Sunday, August 9, 2009

~Kerna aku bukan "Bidadari Syurnia"..~

Bismillahirahmanirahim...

Suasana dingin malam ini..Hal ini membuatkan kenangan2 dizaman persekolahan seakan-akan menari-nari dikotak memoriku ini.

“Aku ingat nanti kalau tak lulus SPM aku nak kawin je la.”

Ni la ayat famous aku dan kawan2 bg menghilangkan rasa risau yg kian mengcengkam.Dan aku masih ingat lagi, habis je last paper masa SPM dulu which is paper biologi,jejak je kaki keluar dewan, sempat lagi aku mengomel dalam hati

“Ok, tak yah pikir dah.Tak lepas boleh kawin cepat!”

Ya Allah…bila fikir2 balik, lucu aku rasa.Dalam keadaan genting mcm tu, disaat semua orng tgh fikir nak enjoy coz dah habis exam or sesetengah yg tgh risau tak boleh perform well, boleh pulak aku fikir fasal kawin!..(melampau tak??..he3)

Melawak bab kawin ni kadang2 menghiburkan hati juga. Turun juga level stress masa tu. Walaupun masih dibangku sekolah, hajat untuk kawin aku rasa sudah ada dikalangan student especially for girl. Benda ni fitrah..ingin dikasihi dan mengasihi..

But..kawin tu apa sebenarnya? Kawin tu adakah sekadar ada seorang perempuan dan seorang lelaki?Selalu tido sorang2, tapi bila dah kawin, kat sebelah ada orang? Kawin itu wajib kerana cinta ka ? Tapi kenapa ramai yg bercerai sedangkan pada dasarnya rumah tangga itu dibina atas nama CINTA??


Sebagai senang untuk dibuat contoh, kisah2 artis yang dipaparkan di televisyen kita. Mula2 bercinta macam romeo n Juliet..tapi..tup2..cerai juga..kenapa hal ni berlaku??kenapa?..

Boleh dikatakan ayat skema or macam dah ada skrip untuk pasangan2 yg bercerai ni..

“Apa nak buat. Sudah tiada jodoh” Jawab artis A.

“Kami sudah tidak sehaluan lagi” Kata artis C kepada wartawan apabila ditanya tentang penceraiannya dengan isterinya.

“Sudah ketentuan Ilahi. Apa nak dibuat. Kita sebagai manusia tidak mampu melawan taqdir ilahi” Jawab artis K.

Hurm…mcm tu ek? Semuanya salah taqdir..?Kenapa tak balikkan sebab penceraian tu juga berpunca atas kelemahan diri ?Bila sesuatu yang baik berlaku, kerap kali kita mendabik dada.Tapi, bila musibah menimpa, semuanya taqdir belaka. Adakah itu memang sikap kita? Pabila senang kita lupa pada Allah, bila dah dapat susah, baru nak ingt Dia..Kalau ingat tu bagus la juga. Tapi ada pulak yang meyalahkan Allah atas apa yang berlaku..nauzuillah..mudah-mudahan kita semua terhindar dari bersikap sedemikian..

Aku teringat satu kalamullah ni..

Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini). (an-Nisa’: 79)

Jadi, bagi sesiapa yg menyalahkan TAQDIR bg setiap musibah yg menimpa dirinya tu seolah-olah menyalahkan Allah..Seperti menyatakan Allah lah punca mereka bercerai. Kita mungkin menafikan hal ini di mulut, tapi bahasa hati, amat sukar difahami dan ditafsir..Kes ni sama mcm apa yg pernah Rasulullah S.A.W pesan kat kita dulu..


Daripada ‘Abdullah bin Abi Qatadah, daripada ayahnya (berkata) Baginda SAW bersabda “ Janganlah kamu mencaci masa, kerana sesungguhnya Allah SWT (pencipta) masa” (Hadith riwayat Ahmad Jilid 5 ms 2

99 dan perawinya adalah sahih)


Ok..dari hadith ni, Nabi melarang kita mencaci masa coz kita seolah-oleh turut mencaci penciptanya iaitu Allah..Begitu la juga kalau kita mengatakan urusan jodoh ni just qadha’ Allah ja tanpa mengaitkan kelemahan diri kta juga. Kita seolah-oleh membuat komen kepada penciptanya iaitu Allah..

Ok..tutup bab cerai ni..gerun pulak bila cita urusan cerai ni lama2. Kesemua kita berkawin bukan untuk bercerai..right??


Aku masih ingt lagi, jelas bermain difikiran ku apa yang pernah Ustaz Ridha n His wife kak Arfah(orng2 yg banyk menolong aku di Intec) pesan pada aku. Tak cukup secara lisan, juga ditulis didalam blog dia tentang apa yg aku soalkan. Cuma sekarang tah mengapa aku tak bolh buka link blog tu dah.Tapi aku akan kongsi sedikit sebanyak yang aku ingt dengan korang.

Formula memilih pasangan! =) ((boleh ke tajuk ni..??he3)

  1. Mencari jodoh yang baik

Daripada Abu Hurairah secara marfu’ “Dinikahi wanita itu (kebiasaannya-pen) kerana hartanya atau keturunannya atau kecanti

kannya atau agamanya. Pilihlah yang beragama kamu akan beroleh keuntungan” ( Bukhari dan Muslim)


So,yg 1st sekali , kalau nak pilih jodoh biarlah yang berAGAMA.Err..kena cari budak sek agama juga ke nak dibuat calon or kena pilih yang ustaz or ustazah je?? Beragama kat sini bukan sekadar TAHU tapi juga MAMPU dan MAHU untuk beragama.Bila dah pilih jodoh @calon yg beragama..baru la blh g ke next step. Kalau tak, jgn salahkan TQADIR kalau jodoh tak lama..


