah fatin dengan selamtnya
.
macam biasa..mesti nak bergambar dulu..

Disini, kami stop untuk solat n rehat2 dulu.Just makan ringan2 sebb masih kenyang. Disebabkan umah dia ni ala2 britsh, apa lg, kami mengambil peluang bersantai semaksima mungkin..

nasib bek hari raya, kalau tak mesti kinah dah terjun kat belakang tu!=)
Dah nak balik pun sempat snap lg!

Kebetulan masa dirumah fatin, ramai pulak irshadian yg dtng. So, apa lg, berjejak kasihla mereka disini..hu3..Lepas dah penat aku ajak dyorng gerak, setelah sejam setengah berjejak kasihan barulah dyorng ni nak kuar umah pakai kasut. Tu pun blm mau pulang lg, Pakai kasut saja pun berejam2 juga. Adoi.. Penat2..

Then kami ke umah teacher mass. Kali ni kami terpaksa cancel untuk ke beberapa buah rumah cikgu mcm umah ustaz azlee, teacher lela n 2 3 orng lagi la sebb dah lewat. Rumah terakhir yg kami g is rumah cikgu jamsari..Ni umah wajib la kiranya. Nak dikatakan raya tahun ni memang bertemakan jejak kasih la. Sekali lagi group kami ditemukan ngan adik2 juniur. Bayangkan, kami pun dah berbelas orng, masuk adik2 lagi yg aku rasa 20++..uish..mcm nak pecah umah cikgu dibuat kami..Panas tu jgn nak ckp la..Memang kekurangan oxygen la kami dlm tu. But..suasana tetap ceria..amat best!

Ni baru separuh..tak temasuk yg dok solat n geng2 brothers..

Ok..jam dah menunjukkan 5.30 petang..So agenda terakhir n yg utama kali ni is ALUMNAI IRSHAD..Jadi, kitorng pun berpusing balik ke sekolah. Agak ramai yg datang kali ni. Aku tak th la yg lepas2 mcm mana coz ni br 1st time aku tergerak hati nak dtng..he3..Ramai yg dah berkeluarga..Banyk keta besar2..hu3..Rasa rendah diri juga kami mula2 tu..N aku rasa, bacth kami la yg aling muda hari tu coz adik2 juniur sorang pun tak nampak muka. Alumnai kali ni disertakan sekai ngan kenduri arwah buat cikgu2 yang telah meninggal dunia..Hurm..Moga roh cikgu2 ditempatkan dikalangan orng yang beriman...Ameen..
kinah yg amat xcited!

Last snap plz..

Alhamdulillah..dlm jam 7++, aku dan beberapa orng kawan aku terpaksa mengundur diri dahulu disebbakan sebb2 tertentu. Walaupun aku tak dpt nak join dyrong samapi tamat program, namun, keseronokannya tetap aku rasa. Bagi aku konvoi kali ni amat best!! Thnks to Hazz yg berusaha bersungguh-sungguh bg menjayakan konvoi kali ni. Aku tak tahu sama ada thn depan aku dapt atau tidak untuk join konvoi ke-5..Walau apa pun.. kenangan konvoi2 kita takkan aku lupakan!..luv u all !^_^

.
~Kasih melimpah, bertaut jua~

~Mati itu pasti, hidup..Insyaallah..~


Saturday, September 19, 2009

~Dia berlalu pergi~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..aku masih bernafas di Bumi Allah.. Malam ini nafas kurasakan sesak.Entah mengapa.sakitkah aku? Ya..aku sakit..sakit menahan sebak didada melihat DIA berlalu pergi. Sakit menahan kata ingin menyuruh DIA kembali. Aku tahu, kedatangannya kali ini tidak kurai sepenuh hati. Kuabaikan setap detik waktu yang telah diberi. Maafkan aku..

Ramadhan..bulan abdtraining..


"Jika seandainya kita pernah melalui training-training sebelum ni.. untuk melatih kepimpinan dan kepakaran.. Maka ramadhan adalah training kita yg sebenar.. " 'Abdtrain".. latihan kehambaan. Yang mana jangka waktunya adalah sebulan. Lalu prosesnya sama, seandainya kita bagi commitment yang sebenar2 nya.. maka kita akan dapat objektif program tersebut.. Taqwa dan malam penganugerahan lailatul qadr.."

