Friday, January 27, 2012

Istiqamah itu tandanya setia..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Alhamdulillah..Allah yang Maha Pengasih..Yang mana Dia tidak akan membiarkan walaupun satu doa hamba-hambaNya tidak terjawab..Allah tidak pernah jemu menunjukkan kasih sayangNya pada kita. Dia tidak pernah jemu memujuk kita dengan caraNya yang tersendiri. Amat berseni..Amat halus..Penuh cinta dan kasih sayang. Begitu berterusannya Allah dalam meneliti setiap satu dari hambaNya..Begitu setianya Allah kepada kita..Tidak pernah Dia tinggalkan kita walaupun sesaat.

Namun kita, lain pula senarionya. Setiap satu arahan dan perintahnya kita ingkari. Kita tidak pernah jemu meraih dosa. Tidak pernah jemu menempah tiket ke neraka..Amat rakus..Amat lupa diri..Hati kering tanpa cintaNya..Jauh lagi untuk setia padaNya. Mujurlah Allah itu penilaianNya bukan seperti manusia. Jika tidak, nescaya sudah lama bumi ini dihancur-hancurkan atas sebb dosa dan keingkaran kita..

***********************

Sebelum ini aku selalu mendengar perkataan 'istiqamah'. Tetap, berterusan, konsisten dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Namun, pada hari ini Allah menyedarkan aku bahawa istiqamah itu tandanya setia. Setia pada Allah yang Esa. Tetap sabar dan berterusan dalam mentaati perintahNya dan Sabar dalam meninggal setiap laranganNya.

Aku cinta dia

Aku mencintainya. Setiap hari, aku akan cuba untuk melakukan yang terbaik untuknya. Sediakan keperluannya semampuku. Menenagkan hatinya dan cuba sedaya upaya untuk membuat dia gembira walaupun dalam hatiku penuh lautan hiba. Kerna cinta,segalanya sanggupku korbankan. Masaku, tenagaku,dan hatiku. Tidak pernah wujud perasaan jemu pabila bersamanya. Tidak ada secalit bosan pabila melakukan sesuatu untuknya walaupun berulang kali pada perkara yang sama. Ini semua ku lakukan kerna cintaku padanya...

Aku Cinta DIA

Hari demi hari ku gagahi untuk menghambakan diri padaNya. Setiap perintanya ku rasakan amat berat. Kadang kala wujud rasa bosan d hatiku untuk menuruti perintahNya.Aku menjadi amat berkira jika perlu peruntukkan waktu untukNya. Bertambah berat jika diminta untuk korban harta atau jiwa. Namun ku katakan ku cinta..Tapi kenapa cinta ini amat kering dan menyiksakan jiwa?


Hurm..Dua fenomena cinta..Yang sekali pandang seperti sama. Tapi intinya amat berbeza. Untuk mencintai menusia, amat mudah. Kerna manusia itu kelihatan jasadnya. wujud lahirnya. Tapi mengapa untuk mencintai pemilik cinta itu amat susah dan merana? Adakah kerna kurangnya keyakinan kita padaNya atau adakah kerna hati ini sudah mati, telinga ini sudah tuli hingga tidak dapat merasa wujudnya Dia??

Aku yakin..setiap dari kita mempunyai cinta kepada Tuhan yang Maha Esa..Terpahat kukud di dalam dada. Namun, jika di besarkan cinta kepada makluknya melebihi cinta kepadaNya..CINTA itu akan mengecil dan terpinggir dan digantikan dgn cinta yang sementara. Oleh itu, salah satu perkara yang mampu kita lakukan untuk menyuburkan cinta kepadaNya adalah dengan terus menerus mengingati Dia. Tidak kira di mana jua kita berada. Sewaktu berjalan, duduk bahkan baring sekalipun, latihlah diri untuk sentiasa meletakkan Dia d hati kita. Aku tahu ianya sukar..Namun itulah cinta..Cinta yang besar perlukan pengorbanan yang lebih besar.

Istiqamahlah dalam mencintai Dia..kerna istiqamah itu tandanya setia..Dan setia itu hasil dari cinta. Insyallah.. jika kita cuba untuk istiqamah dalam sekecil2 perkara kerana Dia..nescaya akan Dia bukakan jalan, mudahkan laluan serta limpahkan kekuatan untuk kita istiqamah pada hal2 yang lebih besar pula..

Allahua'lam..

p/s: Jom setia padaNya! ^_^

Monday, January 23, 2012

Fitnah Petunjuk Istiqarah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

“Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?”

Sepucuk emel dihantar kepada saya.

Beristighfar dan mengurut dada.

Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi.

Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam.

Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu?

MEMBELAKANGKAN ILMU

Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?

Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.

Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.

Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:

“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”

Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.

Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.

Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:

Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:

Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).

Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.

ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH

Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.

Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”

Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.

Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.

Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.

Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.

Berhentilah mencari mimpi.

Berhentilah menunggu petanda.

Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).

Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.

Ia mungkin mainan Syaitan.

