" selamat datang ke Lenggeng "
Alhamdulilah, selesai sudah kem 2 hari 1 malam di Lenggeng..Fuh..menarik + penat sikit..
Kami semua bertolak dlm pukul 8++.Asalnya janji pukul 7.30...tapi..bak kata mr kash.. " i saje nak uji kesabaran u all"..hu3..(yo la tu..).Jumlah kami dalam 100-- orng. dlam 3 buah bus juga la yang pergi.Walaupun pada awalnya mcm sesat sikit, tapi berbekalkan pengalaman pakcik2 bus Intec yang matop, kami selamat tiba disana.alhamdulillah..
Dipendekkan cite,banyak juga aktiviti yang kami buat. 1st time dlm hidup berkayak n menyumpit. I got 100 point k!..hu3..mcm agak hebatkan..he3..jungle traking mcm biasa la kan..Boleh dikatakan setiap kem akan ada jungle traking..apa yang menarik, masa nak turun bukit, kitorng jumpa pokok renek yang blh ubah warna setiap kali kami pegang! Subbhanallah...mungkin korang dah pernah jumpa.but diz i my 1st time!
Sepanjang perjalanan aku berfikir (+ TERtido) ..apa yang ku cari disana. apa yang akan aku dpt dan apa yang mampu aku sumbangkan dengan kehadiran aku kat sana? fikir punya fikir...aku masih buntu..erm..nak kata kem ni untuk persediaan kpd kitorng yang bakal fasi ni..tak la juga..Sebab..aku rasa mcm tak da kaitan.hu3..tapi..masa dlm perjalanan balik,masa tu dlm bus..untung aku dapt dok tepi tingkap..aku ternampak seorng pakcik tua(amat tua) sedang jual buah durian dengan semangatnya..dari situ aku lihat kesabaran dan ketekunan seorng hamba meneruskan sisa hidup didunia.Tiba2 aku tersedar..kita ni hidup berTuhan..perlu bersyukur dengan setiap kurniaan..Aku masih diberi kesempatan untuk hidup dan melihat alam ini..Masih mampu meneroka setiap dudut dunia dan masih diberi kesempatan untuk berzikir padanya. tapi mengapa aku sering lupa?
Kebelakangan ini..aku akui..bnyak benda yang melalaikan yang telah aku buat..amat banyak..Aku alpa dengan nikmat yang melimpah.Aku lupa pada kesedihan dan kesusahan saudara sendiri..Aku ketawa sedangkan mereka menangis..Aku melihat awan bergerak..bulan mengambang..Aku memuji kecantikan alam..tapi kenapa aku tak balikkan ia kepada Tuhan..
Mungkin korang akan rasa apa kaitan pakcik jual durian tu dengan apa yang aku fikir. Tapi bagi aku..pakcik tu telah meyedarkan yang telah lama dilamun mimpi dunia, hingga terlupa akhirat yang bakal tiba...
Dan sekarng aku rasa aku dah dapat apa yang aku nak di kem ni..Allah telah memberikan hadiah yang amat bermakna kepada aku.Aku rasa aku dah tahu apa yg blh aku sumbangkan nanti..walaupun bukan dikem tu..tapi dimedan dakwah yang bakal aku tempuhi..dan aku dah ada benda untuk dishare dengan adik2 yang baru masuk nanti... :)
Sory ek takde gambar..tak bawa camera hari tu...jd tak dapat la nak share ngan korang kat sini...maaf ye...
*mati itu pasti, hidup Insyallah!*
No comments:
Post a Comment