Nilah kata2 salah seorng ustaz aku. Bila aku fikir2 kan kembali kata2 beliau, adakah aku mencapai objektif kali ini? Aku termanggu sendiri. Mahu sahaja aku katakan "YA!" Namun, aku tak mampu membohongi diri sendiri. aku harus terima kenyataan bahawa aku telah GAGAL kali ini.. Bagaimana dengan anda??..

hurm..Ternyata godaan nafsu diri tenyata lebih dasyat dari godaan syaitan. Lebih halus dan mulus memakan hati tanpa disedari. Jadi, bagaimana harus membawa diri untuk mengharungi hari2 yang mendatang jika benteng yang kucuba bina di bulan yang mulia ini rapuh dan tidak kukuh?

Namun, aku tak boleh membiarkan sedih ini berterusan.Kerna aku yakin degan membiarkan diri dihanyut kedukaan ini akan membuatkan langkahku semakin perlahan..yang berlalu tetap akan berlalu..mungkin aku tak mampu tersenyum di aidulfitri ini, namun Allah masih memberikanku sisa nafas untuk aku membangunkan diri, mencuba untuk menjadi lebih baik selepas ini. Kuharapkan mentari esok akan memberi sinar baru dalam hidup ini...

Jadi..dikesempatan ini, aku ingin memohon kemaafan dari kalian atas segala salah dah khilafku.Andai ada bahasa aku gunakan kurang enak di pendengaran kalian, jika ada pandangan mataku tidak menyenangkan, tutur kata dan pandanganku yang tajam serta kasar dan jika pernah hati2 rakan2 semua terguris disebabkan aku, maafkanlah aku..sejujurnya aku tak pernah ada niat untuk menyakiti hati2 saudaraku sendiri..

N tentang hutang, jika ada yang belum langsai antara kita, kabarkanlah padaku. mungkin aku lupa. Tolong ya..=)

Ni la kad raya untuk anda semua..maaf ya, tahun ni tak dapat nak hantr kad raya. Postmen tu cuti awal sngt..he3 (alasan semata-mata ) =)

Akhir kata
Selamat hari raya!!=)~

ikhlas dari Nurathirah Hussin dan keluarga..



~Dari juah ku pohon maaf~

~Mati itu pasti, hidup..Insyaallah~

Friday, September 11, 2009

~Jawapan untuk kamu..~

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, setelah bekurun..singgah juga sy di sawang ni..Bukan sengaja tak mahu mengupdate apa2..cuma kesibukan(ye ke??) melanda.Tp yang penting sy amat2 tak da mood untuk menulis sebelum ni. hu3..Maaf ya semua..ok..mlm ni sy akan terangakn satu persatu..

soalan ...

"kamu..kemana kamu pergi?"

ok..huh..setelah hmpir sebulan ni..mcm2 yg berlaku..1st...sy ke esset untuk pre departure..masa tu tak dapt result lagi.N sy n semua kawan2 masih bersama , berkumpul dan begumbira.. nak Buktinya?


Sy n kekawan sebelum pulang..

Dah selesai di eset, sy kembali ke shah alam untuk Graduation night n the next day, got my A Level result!!

.
Bergambar sebelum perut kenyang..

Alhamdulillah, sy lepas cut off point KPM. But not as good as others..I got 11/15. Hari dapat result tu,sy dengan confidentnye ingt sy dpt LBrough which is my insurance. sy ingt sy tak dpt my firm UNi..ye la..sebb dia minta 14. Sepanjang balik ke Penang basah juga la tudung sebb heart broken..(poyo je)..

But..perancangan Allah ternyata berbeza dengan apa yg sy fikir..
kamu... sy dapat firm uni..WARWICK!!..
Ya Allah..masa tu Allah saja yg tahu betapa gembianya sy.Thnks Allah atas hadiah ini..

