بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum,
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ
( Al Baqarah- 186)
Cuti winter ini betul-betul merupakan perperangan terbesar antara aku dan diriku, nafsuku, keinginan dan kehendakku. Hingga aku terduduk d tengah-tengah deruan angin musim salju..Namun Allah itu Maha penyanyang..Tanpa aku sedar dan aku rancang, aku terbaca tulisan seorng ukth ini. Kata2nya umum untuk semua, namun aku mengambilnya sebagai tulisan khas untuk diriku sendiri..Sebagai peniup semangat yang hilang d dalam kekalutan dunia. ..
Allah..Berbicaralah padaku..Alam..temanilah daku..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Buat kamu yang sentiasa berada dalam doaku, sepertimana aku berada dalam doamu
harap dirimu berada dalam peliharaan Allah,
dan sentiasa beringat-ingat bahawa kehidupan kita ini hanyalah sementara dan kita hanyalah menikmati keindahan ciptaanNya di alam buana ini, untuk tetap mensyukuri dan mendekatkan diri kita kepadaNya.
Aku meninggalkan kamu dalam keadaan aku tahu, dirimu teramat memerlukan bantuan dan bimbingan.
Dan ternyata juga melihat dirimu yang sentiasa sahaja berdikari, mencuba perkara baru, dan akhirnya belajar dari kesilapan diri sendiri sangat mematangkan.
‘ Kenapa kita ini kena fokus juga pada student overseas ye? Kenapa tak all out untuk student di IPT sini je?’
Pernah aku bertanya perihal itu kepada seorang ukhti, yang amat aku kagumi di jalan dakwah.
‘ Kerana setelah beberapa tahun ramainya graduan luar negara balik ke Malaysia, merekalah yang paling banyak membuat perubahan pada dakwah di Malaysia. Orang di Malaysia ada, tapi tak seramai yang balik dari luar negara.’
Ini adalah fiqh dakwah yang telah terbukti pada sejarah waqie orang-orang yang berada di medan.
Walaupun kisah mereka tidak pernah dicatitkan dalam mana-mana jurnal pengalaman.
Dirimu bakal membawa perubahan yang besar pada lanskap dakwah di Malaysia.
Kelebihan IQmu yang cepat tangkap maksud-maksud dalam pelajaranmu, ataupun kefahaman yang kamu dapati dalam tarbiyah, amat luar biasa sekali.
Begitu juga ketegaran dirimu dalam memperjuangankan Islam di bumi luar malaysia.
Termasuk juga aset pengalaman , berada di timur tengah, di asia, di eropah, mahupun di australisia.
Semua itu bergabung dalam dirimu, pemikiran dan perasaanmu, maka jadilah sebuah jatidiri seperti dirimu sekarang : kendiri, dan mampu bergerak sendiri.
Maka, ketahuilah kesayanganku..
kehebatan kita di medan amal di luar negara, bukanlah penentu istiqamahnya kita di jalan dakwah.
Medan sebenarnya tetap di bumi Malaysia.
Saya katakan sekali lagi; medan amal sebenar adalah di Malaysia.
Medan ini membuktikan kekuatan iman kamu dan mendalamnya tunjang kefahamanmu pada Deen Allah ini.
Di sini akan terlihatkan kesungguhan diri kamu dalam memperjuangankan al-Haq, serta menguji kamu adakah kamu benar-benar makna dakwah , dalam erti kata yang sebenar.
Makna pada semua praktikaliti kehidupan, bukan retorik dan falsafah yang dihafal dalam usrah.
Di situ, kamu akan benar-benar harus menggugah jiwa kamu, untuk benar-benar berhadapan dengan mad’umu yang sebenar.
Keluargamu sendiri.
Dan bagaimana kamu harus sebenarnya mendakwahkan, kesemua mereka, hingga akhirnya mereka sekurang-kurangnya bersimpati dan tidak bermusuh dengan Islam.
Seterusnya, melatih kemampuan kamu melawan keselesaan duniawi yang amat menggoda dan mengigit diri kamu.
Kerana, kamu pulang sebagai professional yang memiliki kelebihan wang dan juga peluang perkerjaan yang sangat menjaminkan.
Kamu akan jadi kaya. Dan kamu akan hidup senang. Dan kamu akan rasa selesa. Dan keselesaan itu juga merupakan satu ujian.
Ataupun kamu akan tersangat rasa tertekan berada di tempat kerja. AKhirnya bertungkus lumus memuaskan bos, dan mengejar rating yang bagus.
Kesibukanmu pada putaran kerja itu , menyebabkan kamu sudah alpa dan lengah akan tarbiyah dan dakwah dirimu.
Sehingga kamu berasa cukup dengan hanya menjadi baik, seorang diri sahaja.
Sehinggalah akhirnya, kamu berlambatan dalam dakwah dan tarbiyah, dan menjadi amat tidak sedar, yang kamu amat selesa dengan kehidupan tanpa komitmen dan kesusahan.
Dan akhirnya, kamu terperangkap dengan dirimu, serta dunia yang berputar di sekelilingmu.
