Thursday, December 15, 2011

Teladan Doa Nabi Zakaria

Assalamualaikum...

Hari ni aku just nak share satu benda yang aku rasa best n amat berguna untuk aku amalkan. Cara berdoa yang Allah suka. Mungkin semua orang dah tahu cara-cara doa yang betul, tempatnya, waktunya, adapnya..Tapi, mungkin ada lagi yang belum tahu tentang cara doa yang paling Allah suka. (or mungkin aku ja yang baru tahu). Cara ni Allah contohkan melalui nabiNya, Nabi Zakaria a.s. Pabila Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya, '

''Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik''

( Al- Anbiya' : 89 )

Allah menjawab,

'' Maka kami kabulkan doanya, dan kami anugerahkan kepadanya Yahya, dan kami jadikan isterinya( dapat mengandung). Sungguh, mereka selalu bersegera dalam mengerjakan kebaikan, dan mereka berdoa kepada kami dengan penuh harap dan cemas. Dan mereka orang-orang yang kusyuk kepada kami''
(Al-Anbiya' : 90)


Di sini Allah tunjukkan contoh yang direct tentang apabila seorng hambaNya itu berdoa dan meminta, Allah pasti akan makbulkan. Tapi, apa sifat yang ada pada hambaNya tu??
1) Bersegera dalam melakukan kebaikan
2) Berdoa bersungguh-sungguh dan penuh pengharapan
3) Kusyuk dan dan tawaduq kepada Allah dan perintahnya.

Kadang2 kita selalu claim yang kita dah cukup doa dah pada Allah. Bangun malam jangan cakap la, hampir hari2 bangun. Tapi Allah still tak makbulkan doa yang kita minta tu.. Tapi pernh tak kita check diri dan amal kita sebelum kita merungut Allah tak makbulkan doa? Adakah kita sepantas Nabi Zakaria dalam melakukan kebaikan? or tak payah compare dengan Nabi Zakaria la. Sebb dia Nabi. Cuba compare kita dengan none muslim yang ada d sekeliling kita. Aku rasa dyorng lbh fastabiqul qhoirat (berlumba-lumba membuat kebaikan) dari kita. Contohnya kalau nak lalu kawasan yang sempit, dyorng beriya-iya suruh kita lalu dulu. Kalau kita bawa benda berat, siap dtg tnya perlukan bantuan tak. etc..So, ape cer nak merungut Allah tak makbulkan doa?

Yang kedua, bersungguh-sungguh dalam berdoa. Yes, aku yakin ramai antara kita yang bila doa nak minta sesuatu benda tu nangis-nagis sampai bengkak mata. Tapi, kenapa Allah still tak makbulkan doa kita?? Salahnya d mana???Cuba kita muhasabah( check diri) balik, pabila kita berdoa dan minta tu selama mana kita istiqamah dengan doa tu? or bila doa sekali dua Allah tak makbulkan dah give up. Or lama sikit la, setahun dua doa benda yang sama tapi still Allah tak makbulkan kita dah mengukit or putus asa. Kalau ikutkan Nabi Zakaria lagila, sampai tulang dah jadi lembut, rambut pun dah beruban ( maryam:4) tapi tak pernah putus asa untuk berdoa pada Allah S.W.T. Pengharapannya tak pernh putus. KeyakinanNya tak pernah pudar. Makin tinggi dan bertambah hari demi hari. Aku tahu part ni yang payah. Sebb manusa tu 'ajula' , gopoh. Nak cepat dalam berdoa. Bila doa pagi, kalau boleh petang dah nak dapat dah. Nak bila tadah tangan pejam mata, buka2 mata mcm magic semua benda yg minta tadi dah jd dah. Tapi benda ni boleh d didik. Cuba ambil contoh teladan orng2 yang sabr dalam berdoa yang lain. Insyallah, istiqamah tu blh d didik.

Dalam surah Maryam ayat 2-6, Allah ceritakn tentang hambaNya, Nabi Zakaria. Yang mana beliau berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut.Dengan rintihan yang penuh pengharapan.

'' Ya Tuhanku, sungguh tulangku telah lemah dan kepalaku telah d penuhi uban dan aku belum pernh kecewa dalam berdoa kepadaMu ya Tuhanku.''
(Maryam : 4)

Di sini kita dapat mengambil iktibar dan contoh cara untuk bedoa. Iaitu dengan suara dan lembut dan kata pengharapan sepenuhnya kepada Allah. Pada zaman Rasulullah dahulu, Baginda memberi hadiah kepada sesiapa yang pandai berdoa, bijak meuji Tuhannya. Jadi, insyallah mungkin kita boleh jadikan teladan tindakan ini agar doa kita dimakbulkan Allah S.W.T.

~Jangan pernah berputus asa dengan Rahmat Tuhanmu..~

Allahua'lam

No comments:

Post a Comment