.
Ni la logo Uni sy..mcm lencana sekolah kan..he3

University of Warwick!. tu la uni yg sy nak g sangt2 sebelum ni..kamu pun tahu kan..hu3..Alahamdulillah, ramai juga yg akan ke sana.Terurai juga kerisauan sy nak ke sana..
TESl=45+
KY=5
INTEC=3
Ni dah boleh buat Malaysian Town kat warwick ni..he3..Orang2 yang setia menemankan sy ke warwick is MIE n NAUFAL..(my classmate kat intec). Dyorng ni la yang banyak tolong sy dlm proses nak buat visa, uruskan uni, bncng nak beli barang..n etc..Blh dikatakan kebanyakkannye kitorng buat sekali. Kawan2 dr tesl juga banyak yg menolong..Thnks to all of u..

kamu..dlm 2 minggu lps sebenanya sy ke KL@shah Alam@putrajaya. Untuk uruskan visa, 2nd pre departure n etc2..sy dah dapat lounge suit n TC!!

maknanya skrng sy dah jd OKB seketika la..he3.Tapi tak boleh guna skrng. Sy nak guna di UK nanti.Kamu doakan sy tak membazir n boleh uruskan wang dengan baik ye.,hu3

kamu..sy dah tahu tarikh flight sy.

Date : 2nd October 2009 (Friday)
Venue : Kuala Lumpur International Airport(KLIA)
Departure Time : 11.40 pm
Flight Details : MH002 Kuala Lumpur - Heathrow.
(cut paste dr blog naufal)

Kalau ikutkan, sy 2nd last flight yg akan berlepas. nadh la yg paling lambat, 6hb 10..Yam paling awal,23 ni n dibah 26 ni..n kawan2 yg lain sy tak ingt..sebb sy terdelete email yg mizz tina bg..hu3

kamu..doakan sy dan rakan2 ya..

Melihatkan tarikh fly sy tu..rasa mcm lmbt lg pun ada..Sekrang ni, bukan itu yg sy risaukan, Tapi ramadhan sy kali ni..Jujur sy katakan..inilah ramadhan paling teruk sy rasa. sedihnya..kerana kesibukan dunia, dlm sedar tak sedar sekrng sudah masuk fasa terakhir ramadhan..

kamu! sy amat sedih skrng ni..

Sy harap dengan sisa yg ada, sy dpt manfaatkan sepenuhnya..kamu..dokan sy ye..

kawan2.. sy tak th lg bila lg sy akan megupdate.Abaikan post kali ini kerna post ini hnya luahan saya serta bg menjawb persoalan orng yg ingin mengetahui..

Kawan2..maafkan sy...maafkan sy..


~Jawapan untuk kamu~


~Mati itu pasti, hidup..Insyaallah~




Thursday, August 27, 2009

~Yakinkah AKU pada Tuhan??~

Bismillahirahmanirahim....

Alhamdulillah...
Terima kasih Ya Allah..
Ya Allah..thnks a lot!..

Ni la antara ayat2 ringkas yang mudah keluar dari bibir kita apabila mendapat sesuatu kesenanagn+kebahagian or dpt apa yang kita MAHU.Ringkas , padat dan penuh msj kpd Tuhan sekalian alam..Tanda kita bersyukur kepadanya kerana memberikan sesuatu nikmat kepada kita. Tapi apabila kita mendapat sesuatu kesusahan, kesukaran atau ujian, selalunya apa yang kita akan buat?

Arghhhh.. tensionnya aku!!
Kenapa aku diuji begini...?
Ini tidak adil!!...

erm...aku tak menunjukkan respon ini mewakili mana-mana pihak. Tetapi inilah respon yang sering aku nampak dan aku perhatikan. Kebanyakkanya bersyukur apabila mendapat nikmat tetapi apabila diambil sedikit salah satu nikmat yang DIPINJAMKAn itu, kita begitu mudah sekali melatah. Senang sahaja kita dihenyak ribut emosi. Membiarkan diri dirajai nafsu..Kenapa sering begitu? Mengapa rasional akal tidak sentiasa kukuh disisi? Mengapa diri begitu goyah apabila diuji?

Adakah kerana tiada agama atau tidak FAHAM agama atau tidak MAHU agama??

wahai diri dan rakan-rakan...
Agama adalah satu jalan yang yang bersifat menyelamat. Ia diperlukan diwaktu santai dan amat bermanfaat ketika suasana tegang..Diwaktu kita benar-benar buntu dan kesuntukan dari setiap sesuatu..ingatlah, ada satu kuasa yang mampu menolong..iaitu Allah..Dia akan sentiasa disisi dan akan sentiasa memahami.Membantu merungkaikan apa sahaja yg tersirat..

