Alhamdulillah...
Terima kasih Ya Allah..
Ya Allah..thnks a lot!..
Ni la antara ayat2 ringkas yang mudah keluar dari bibir kita apabila mendapat sesuatu kesenanagn+kebahagian or dpt apa yang kita MAHU.Ringkas , padat dan penuh msj kpd Tuhan sekalian alam..Tanda kita bersyukur kepadanya kerana memberikan sesuatu nikmat kepada kita. Tapi apabila kita mendapat sesuatu kesusahan, kesukaran atau ujian, selalunya apa yang kita akan buat?
Arghhhh.. tensionnya aku!!
Kenapa aku diuji begini...?
Ini tidak adil!!...
Kenapa aku diuji begini...?
Ini tidak adil!!...
erm...aku tak menunjukkan respon ini mewakili mana-mana pihak. Tetapi inilah respon yang sering aku nampak dan aku perhatikan. Kebanyakkanya bersyukur apabila mendapat nikmat tetapi apabila diambil sedikit salah satu nikmat yang DIPINJAMKAn itu, kita begitu mudah sekali melatah. Senang sahaja kita dihenyak ribut emosi. Membiarkan diri dirajai nafsu..Kenapa sering begitu? Mengapa rasional akal tidak sentiasa kukuh disisi? Mengapa diri begitu goyah apabila diuji?
Adakah kerana tiada agama atau tidak FAHAM agama atau tidak MAHU agama??
wahai diri dan rakan-rakan...
Agama adalah satu jalan yang yang bersifat menyelamat. Ia diperlukan diwaktu santai dan amat bermanfaat ketika suasana tegang..Diwaktu kita benar-benar buntu dan kesuntukan dari setiap sesuatu..ingatlah, ada satu kuasa yang mampu menolong..iaitu Allah..Dia akan sentiasa disisi dan akan sentiasa memahami.Membantu merungkaikan apa sahaja yg tersirat..
Selalunya kemarahan berpunca dari kekecewaan dan kekecewaan itu berpunca dari ketidak puasan hati menerima sesuatu ketentuan. Sebab itulah selalu terjadi, kita mudah hilang kewarasan diri apabila dijentik badai ujian..
Allah..itulah kunci segala persoalan.Sentiasalah menginagtiNya dan hati akan menjadi tenang dengan setiap yang berlaku sama ada balik ataupun tidak.
"cakap senag ar..cuba kalau kau yang kena! Sure kau pun same je!"
ok2..aku tahu..bukan mudah nak terima hakikat apabila kita ditimpa musibah tambah2 bila kita kehilangan sesuatu yang kita sayang or tidak dapat apa yang kita impikan...Tapi pernah kita terfikir tak? Sesungguhnya kita tidak pernah memiliki apa2..jadi bagaimana kita nak merasakan kita kehilangan sesuatu?bukankah semua ini hnya pinjaman?
Jadi... jika kita benar2 faham + yakin ngan konsep dunia ni hnya pinjaman, kita tak akan merasa frust yang teramat kerna segala yg didunia ini hny sebagai modal untuk dibuat bekal ke akhirat..
Ye..mungkin agak sukar untuk berlapang dada diatas setiap musibah yang melanda.Itu bukan perkara yang mudah..Namun..kita harus yakin bahawa setiap ketentuan Tuhan akan terselit dengan hikmah. Tiada satu yang sia2.Keadilan Tuhan kadang kala tersembunyi dan sukar dimengerti. Namun..yakinlah bahawa Allah tidak pernah menzalimi hambanya..Tidak akan sama sekali.
Mungkin sukar untuk kita melihat akibat sesuatu perkara, tetapi..jika kita seorng yang berfikir..pasti kita akan menemukan sesuatu. Tidak ada sesuatu perkara yang baik berlaku melainkan ada juga keburukannya..Begitulah sebaliknya..
Sebagai contoh..
Kita memang suka hujan. Hujan menyuburkan tanaman..menyirami tanah yang kontang, menghilangkan haba2 pembangunan.Namun, bagi nelayan,lain pula ceritanya. Mereka mengharapkan hujan itu tidak berlanjutan. Kerana jika hujan berlanjutan, mereka tidak dapat ke laut untuk mencari rezeki. Dan kita juga tidak akan selamanya menyukai hujan itu, kerana kita juga perlukan matahari untuk mengeringkan baju yang basah dan untuk keluar rumah bagi meneruskan aktiviti harian..Jika hujan berpanjangan, semuanya akan tergendala.
Lihat..bagaimana sesuatu perkara yang baik itu tetap juga mempunya keburukannya.Tiada benda yang sempurna. Namun..apa yang pasti, setiap perkara ada hikmah yang tersembunyi. Jika kita memahami + menyakini perkara ini..tentu kita akan sentiasa bersangka baik terhadap Allah dan akan sentiasa sabar dan Redha dgn ketentuannya..
Terjawabkah wahai diri??
Wallahua'alm
~Aku yang masih mencari~
~Mati itu pasti..Hidup..Insyaallah~
~Mati itu pasti..Hidup..Insyaallah~
No comments:
Post a Comment