2. Memudahkan urusan perkhawinan

Kalau dalam hal ini, kita khususkan dlm bab mahar..Walaupun mahar tu hak wanita, but maqasid perkahwinan pun kena la jaga. Sekarang ni kalu kita tgk MOSTLY(tak semua ek) parent@bakal pengantin perempuan meletakkan wang hantaran yg terlalu tinggi.30 ribu serba satu la..20 ribu la..adoii..botak kepala bakal pengantin lelaki nak cari duit. Mau pulak baru hbs belajar n masa belajar dulu tak menyempat nak simpan duit..alamatnye, kempunan anak teruna tu.masuk angin keluar asap le jawabnye..Sedangkan yang wajib cuma MAHAR bukan WANG HANTARAN…


Satu contoh pada zaman Nabi dulu, tak ingt full story.. Ada seorng sahabiah ni, dia terima seorng sahabat Nabi yang hanya memberikan hafazan Al Quran sebagai mahar perkahwinan..subbhanallah!!..Bukan nak suruh tiru sebiji mcm tu, but..bersederhanalah..(ingtan untuk diri sendiri jugak..)kata nak kawin awal..so..sendiri mau ingt la kan..=)..

  1. Ketaatan isteri kepada suami

Nabi SAW ditanya apakah ciri-ciri wanita solehah. Baginda SAW menjawab “Mereka ialah apabila kamu (suami) melihatnya menenangkan hati, mentaati permintaanmu dan tidak akan bertelagah denganmu tentang dirinya dan hartanya” (al-Mustadrak ‘ala as-Sohihain Lil Hakim Jilid 2 ms 452 hadith No. 2682)

  1. Menjaga pandangan sebelum perkhawinan

Kat sini maksudnya bukannya tak boleh tgk langsung calon isteri or suami. Islam tak mengajar kita tundukkan pandangan sampai jalan boleh langgar tiang.

Baginda SAW bersabda “Pergilah kamu melihatnya kerana itu adalah baik untuk kalian berdua. (Sebelum perkahwinan) (al-Mustadrak ‘ala as-Sohihain Lil Hakim Jilid 6 ms 303 hadith No. 2646).


So kat sini, bagi pasangan yang belum berkahwin, digalakkan untuk MELIHAT pasangannya dulu sebelum bernikah..Pilih la yg sedap mata memandang. Yang boleh dijadikan penenang hati ketika resah, pengubat jiwa ketika bermasalah..But, bukannya suruh berkepit 24 jam! (ingatan untuk diri ini!!)..


“tapi, kalau tak jumpa or tak msj,mcm mana nak kenal hati budi”


Erm..kalau kita tgk la kan, berapa ramai yg dah kenal hati budi, but at the end tetap bercerai..Dimana salahnya??

Kesimpulan yg dapat dibuat is..


Mencari jodoh yang soleh/ah + Mudahkan perkahwinan + mentaati suami (menyayangi pasangan) + jaga pandangan = JODOH KEKAL insyaallah.


Actualy bnyk lagi perkara yg perlu diambil peduli. Ada juga permulaannya sudah baik..dia menjaga diri, memilih calon yg soleh/ah but still bad ending..knp?? Aku tak arif dlm hal ni..sedangkan aku sendiri masih belum merasai alam rumah tangga. Apa yang aku tulis adalah ilham dari Allah.Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu berasal dari kelemahan aku sendiri…

Cuma..diz is just my opinion..perkhawinan itu adalah antara manusia dan manusia. Jasad yang mempunya hati dan perasaan. Bukannya robot yang meneruskan kehidupan. Perkhawinan itu adalah atas dasar tanggungg jawab, kasih saying dan pengorbanan.. Tiada salah satu daripada elemen ini, senang la rumah tangga digoyah arus dan badai ujian..

Aku doakan kita semua memperoleh pasangan yang soleh/ah,penyejuk mata , penawar duka..serta dikurniakan zuriat yang soleh/ah..amen…


“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orng yg bertakwa”

Al-Furqan(74)

Ni salah satu doa yg famous masa zaman sekolah dulu.Doa ni ustaz selalu suruh baca tiap kali solat..katanya..insyaallah beroleh jodoh yang baik..Apa lagi, tak salah kan kita berusaha..mudah-mudahan dengan usaha kita yang kecil ni untuk mendapat jodoh yang baik akan mendapat keredhoan Allah..=)


Maafkan aku bercoloteh panjang. Mungkin melepaskan gian setelah lama tak menulis..Serta menengkan diri yang tgh kusut.Ini hny perkongsian peribadi..peringatan buat diri sendiri..kuharap bermanfaat buat kalian..


Aku mengimpikan untuk menjadi yang halal bagi seseorang.Seseorng yang aku tak tahu siapa.Seseorang yang aku tak berani mengimpikan wajahnya. Kerna aku takut..aku takut dikecewakan lagi dengan cinta manusia..Cinta yang tiada pastinya.Cinta yang memakan jiwa..aku tak layak mendambakan seornang putera agama kerana aku bukan bidadari syurnia…Cukuplah sekadar dia mampu menerima aku seadanya..


Ku doakan kalian bahagia..ku yakin erti hidup ini pada memberi..Insyaallah, Allah akan menjawab segala doa kita nanti…Dia tak mungkin membiarakn selamanya air mata ini megalir dihati, menyirami pipi dan jatuh kebumi..


~senyumanmu pengubat dukaku.~


~Mati itu pasti.hidup,Insyaallah..~





No comments:

Post a Comment