Selalunya kemarahan berpunca dari kekecewaan dan kekecewaan itu berpunca dari ketidak puasan hati menerima sesuatu ketentuan. Sebab itulah selalu terjadi, kita mudah hilang kewarasan diri apabila dijentik badai ujian..

Allah..itulah kunci segala persoalan.Sentiasalah menginagtiNya dan hati akan menjadi tenang dengan setiap yang berlaku sama ada balik ataupun tidak.

"cakap senag ar..cuba kalau kau yang kena! Sure kau pun same je!"

ok2..aku tahu..bukan mudah nak terima hakikat apabila kita ditimpa musibah tambah2 bila kita kehilangan sesuatu yang kita sayang or tidak dapat apa yang kita impikan...Tapi pernah kita terfikir tak? Sesungguhnya kita tidak pernah memiliki apa2..jadi bagaimana kita nak merasakan kita kehilangan sesuatu?bukankah semua ini hnya pinjaman?

Jadi... jika kita benar2 faham + yakin ngan konsep dunia ni hnya pinjaman, kita tak akan merasa frust yang teramat kerna segala yg didunia ini hny sebagai modal untuk dibuat bekal ke akhirat..

Ye..mungkin agak sukar untuk berlapang dada diatas setiap musibah yang melanda.Itu bukan perkara yang mudah..Namun..kita harus yakin bahawa setiap ketentuan Tuhan akan terselit dengan hikmah. Tiada satu yang sia2.Keadilan Tuhan kadang kala tersembunyi dan sukar dimengerti. Namun..yakinlah bahawa Allah tidak pernah menzalimi hambanya..Tidak akan sama sekali.

Mungkin sukar untuk kita melihat akibat sesuatu perkara, tetapi..jika kita seorng yang berfikir..pasti kita akan menemukan sesuatu. Tidak ada sesuatu perkara yang baik berlaku melainkan ada juga keburukannya..Begitulah sebaliknya..

Sebagai contoh..

Kita memang suka hujan. Hujan menyuburkan tanaman..menyirami tanah yang kontang, menghilangkan haba2 pembangunan.Namun, bagi nelayan,lain pula ceritanya. Mereka mengharapkan hujan itu tidak berlanjutan. Kerana jika hujan berlanjutan, mereka tidak dapat ke laut untuk mencari rezeki. Dan kita juga tidak akan selamanya menyukai hujan itu, kerana kita juga perlukan matahari untuk mengeringkan baju yang basah dan untuk keluar rumah bagi meneruskan aktiviti harian..Jika hujan berpanjangan, semuanya akan tergendala.

Lihat..bagaimana sesuatu perkara yang baik itu tetap juga mempunya keburukannya.Tiada benda yang sempurna. Namun..apa yang pasti, setiap perkara ada hikmah yang tersembunyi. Jika kita memahami + menyakini perkara ini..tentu kita akan sentiasa bersangka baik terhadap Allah dan akan sentiasa sabar dan Redha dgn ketentuannya..

Terjawabkah wahai diri??

Wallahua'alm


~Aku yang masih mencari~

~Mati itu pasti..Hidup..Insyaallah~

Monday, August 24, 2009

~ Andai ini Ramadhan terakhir...~

Bismillahirahmanirahim..



Wahai dikau..renunglah engkau akan nasib diri,
Wahai qalbu..sedarkah engkau akan gerak hati.
Wahai aqal..terfikirkah engkau akan apa yg bakal terjadi,

Andai ini merupakan Ramadhan yg terakhir kali,
Buatmu sekujur jasad yg bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi,
Pabila tiba saat tepat seperti yg dijanji illahi.
Kematian adalah sesuatu yg pasti,


Andai kau tahu ni Ramadhan yg terakhir,
tentu siangnya engkau sibuk berzikir,

biarpun anak tekak kering kehausan air,

Tentu engkau tidak akan jemu melagukan syair rindu, Mendayu..merayu..kepada-NYA tuhan yg satu,

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
Tentu solatmu kau kerjakan di awl waktu,

