Sunday, December 25, 2011

Hakikat Iman dalam ujian..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

'Siapa yang melihara dirinya (dari perkara yang haram), maka Allah akan memeliharanya, dan siapa yang mencukupkan dirinya(dari apa yang ada di tangan orang lain) , maka Allah akan mencukupkannya, dan siapa yang menyabarkan dirinya, maka Allah akan menyabarkannya, serta tiada pemberian Allah untuk seseorang yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar.

Manusia itu pelik..Begitu yakin dengan janji manusia, tetapi tidak yakin pada janji Allah dan RasulNya. Aku juga tidak terkecuali dari menjadi sebahagian darinya.. Aku terduduk kembali..Aku lihat kita sering kali merasa berat dengan ujian yang kita alami..Takut pada pada masa hadapan, dan risau dengan sesuatu yang bukan d bawah kawalan kita..Rungutan dan keluhan sering hinggap d bibir. Kadagkala bercakap seperti tidak berTuhan. Berkata-kata seolah-olah Allah sering melupakan..Mengapa jarang sekali kita meletakkan pengharapan kepada Allah? Lemahnya iman kita hingga tidak yakin bahawa setiap yang berlaku itu adalah terbaik buat kita..

Astafirullah..

Apalah sangt ujian kita itu jika hendak d bandingkan dengan mereka yang lain. Dan apalah sngt dengan ketakutan dan kerisauan kita jika hendak d bandingkan dengan ketakutan saudara seislam kita yang lain..Bahkan jauh lagi jika hendak d banding dengan para nabi dan sahabat...Kita akan merasakan maslaah kitalah yang paling besar jika kita tidak pernah memikirkan masalah orang lain..

************************Muhasabah*****************************

1) Kisah Nabi Yusuf..
Tidak ada salah pada Nabi yusuf itu..Tapi telah d ainaya oleh saudaranya sendiri..Bermula dengan dihumban kedalam perigi oleh saudara kandungnya sendiri..Difitnah Zulaika dan d masukkan ke dalam penjara..Hinggakan Nabi Yakub bertahun-tahun berendam air mata. Bukannya setahun dua, namun bermula dari dia kecil hingga mengcekau usia dewasa. Namun, baginda tetap bersabar dengan yakin dengan ketentuan Allah pada dirinya dan anakandanya..Apa yang d lafaznya hanyalah ' Fasobrun jameel....kepada Allah sahajalah aku bertawakal'

قَالَ بَلۡ سَوَّلَتۡ لَكُمۡ أَنفُسُكُمۡ أَمۡرً۬ا‌ۖ فَصَبۡرٌ۬ جَمِيلٌ۬‌ۖ وَٱللَّهُ ٱلۡمُسۡتَعَانُ عَلَىٰ مَا تَصِفُونَ
''..Sebenarnya hanyalah kamu sendirilah yang memandang baik urusan yang buruk itu., Maka bersabar itulah yang terbaik bagiku. Dan Kepada Allah sahaja memohon pertolongan terhadap apa yang kamu ceritakan (Yusuf: 18)

2)Kisah Aisyah R.A
Tidak dilupakan juga ketabahan Aisyah..Seorang wanita yang hebat. Tidak terusik barang sedikitpun keyakinan beliau apabila d fitnah berzina dengan Sofwan..Namun apa yang di sebut ulang hanyalah..

وَٱللَّهُ ٱلۡمُسۡتَعَانُ عَلَىٰ مَا تَصِفُونَ
Allah..Subbahanallah...

Hebatnya mereka..Masih tegar dengan Allah di dada walaupun ujian datang menerpa. Tidak pernah sedikit pun timbul keraguan d hati mereka. Namun,berbeda dengan kita. Andai kita d uji setahun dua..Kita mula mengunkit dan mengclaim yang Allah tidak menolong kita, tidak adil pada kita.

Astafirullah..

Selayaknya seorang manusia yang berTuhan itu akan lebih mendekatkan dirinya dengan Allah pabila ditimpa ujian...Kerna mereka yakin sesuatu ketetapan Allah itu bersebab. Dan adalah terbaik untuknya. Jika d lihat-lihat kembali, berapa ramai manusia yang mula mendapat kenikmatan solat apabila ditimpa ujian. Dan berapa ramai yang mula mengenal Allah kembali apabila ditimpa musibah..Namun, mengapa kita pabila d timpa ujian mula makin menjauh dengan Allah? Silapnya d mana??

Check hati
Apa yang ada d dada kita? Allah? Atau selain dariNya? Sejauh mana keyakinan kita pada janji Allah? Ya Allah..ampuni aku Ya Allah..Janganlah engkau menyerahkan aku pada diriku pada diriku sendiri..Dan engkau cukupkanlah aku supaya tidak meminta-minta pada manusia yang lain.

Jangan pernah berputus asa dengan rahmat dan pertolongan Allah..

No comments:

Post a Comment