Saturday, September 19, 2009

~Dia berlalu pergi~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..aku masih bernafas di Bumi Allah.. Malam ini nafas kurasakan sesak.Entah mengapa.sakitkah aku? Ya..aku sakit..sakit menahan sebak didada melihat DIA berlalu pergi. Sakit menahan kata ingin menyuruh DIA kembali. Aku tahu, kedatangannya kali ini tidak kurai sepenuh hati. Kuabaikan setap detik waktu yang telah diberi. Maafkan aku..

Ramadhan..bulan abdtraining..


"Jika seandainya kita pernah melalui training-training sebelum ni.. untuk melatih kepimpinan dan kepakaran.. Maka ramadhan adalah training kita yg sebenar.. " 'Abdtrain".. latihan kehambaan. Yang mana jangka waktunya adalah sebulan. Lalu prosesnya sama, seandainya kita bagi commitment yang sebenar2 nya.. maka kita akan dapat objektif program tersebut.. Taqwa dan malam penganugerahan lailatul qadr.."

Nilah kata2 salah seorng ustaz aku. Bila aku fikir2 kan kembali kata2 beliau, adakah aku mencapai objektif kali ini? Aku termanggu sendiri. Mahu sahaja aku katakan "YA!" Namun, aku tak mampu membohongi diri sendiri. aku harus terima kenyataan bahawa aku telah GAGAL kali ini.. Bagaimana dengan anda??..

hurm..Ternyata godaan nafsu diri tenyata lebih dasyat dari godaan syaitan. Lebih halus dan mulus memakan hati tanpa disedari. Jadi, bagaimana harus membawa diri untuk mengharungi hari2 yang mendatang jika benteng yang kucuba bina di bulan yang mulia ini rapuh dan tidak kukuh?

Namun, aku tak boleh membiarkan sedih ini berterusan.Kerna aku yakin degan membiarkan diri dihanyut kedukaan ini akan membuatkan langkahku semakin perlahan..yang berlalu tetap akan berlalu..mungkin aku tak mampu tersenyum di aidulfitri ini, namun Allah masih memberikanku sisa nafas untuk aku membangunkan diri, mencuba untuk menjadi lebih baik selepas ini. Kuharapkan mentari esok akan memberi sinar baru dalam hidup ini...

Jadi..dikesempatan ini, aku ingin memohon kemaafan dari kalian atas segala salah dah khilafku.Andai ada bahasa aku gunakan kurang enak di pendengaran kalian, jika ada pandangan mataku tidak menyenangkan, tutur kata dan pandanganku yang tajam serta kasar dan jika pernah hati2 rakan2 semua terguris disebabkan aku, maafkanlah aku..sejujurnya aku tak pernah ada niat untuk menyakiti hati2 saudaraku sendiri..

N tentang hutang, jika ada yang belum langsai antara kita, kabarkanlah padaku. mungkin aku lupa. Tolong ya..=)

Ni la kad raya untuk anda semua..maaf ya, tahun ni tak dapat nak hantr kad raya. Postmen tu cuti awal sngt..he3 (alasan semata-mata ) =)

Akhir kata
Selamat hari raya!!=)~

ikhlas dari Nurathirah Hussin dan keluarga..



~Dari juah ku pohon maaf~

~Mati itu pasti, hidup..Insyaallah~

No comments:

Post a Comment