Solat yg dikerjai ..sungguh khusyuk lagi tawadhu',
Tubuh,minda dan qalbu..bersatu memperhamba diri,
Mengadap Rabbul Jalil...menangisi kecurangan janji,

" innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" [ sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku..kuserahkan hanya kepada Allah tuhan seru sekelian alam]

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
Tidak akan kau persiakn walau sesaat yg berlalu,
setiap masa xkan dipersia begitu saja,
Di setiap kesempatan juga masa yg terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang..bakal kau syairkan,

Aidai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
Tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan ,
Berterawih, berqiamullail, bertahajjud, mengadu, merintih...meminta belas kasih,

" sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU, Tapi aku juga tidak sanggup untuk ke neraka mu" Oleh itu duhai illahi..kasihanilah daku hamba-MU ini.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
Tentu dirimu tak akan melupai mereka yg tersayang,
Ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan,
Kita buru..kita cari..suatu malam idaman yang lebih berkat dari seribu bulan.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
Tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir,
Mempersiap diri..rohani dan jasmani,
menanti-nanti jemputan izrail,
Di kiri dan kanan..
lorong-lorong redha Ar-Rahman Duhai illahi..

Andai ini Ramadhan terakhir buat kami,
Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti..paling berseri...
Menerangi kegelapan hati-hati kami Menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang MU Ya Illahi.
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti,


Namun saudaraku...
Tak akan ada manusia yg bakal mengetahui samaada Ramadhan ini merupakan yg terakhir kali,
Hanya yg termampu bagi seorang hamba itu berusaha..bersedia..meminta belas-NYA ,


Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita...


~Ampuni kami Ya Allah~


~Mati itu pasti..Hidup..Insyaallah~






~Welcome Ramadhan~

Bismillahirahmanirahim


Assalamualaikum semua!..jom kira rebut hadiah lumayan yg disediakan..macam2 ada...dan yang pasti LUMAYAN!!..

Ayuh kita adakan PESTA RAMADHAN!..=)


~Datangmu kusyukuri..pergimu kutangisi~

~Mati itu pasti..Hidup..Insyaallah~


Tuesday, August 11, 2009

~Hanya kata yang kupetik..~




Cinta adalah kekuatan….

Yang mampu mengubah duri jadi mawar…

Mengubah cuka menjadi anggur..

Mengubah sedih jadi riang..

Mengubah amarah jadi ramah….

Mengubah musibah menjadi muhibbah…

Itulah cinta..


Sekalipun cinta telah ku uraikan..

Dan ku jelaskan panjang lebar…

Namun jika cinta kudatangi..

Aku jadi malu pada keteranganku sendiri…

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,

Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..

Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

Kata-kata pecah berkeping-keping

begitu sampai kepada cinta..

Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya..

Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..



Ya Allah…aku mencari cintaMu Ya Tuhan..meski dugaan itu datang sebagai ujian.Yakinkan hati-hati ini Ya Rabb..Kuatkan kaki kami Ya Rahman..Mudahkan urusan kami Ya Rahhim..redhokan kami dengan ketentuanMu Ya A’lim..Hanya itu yang mampu kami lakukan saat ini..





~ujian itu nikmat~


~Mati itu pasti..hidup..Insyaallah~




Sunday, August 9, 2009

~Kerna aku bukan "Bidadari Syurnia"..~

Bismillahirahmanirahim...

Suasana dingin malam ini..Hal ini membuatkan kenangan2 dizaman persekolahan seakan-akan menari-nari dikotak memoriku ini.

“Aku ingat nanti kalau tak lulus SPM aku nak kawin je la.”

Ni la ayat famous aku dan kawan2 bg menghilangkan rasa risau yg kian mengcengkam.Dan aku masih ingat lagi, habis je last paper masa SPM dulu which is paper biologi,jejak je kaki keluar dewan, sempat lagi aku mengomel dalam hati

“Ok, tak yah pikir dah.Tak lepas boleh kawin cepat!”

Ya Allah…bila fikir2 balik, lucu aku rasa.Dalam keadaan genting mcm tu, disaat semua orng tgh fikir nak enjoy coz dah habis exam or sesetengah yg tgh risau tak boleh perform well, boleh pulak aku fikir fasal kawin!..(melampau tak??..he3)

Melawak bab kawin ni kadang2 menghiburkan hati juga. Turun juga level stress masa tu. Walaupun masih dibangku sekolah, hajat untuk kawin aku rasa sudah ada dikalangan student especially for girl. Benda ni fitrah..ingin dikasihi dan mengasihi..