Berbekallah adik-adikku.
Jika kamu mengalah dengan cepat di medan penuh ideal di luar sana, adakah kamu rasa kamu boleh bertahan di Malaysia?
Jika kita cepat sangat membesarkan kesalahan-kesalahan kecil manusia di negara sana, kita akan sebenarnya teramat lupa, terlalu banyak masalah besar di Malaysia ini kita tak pernah fikirkan.
Pernah seorang akhawat bertanya seorang ustaz:
‘ Ustaz tak pernah marah isteri ustaz?’
Ustaz itu penuh yakin menjawab:
‘ mengapa ana mahu marah kepada isteri ana, ana dah cukup marah pada Yahudi!’
Maknanya, kemarahan dia itu seluruhnya itu diberikan pada Yahudi, takkanlah perkara-perkara kecil berlaku dalam rumah tangganya, perlu dibesar-besarkan.
Terlalu besar medan di Malaysia ini, sehingga saya sendiri terpaksa mengakui bahawa :
I am lost.
Dan ini diakui oleh suami dan juga teman seperjuanganku setibanya kami di malaysia.
Walaupun cuba memahami dan bergaul dengan mereka yang sepatutnya, kita tersilau dengan banyaknya medan yang perlu kita laksanakan.
Sehingga saya merasai selesa untuk hanya duduk di atas kerusi dan meja, melangsaikan penulisan mahupun terlibat dengan projek-projek media.
‘ K Aisyah, benda-benda begitu, penulisan, media, ramai orang boleh buat. Tapi kerja-kerja dakwah fardhiyah, kerja-kerja pergi ke rumah mad’u, spend time dengan mereka, takde sapa nak buat’
Tergamam aku mendengar hujah dari seorang adik, yang dahulu pernah menjadi mad’uku.
Di saat itu aku sedang menjawap persoalannya berkenaan masa yang aku gunakan ketika menantikan kerja ini.
Memang, tidak ada kerja paling utama, selain membimbing manusia.
Tidak ada. WAlaupun kekangan itu membukit dan mengarus, menghalang kita melaju dari gerakan kita, seperti mana lajunya kita satu masa dahulu di luar negara.
Adik-adikku, apa yang kamu lalui di sana, keperitan, keseorangan, kebluran, ke’down’an dan juga resah gelisah itu, adalah satu persiapan yang akan kamu lalui di bumi ini.
Itu adalah latihan Allah berikan buat kamu, agar apabila kamu berpijak di bumi sebenar ini, kamu tahu bagaimana untuk atasinya.
Maka berbekallah dengan bekalan iman yang ampuh.
Bekalan yang mengakar sehingga ribut ombak takkan mampu menggugah prinsipmu.
Sehinggakan seluruh makhluk, membencimu pun, kamu akan tetap berada di atas landasan Allah ini.
Aku tahu, takkan sama menulis kepadamu, dengan pergi sendiri bertemu dan berdamping dengan dirimu di saat ini.
Namun, aku menulis ini, dengan harapan, bahawa, aku dapat memelukmu dengan kata-kataku ini.
Dan dengan ini, kamu akan temui sebuah kekuatan. Dan akhirnya kamu dapat rasai, walaupun kamu berharap seluruh makhluk, memberikan kamu kekuatan, tiada kekuatan yang lebih ampuh, melainkan kekuatan dari Allah.
Tiada rasa kebersamaan lebih mengasyikkan, dari kebersamaan dengan Allah.
Rasa kecukupan yang luar biasa, dan rasa selamat tiada tara.
Dan tentu mahu aku nukilkan nasihat aku seperti ini:
1) tambahkan bekalan sebanyak mungkin. Tambahlah. Di saat kamu merasa cukup, kamu sudah kehilangan banyak ilmumu.
2) hafallah alquran . Hafallah sebanyak-banyaknya.
3) hafal hadis terutama 10 yang terawal.
4) hadamilah sirah Nabi
5) terjunlah ke medan. Dan terjunlah ke sebanyak2 medan. sebanyak2nya. Sentuhlah seramai mungkin orang.
6) apabila ujian menimpa, bertaubatlah, dan kembali kepadaNya. itu adalah masa pengukuhan dan permantapan jiwamu, untuk masuk ke fasa seterusnya.
7) berdoalah agar dirimu tetap tsabat, dan masuk syurga ALlah. Jangan pernah lupa untuk berdoa akan ini setiap hari.
Diri kita, takkan pernah sempurna. Tapi, masih ada ruang, untuk menyempurnakan diri kita ini.
Itu sahaja dapat aku tuliskan buat kamu.
Doakanlah each other. Kerana doa itu, pengikat hati, paling mustajab.
PS; maaf, serabut dan tak kemas plak.. ini membalas emel seorang ukhti kepada saya kerana saya pun turut merindui dirinya
Ukhtikum fillah
AisyahZ
(http://muharikah.wordpress.com/2011/12/10/persiapan-yang-sebenar/)
Allah tidak pernah melupakanmu..Namun kamulah yang sering meninggalkanNya..
No comments:
Post a Comment