“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]

KESIMPULAN

  1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
  2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.
  3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.
  4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
  5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
  6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
  7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
  8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
  9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.
  10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.
  11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
  12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
  13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
  14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
  15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.
~Jazakallah khair atas perkongsian Abu Saif~

Sunday, January 15, 2012

Harapan dan Kembali...

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Sebagai manusia, kita pasti tidak dapat lari dari kesalahan. Namun, sebagai insan..pasti ada satu ketika kita akan terduduk dan bertanya..Pasti ada detik terselit rasa kecewa d atas segala kesalahan dan dosa..Justeru ketika itu..Ingatlah, Islam tidak pernah meletakkan perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Tidak kira detik, masa dan ketika, jika bila mana seorang hamba itu ingin berhubung dengan Tuhan..kembali kepada Allah aza wajall..maka tidak akan ada halangan..

'' قُلۡ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ''

''Katakanlah, : ' Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, Janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah, Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa. Sungguh, Dialah Maha Pengampun, Maha penyanyang''
(az-zummar:53)

Kadang-kala kita jd kaget dengan 'pendapat2' umum yang begitu judgemental dari segenap pihak..Jika kita telah melakukan dosa itu dan ini..Maka tidak ada harapan lagi untuk kembali. Dipinggirnya kita, d tolak ketepi..Bahkan hingga ada membangga diri, meng'comparekan' dengan diri sendiri umpama dia itu benar2 suci.

Namun, ingtlah, Allah itu bukan manusia. Dia penuh dengan rahmat dan kasih sayang. Tidak penah Dia melupakan hambaNya, namun, kitalah yang sering melupakan Dia.

Dalam hidup ini, ketika mana kita merasa tidak ada tempat untuk meluahkan segala rasa..Melepaskan segala resah d jiwa, ingatlah bahawa Allah itu ada..Dan Dia akan memakbulkan doa kita. Dan Dia tidak akan sekali-kali membuka aib kita jika kita meluahkan 'rasia' kepadaNya.

Teringat sabda sabda baginda (S.A.W)

''Dan barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, nescaya Allah menutup aibnya d dunia dan d akhirat ''

Hal ini, jika kita kaitkan dengan kisah Maiz bin Malik. Ketika mana dia dtg kepada Rasullullah dgn penuh penyesalan membuat pengakuan bahawasanya dia berzina. Namun, tidak di endahkan oleh Rasullullah pada mulanya. Bahkan ada riwayat mengatakan Rasulullah berkata ''engkau menagarut sahaja'..'barangkali engkau hnya menciumnya sahaja'..

Lihatlah betapa islam itu begitu hendak menjaga hamba2nya. Islam tidak menyuruh kita mendedahkan aib kita. Namun, Allah hendak kita bertaubat dan kembali kepadaNya..Pintu keampunan Allah itu begitu luas.. Dia membuka pintu keampunan pada waktu siang untuk mengampunkan dosa orang berbuat dosa pada waktu malam.. Dan Dia membuka pintu keampunan pada waktu malam, untuk mengampunkan orang yang berbuat dosa pada waktu siang..Allah..begitu pemurahnya Allah kepada kita. Siang dan malam menanti menunggu kepulangan hambaNya..Justeru sebagai hamba..jgn lah kita berputus asa untuk terus kembali kepadaNya..

Tidak kiralah siapa kita yang dahulu..Apa yang telah kita perbuat sebelum ini..Namun..apa yang penting..siapa kita yang sekarang dan apa yang kita mahu menjadi pada masa hadapan...

Dunia ini hnya sementara..nikmatnya menyakitkan..Namun akhirat itu kekal selamanya..nikmatnya berkekalan..Bersabarlah dengan kesoronokan dunia..yang hnya fatamorgana..

Istiqarahlah dalam setiap pilihan..

Allahua'lam

Saturday, January 14, 2012

Akal Vs Hati or...

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Manusia itu unik. Allah ciptakan dgn segala keistimewaan. Keistimewaan terbesar adalah akal dan hati. Aku lebih tertarik untuk membincangkan combination keduanya. Kerna akal begitu teknikal tanpa hati..Tp kalau hati tanpa akal..EMOSI!

Case 1:

Satu petang tu aku rushing nak cari tempat solat d Coventry. Jadi port biasa adalah d bawah tangga dekat dgn market. Masa tu dalam fikiran aku dah stuffy dgn masalah dgn pakcik d vodaphone. (dia ala2 celcom kat malaysia). Then tiba2 aku ternampak seorang remaja berusia belasan tahun menjerit melolong sambil polis dan security memegang erat tangan dan seluruh badan dia.