But..kawin tu apa sebenarnya? Kawin tu adakah sekadar ada seorang perempuan dan seorang lelaki?Selalu tido sorang2, tapi bila dah kawin, kat sebelah ada orang? Kawin itu wajib kerana cinta ka ? Tapi kenapa ramai yg bercerai sedangkan pada dasarnya rumah tangga itu dibina atas nama CINTA??


Sebagai senang untuk dibuat contoh, kisah2 artis yang dipaparkan di televisyen kita. Mula2 bercinta macam romeo n Juliet..tapi..tup2..cerai juga..kenapa hal ni berlaku??kenapa?..

Boleh dikatakan ayat skema or macam dah ada skrip untuk pasangan2 yg bercerai ni..

“Apa nak buat. Sudah tiada jodoh” Jawab artis A.

“Kami sudah tidak sehaluan lagi” Kata artis C kepada wartawan apabila ditanya tentang penceraiannya dengan isterinya.

“Sudah ketentuan Ilahi. Apa nak dibuat. Kita sebagai manusia tidak mampu melawan taqdir ilahi” Jawab artis K.

Hurm…mcm tu ek? Semuanya salah taqdir..?Kenapa tak balikkan sebab penceraian tu juga berpunca atas kelemahan diri ?Bila sesuatu yang baik berlaku, kerap kali kita mendabik dada.Tapi, bila musibah menimpa, semuanya taqdir belaka. Adakah itu memang sikap kita? Pabila senang kita lupa pada Allah, bila dah dapat susah, baru nak ingt Dia..Kalau ingat tu bagus la juga. Tapi ada pulak yang meyalahkan Allah atas apa yang berlaku..nauzuillah..mudah-mudahan kita semua terhindar dari bersikap sedemikian..

Aku teringat satu kalamullah ni..

Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini). (an-Nisa’: 79)

Jadi, bagi sesiapa yg menyalahkan TAQDIR bg setiap musibah yg menimpa dirinya tu seolah-olah menyalahkan Allah..Seperti menyatakan Allah lah punca mereka bercerai. Kita mungkin menafikan hal ini di mulut, tapi bahasa hati, amat sukar difahami dan ditafsir..Kes ni sama mcm apa yg pernah Rasulullah S.A.W pesan kat kita dulu..


Daripada ‘Abdullah bin Abi Qatadah, daripada ayahnya (berkata) Baginda SAW bersabda “ Janganlah kamu mencaci masa, kerana sesungguhnya Allah SWT (pencipta) masa” (Hadith riwayat Ahmad Jilid 5 ms 2

99 dan perawinya adalah sahih)


Ok..dari hadith ni, Nabi melarang kita mencaci masa coz kita seolah-oleh turut mencaci penciptanya iaitu Allah..Begitu la juga kalau kita mengatakan urusan jodoh ni just qadha’ Allah ja tanpa mengaitkan kelemahan diri kta juga. Kita seolah-oleh membuat komen kepada penciptanya iaitu Allah..

Ok..tutup bab cerai ni..gerun pulak bila cita urusan cerai ni lama2. Kesemua kita berkawin bukan untuk bercerai..right??


Aku masih ingt lagi, jelas bermain difikiran ku apa yang pernah Ustaz Ridha n His wife kak Arfah(orng2 yg banyk menolong aku di Intec) pesan pada aku. Tak cukup secara lisan, juga ditulis didalam blog dia tentang apa yg aku soalkan. Cuma sekarang tah mengapa aku tak bolh buka link blog tu dah.Tapi aku akan kongsi sedikit sebanyak yang aku ingt dengan korang.

