"wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?"
As-saff(10)
Dalam usaha untuk kita untuk survive didunia,benda basic that we need is makan + minum. Kita akan berjual-beli (dalam ayat skema=berdagang) untuk memenuhi keperluan yang basic tu..Right?
Erm..kenapa tetiba aku ckp pasal benda ni? mcm tak da kaitan ja kan..budak tadika pun tahu, nak hidup kena makan..nak beli makan kena ada duit..tak da duit, tak boleh makan n tak makan tak dapat hidup =mati..ni simple formula yang semua orng tahu..Actually, lepas aku terbaca ayat kat atas tu, aku terfikir..(dah bnyk kali baca,kali ni baru nak terfikir..=teruk betul aku ni..hu3)..
Kalau kita tgk dengan mata kasar ayat kat ats, dah terang n nyata Allah nak berjual beli ngan kita. Jual beli yang dilakukan untuk keselamatan kita HIDUP di sana. Siap offer lagi tip2 dia..Kalau kat dunia ni, ada compony nak bocor dia punya sebut harga untuk dapat mana2 tender??sure tak da(kecuali rasuah la..itu lain cita)..
But..apa ek offernya???coppp!!jgn risau..Allah dah siap bg jawapan..
"iaitu kamu yang beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berJIHAD dijalan Allah dengan harta dan jiwamu"
As-Saff(11)
Erm..so..jawapan bocornya
beriman+berjihad=selamat dr azab..
Dari formula ni, aku lbh tertarik dengan jihad...Aku selalu bayangkan, KALAUla aku dapt hidup dizaman NAbi, mesti best!Semangt jihad berkobar-kobar.Boleh naik kuda, bawa pedang lawan musuh n boleh memanah dengan sahabat.Fantastic!!
Tapi, itu KALAU..Benda yang tak mungkin terjadi.Ye la, cuba kalau skrng kita buat mcm tu,mean bw kuda tgh jalan then bawa pedang nak cari musuh, aku sure kita sesama masuk tahanan ISA.Tak pun siap kena hantar g penjara dunia 0r kena hukum mati!Kan tragis mcm tu..macam mati katak je.Langsung tak menyumbang apa2 kan??
Ok2!!buka mata luas2..Cuba kita renung balik, apa n siapa yg menjadi musuh besar umat islam skrng??orng kafir??maybe...tp untuk sesetengan tempat je la aku rasa. Tapi, kalau kita tgk kat malaysia ni?Tak salah aku katakan musuh besar kita adalah MALAS+BODOH!
Maaf kalau ada yang rasa kurang senang dengan penggunaan word BODOH aku td.Bukan aku nak kata orng yang tak masuk Uni, yang tak blaja tinggi2 tu bodoh.Bodoh tu luas
konteksnya.Kadang kala mereka2 ni lebih bijak dari orng yang kemenara gading.Sebab apa aku ckp mcm tu is ada juga segelintir orng yg dikatakan BIJAK PANDAI ni MEMBODOHKAN diri sendiri..Cuba tgk, yang terlibat dlm dadah, lumba haram, berpeleseran kat shopping mall, cuba korang tnya, mostly siswa siswi kita.Yang dok buat maksiat sana sini..siapa?mostly siswa siswi kita(aku pun termasuk la..hurm..)..Sedangkan semua ada ilmu,ada akal..
Kalau dulu, orng kafir serang kita guna senjata but now, they use the different way. Dyorng menggunakan serangan pemikiran@ideologi. Ia bagaikan racun yang menyusup bersama produk budaya dan teknologi global. Benda ni lebih merbahaya,coz kalau senjata kita boleh nampak..tapi kalau racun ideologi ni,mcm mana?Kita mungkin akan nampak, tapi yang kita akan lihat adalah kesannya bukan racunnya..
Korang pernah tak dengr word "ghazwul fikri" (perang pemikiran). Benda ni la yang paling ditakuti oleh cendiakawan2 islam dulu n aku rasa sampai sekarang ..Ternyata jihad pemikiran lebih diperlukan berbanding jihad fizikal pada zaman kita ni..So, pesanan buat aku, jgn salahkan zaman yang menggila skrng ni.Setiap zaman ada kegilaannya yang tersendiri.It depend kpd cara untuk kita atasinya.Kesalahan diri atas kelemahan diri sendiri, bukan zaman,kawan or dll(mungkin ada tp kecil peratusannya)
Ok, td aku yg ckp, tak semstinya kalau masuk Uni kita takkan terlibat dalam kes pembodohan diri sendiri ni.Jadi, tak payah masuk U la ek?? cop!! jgan salah sangka,jgan silap tafsir.Bukan maksud aku mcm tu..bgs la kalau dpt masuk Uni, tu bermakna korang dah lepas satu tangga pendidikan yang telah ditetapkan oleh kementerian pelajaran malaysia.Tahniah!!Tapi, ilmu nikan luas, n bg aku yang lbh penting adalah ilmu hidup.Dalam masa kita menuntut ilmu yang ditetapkan sylibus,cuba juga cari2 ilmu dunia+ilmu akhirat.Kalau amik course chemistry, jgn la 24jam mentelaah benda tu ja.Sure boring kan? tak da nikmat hidup.So, dlm masa belajar ni la kita nak kumpul segala ilmu n pengalaman yang ditawarkan.G usrah, daurah, kem, melancong ke tempat orang, bergaul dengan orng, semua tu ilmu.n tak da dlm buku..N jgn lupa, niat kerana Allah, n setiap kali keluar untuk menuntut ilmu, niat nak berjihad(ingt athi!!ingt!).Jadi, kita akan dapat double benefit,ilmu +pahala jihad.
Jadi, buat diri ini yang sering lupa+malas+membodohkan diri sendiri,study hard, cari ilmu + pengalaman sebnyk mungkin.Mungkin tak nampak impaknya sekrng, tapi akan kelihatan pada masa akan datang..who knows right?
Apa la yang aku merepek ni..tapi ni la aku,berfikir berlebih-lebihan.kadang2 mungkin bgs, but kadang2 membawa keburukan la juga.Aku sengaja tulis entry ni untuk peringtan diri n kawan2 yang aku amat2 aku sayangi..Bukan apa, penyakit malas study, keja nak tido dlm bilik or buat benda bukan2 yang tak bermanfaat+tambah dosa(ni aku la..hu3) dah makin menjadi2.Masa cuti ni, bila aku fikir balik..aku rasa teruknya aku..Dan dalam masa yang sama, waktu aku tgh sedih2 fikir(sob2) aku terbaca ayat ni. So..inilah hasilnya..Aku yakin, dengan jihad akan menghilangkan sakit(rohani n jasmani). Aku telah melihat hasilnya,dan aku ingin sekali mencuba dan menjadi seperti dia..Aku amat berharap teguran berbanding pujian dari teman2 sekalian. n itu yang aku dapt dr kawan2 aku(intec+penang)..thnks a lot! (yang mengalami akan memahami)
"niscaya Allah mengampuni dosa2 kamu, dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai dan ketempat-tempat tinggal yang baik di syurga 'Adn....."
As-Saff (12)
Janji Allah itu pasti, janji manusia belum tentu tiba
~Mati itu pasti, hidup Insyaallah~
No comments:
Post a Comment