Apa akal kata: Mencuri la tu..Sebb tu kena tangkap (then trs g solat)

Apa kata hati : Kesiannya, curi coklat d poundland sj. Mungkin dia tak da duit. Allah..kesiannya dia..Apa la polis ni. Tak berperi kemanusiaan btl..blabla bla..(hujan dlm hati)

Case 2:

Bila mana dah masuk final year plus dah ramai kawan2 naik pelamin plus yg tak naik pelamin lg pun mostly dah tunang n dah ada org n plus yang tak da org pun tgh sibuk membincangkan nak cari pasangan, tengkuk aku mula meremang dgn satu fenomena. Fenomena 'concern' dan 'ingin tahu' dari semua pihak. Mak abah dah sebuk ckp hal harga lembu untuk kenduri, kawan2 bnyk amat offer diri untuk cari. Ada juga yg carikan senyap2 tup2 trs nak kenalkan..kakak 'bulatan gembira' yg dulu pun dah mula tnya2 kembali..hurm..Aku tgh pening nak exam ni..Tapi takut juga sebb org kata kalau tak cari masa belajar..susah dah nak cari masa kerja..hurm..

Apa kata akal: Ok, plannya mcm ni. Hbs exam trs minta tolong kawan carikan, balik malysia kawin. Ok done.

Apa kata hati : Hurm..berbelah bgnya. kalau mcm ni rasa tak sedap hati..kalau buat mcm ni pulak..jd mcm tak senang duduk..Allah..Streess...!


Case 3? Dah la, bnyk2 case bosan pulak nanti.

Kalau blh rumuskan dari dua cerita ni, sngtlah imbalance hidup. Tapi that what people tend to do. People like to be judgemental, stressful, negative thinkng..bla2..ok stop..So much negative things!. But if we choose to 'combine' both akal n hati..

Case 1:

Akal+hati : Kenapa dia kena tangkap?. Mencuri agaknya. Kesian dia. Moga semuanya baik-baik shj..


case 2:

Akal +hati : Allah..istiqarah dahulu la. Moga Allah beri pertunjuk.Buat masa skrng, focus dgn pelajaran insyallah. Insyallah setiap manusia itu ada pasangannya..


Fuhh.. Rasa positive sedikit n tak sakit kepala fikir teruk2. Sebb combination akal dan hati akan membawa kepada fitrah.Fitrah yang memang kehendak semua manusia. Back to Tuhan Maha Pencipta. Kadang kala pabila kita berhadapan dgn sesuatu situasi, kita jadi panik dan hilang pertimbangan. Cubalah duduk dan bawa bertenang. Berfikir lah dgn jernih. Tidak perlu gopoh. Insyallah ada jalan untuk setiap persoalan. Hidup ini akan terus berjalan. The different is how we live our life.

p/s: Berfikirlah dalam setiap langkah..Namun basahkan juga dgn perasaan agar tidak menzalimi kehidupan.

Selamat beramal...^_^

Thursday, January 5, 2012

Istiqarahlah...

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Aku yakin Allah tidak akan menzalimi hambanNya yang memohon bantuan dan pertunjukNya...

Istiqarahlah..Dan yakin dengan istiqarahmu..
Tidak mengapa andai seluruh manusia menafikan perkara itu..
Selagi mana ia belum terjadi..
Hny Allah yang mengetahui..

Istiqarahlah..Istiqarah untuk setiap tindakanmu..
Agar Allah menerangkan yang buntu..
Memberi jawapan ..dari banyk menjadi satu..

Istiqarahlah..kerana istiqarah itu kunci..
Rasia si hamba dgn Illahi..
Yang menyerahkan hati sepenuh hati..

Istiqarahlah..dan jangan engkau bersedih hati..
Andai apa yg d hajati tidak seperti yang d ingini..
Yakin lah sesuatu wahai hati..
Tidak ada yang lebih bermakna dalam hidup seorang hamba melainkan interaksi dengan Rabbul Izzati..

YA Allah.. Tuhan yang Maha Tahu..Kau perkenankanlah doa hambamu ini..

Wednesday, January 4, 2012

Harapanku..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sejak dari bangku sekolah lagi..Sejak dari aku tidak mengenal apa itu islam..Sesungguhnya hnya Engkau yang mengetahui harapan ini telah berputik.. Hnya Engkau yang Maha Tahu gelodak hati ini.. Dan rindu itu makin mengcengkam hari demi hari..Ya Allah..hamba mohon Ya Allah..Izinkan hamba untuk sujud d rumahMu..sebelum hamba pulang ke pangkuanMu Ya Allah..


Artist : Opick
Lirik Lagu : Opick - Haji

Opick - Haji


labbaik Allahumma labbaik

labbaikala syarikalaka labbaik

innal hamda wanni'matalak

walmulkala syarikalak


wahai Allah kami datang

memenuhi panggilanMu

tiadalah sekutu untukMu

segala puji dan kuasa untukMu


kami meraba tanpa cahaya

kami yang lupa hina dan papa

di hadapanMu yang Maha Indah

di hadapanMu yang Maha Mulia


labbaik Allahumma labbaik

labbaikala syarikalaka labbaik

innal hamda wanni'matalak

walmulkala syarikalak