Formula memilih pasangan! =) ((boleh ke tajuk ni..??he3)

  1. Mencari jodoh yang baik

Daripada Abu Hurairah secara marfu’ “Dinikahi wanita itu (kebiasaannya-pen) kerana hartanya atau keturunannya atau kecanti

kannya atau agamanya. Pilihlah yang beragama kamu akan beroleh keuntungan” ( Bukhari dan Muslim)


So,yg 1st sekali , kalau nak pilih jodoh biarlah yang berAGAMA.Err..kena cari budak sek agama juga ke nak dibuat calon or kena pilih yang ustaz or ustazah je?? Beragama kat sini bukan sekadar TAHU tapi juga MAMPU dan MAHU untuk beragama.Bila dah pilih jodoh @calon yg beragama..baru la blh g ke next step. Kalau tak, jgn salahkan TQADIR kalau jodoh tak lama..


2. Memudahkan urusan perkhawinan

Kalau dalam hal ini, kita khususkan dlm bab mahar..Walaupun mahar tu hak wanita, but maqasid perkahwinan pun kena la jaga. Sekarang ni kalu kita tgk MOSTLY(tak semua ek) parent@bakal pengantin perempuan meletakkan wang hantaran yg terlalu tinggi.30 ribu serba satu la..20 ribu la..adoii..botak kepala bakal pengantin lelaki nak cari duit. Mau pulak baru hbs belajar n masa belajar dulu tak menyempat nak simpan duit..alamatnye, kempunan anak teruna tu.masuk angin keluar asap le jawabnye..Sedangkan yang wajib cuma MAHAR bukan WANG HANTARAN…


Satu contoh pada zaman Nabi dulu, tak ingt full story.. Ada seorng sahabiah ni, dia terima seorng sahabat Nabi yang hanya memberikan hafazan Al Quran sebagai mahar perkahwinan..subbhanallah!!..Bukan nak suruh tiru sebiji mcm tu, but..bersederhanalah..(ingtan untuk diri sendiri jugak..)kata nak kawin awal..so..sendiri mau ingt la kan..=)..

  1. Ketaatan isteri kepada suami

Nabi SAW ditanya apakah ciri-ciri wanita solehah. Baginda SAW menjawab “Mereka ialah apabila kamu (suami) melihatnya menenangkan hati, mentaati permintaanmu dan tidak akan bertelagah denganmu tentang dirinya dan hartanya” (al-Mustadrak ‘ala as-Sohihain Lil Hakim Jilid 2 ms 452 hadith No. 2682)

  1. Menjaga pandangan sebelum perkhawinan

Kat sini maksudnya bukannya tak boleh tgk langsung calon isteri or suami. Islam tak mengajar kita tundukkan pandangan sampai jalan boleh langgar tiang.

Baginda SAW bersabda “Pergilah kamu melihatnya kerana itu adalah baik untuk kalian berdua. (Sebelum perkahwinan) (al-Mustadrak ‘ala as-Sohihain Lil Hakim Jilid 6 ms 303 hadith No. 2646).


So kat sini, bagi pasangan yang belum berkahwin, digalakkan untuk MELIHAT pasangannya dulu sebelum bernikah..Pilih la yg sedap mata memandang. Yang boleh dijadikan penenang hati ketika resah, pengubat jiwa ketika bermasalah..But, bukannya suruh berkepit 24 jam! (ingatan untuk diri ini!!)..


“tapi, kalau tak jumpa or tak msj,mcm mana nak kenal hati budi”


Erm..kalau kita tgk la kan, berapa ramai yg dah kenal hati budi, but at the end tetap bercerai..Dimana salahnya??

Kesimpulan yg dapat dibuat is..


Mencari jodoh yang soleh/ah + Mudahkan perkahwinan + mentaati suami (menyayangi pasangan) + jaga pandangan = JODOH KEKAL insyaallah.


Actualy bnyk lagi perkara yg perlu diambil peduli. Ada juga permulaannya sudah baik..dia menjaga diri, memilih calon yg soleh/ah but still bad ending..knp?? Aku tak arif dlm hal ni..sedangkan aku sendiri masih belum merasai alam rumah tangga. Apa yang aku tulis adalah ilham dari Allah.Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu berasal dari kelemahan aku sendiri…

Cuma..diz is just my opinion..perkhawinan itu adalah antara manusia dan manusia. Jasad yang mempunya hati dan perasaan. Bukannya robot yang meneruskan kehidupan. Perkhawinan itu adalah atas dasar tanggungg jawab, kasih saying dan pengorbanan.. Tiada salah satu daripada elemen ini, senang la rumah tangga digoyah arus dan badai ujian..

Aku doakan kita semua memperoleh pasangan yang soleh/ah,penyejuk mata , penawar duka..serta dikurniakan zuriat yang soleh/ah..amen…


“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orng yg bertakwa”

Al-Furqan(74)

Ni salah satu doa yg famous masa zaman sekolah dulu.Doa ni ustaz selalu suruh baca tiap kali solat..katanya..insyaallah beroleh jodoh yang baik..Apa lagi, tak salah kan kita berusaha..mudah-mudahan dengan usaha kita yang kecil ni untuk mendapat jodoh yang baik akan mendapat keredhoan Allah..=)


Maafkan aku bercoloteh panjang. Mungkin melepaskan gian setelah lama tak menulis..Serta menengkan diri yang tgh kusut.Ini hny perkongsian peribadi..peringatan buat diri sendiri..kuharap bermanfaat buat kalian..


Aku mengimpikan untuk menjadi yang halal bagi seseorang.Seseorng yang aku tak tahu siapa.Seseorang yang aku tak berani mengimpikan wajahnya. Kerna aku takut..aku takut dikecewakan lagi dengan cinta manusia..Cinta yang tiada pastinya.Cinta yang memakan jiwa..aku tak layak mendambakan seornang putera agama kerana aku bukan bidadari syurnia…Cukuplah sekadar dia mampu menerima aku seadanya..


Ku doakan kalian bahagia..ku yakin erti hidup ini pada memberi..Insyaallah, Allah akan menjawab segala doa kita nanti…Dia tak mungkin membiarakn selamanya air mata ini megalir dihati, menyirami pipi dan jatuh kebumi..


~senyumanmu pengubat dukaku.~


~Mati itu pasti.hidup,Insyaallah..~





Monday, August 3, 2009

My first AWARD!!!! =)

Assalamualaikum..




Buka2 je blog td syiqen terus suruh amik award kat blog die..hu3..terharu2..(serioluly..)..Diz is my 1st award..thnks to syiqeen coz tak lupa pada diri ini...erm..
So..ni la upenye award tu..



Tapi kene jawab soalan sikit...
~NYATAKAN LIMA [5] FAKTA MENARIK TENTANG PEMBERI AWARD INI~
  • dia pandai bergaya..setakat ni dia la antara orng yg bila pakai apa pun nampak cantik..(puji hbs ni wink2..=) ]
  • umah dia kat putrajaya.cantik..pernah g masa convoi raya taun lps..
  • ada kakak yg muka sebiji mcm dia..kalau orng tak tau blh kata dyorng ni kembar tau..
  • abag dia baru kawin masa A level hari tu..
  • last but not least..fakta yg segala fakta..she is my classmate masa kat INTEc..he3
Boleh tima ka jawapan mcm ni??..hentam saja la labu.he3..janji ni suma fakta.bukan auta...=)
~SETIAP BLOGGER HARUS MENYATAKAN 10 FAKTA/HOBI DIRI SENDIRI SEBELUM MEMILIH PENERIMA AWARD YG SETERUSNYA..~
  • Hamba Allah..umat Muhammad S.A.W
  • seorang perempuan..=)
  • anak sulung..
  • masih single(but not available..still in buzy sign (-)..he3)
  • tengah tunggu result A level(doakan ye..)
  • teacher to be..(insyaallah)
  • wife to be...(insyaallah..nak juga selitkan yg ni..ha3)
  • sedang mepersiapkan diri dengan keje2 perempuan..(ahaks!)
  • pantang nampak camera..hu3(kena buang habit ni..)
  • agak sensetive...0_0

huh~cukup juga sepuluh..alhamdulillah..=)

~ANDA PERLU MEMILIH 10 PENERIMA AWARD SETERUSNYA DAN DESCRIBE TENTANG MEREKA~

  • yam..(orng yg paling kerap lawat blog ni..he3)
  • naufal..(my classmate)
  • andi..(my little bro.)
  • syiqin saad..(clasmate my rummate..=)
  • ayu..(my sis..)
  • hilman...(my big bro..)
  • ijlal..(wakil alm..he3)
  • Hani..(wakil US.=)
  • majdi..(my ustaz..=)
  • lastly..my bf..aisyah!

ok..selesaipun..alhamdulillah..=)