Thursday, March 18, 2010

~Terima kasih..~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..aku masih bernyawa hingga kesaat ini.. Alhamdulillah..Allah masih menguatkan langkahku dibumi ini..Dan alhamdulillah.. Allah masih memberikanku kekuatan utuk tidak berputus harap dengan rahmatnya..Syukran Ya Allah...Syukran..

Hari ini kurasakan semuanya lancar..Mungkin tak sehabat mana, namun, alhamdulillah lebih baik dari semalam insyaallah.. Selepas makan malam tadi aku didatangi seseorng. Seseorang yang Allah hadirkan untuk membuka minda dan mataku hatiku.. Aku juga tak sedar knp topic "ibu" tiba2 yang dipilih dan dibualkan..Dimulanya dengan nama-nama anak yang telah bermain difikiranku sekarang..Seorang demi seorang kusebut..Allahu akbar..Entah dari mana aku dapat ilham nama-nama2 itu, namun, itulah nama pilihanku sejak dahulu lg..

Dia seperti pewawancara yang sedang menginterview aku. Dan dia juga seolah-olah tukang karut yang mengarang cerita..Dikarangnya cerita tentang masa depan..Bermula dengan kegembiraan yang mungkin aku hadapi sebagai seorang isteri dan ibu..Anak-anak yang aku harapkan, suami yang soleh yang sedia bersama apabila diperlukan.Allahu Akbar..Indah-indah belaka. Aku tersenyum senang.Hati berbunga riang..Aku diawang-awangan..Realiti sudah tidak bersamaku ketika itu. Aku seolah-olah berada dalam awan angan-angn yang diciptanya.

Kemudian diselitkan dengan kesukaran yang bakal mengunjung diri. Masalah dengan anak-anak dan suami.. Masalah dengan kerja dan semua benda dari realiti hidup ini..Semua kebarangkalian disebutnya. Aku menjadi takut. Perasaan ku bertukar menjadi gusar.Dia begitu bijak bermain sikologi. Dia juga bijak menarik aku kealam ciptaannya sendiri.. Allahu Akbar. Jujur aku tidak sedar keadaan itu. Apa yg aku fikirkan adalah "masalah2" yang direkanya itu seoalh-olah aku memang berhadapan dengan maslah itu..

Dia hanya tersenyum bila melihatku telatahku itu..Dipandangnya aku,"athi, kamu sayangkan anakmu?" Aku menjawab, "Ya, semestinya aku amat menyanyangi anak-anakku.." Kemudian dia meneruskan kata.."Athi, salah seorang anakmu ingin berkawin. Izinkah kamu? " Entah mengapa, sebak menguasai jiwa. Ketakutan mula melanda. Aku kemudian spontan berkata " Ya Allah, jgn lg..tak sanggup nak rasa kehilangan itu..Bukan sekarang untuk dia pergi dari ku..Adakah gadis itu mampu menjaga anakku? Adakah dia sedia menerima segala kekurangan anakku? Bagaimana dngan anakku, adakah dia bersedia menghadapi cabaran rumah tangga yang bukan hanya dihiasi dengan keindahan semata-mata. Tidak, mungkin bukan skrng"

Dia tersenyum..dikarangnya cerita tentng gadis itu, tingkah lakunya, agamanya, sikapnya..sedikit demi sedikit aku menjadi tenang berbanding td..Kerisauanku mula menghilang, ketakutanku mula mundur kebelakang..Kemudian dia bertanyakan kembali soalan yang sama kepadaku.."Anakmu ingin meminta izin untuk berkawin, izinkah kamu? Aku diam..senyum..aku sudah mula mengerti apa yang ingin disampaikannya..dan skrng aku menjawab "ya, silakan. "

Ya Allah..barulah kusedar bukan senang untuk seorang ibu itu melepaskan anaknya. Anak yang telah dibesarkannya dihadapan mata..Anak yang dilihatnya dari tak berdaya hingga sekarang ini yang tiba-tiba mahu berumah tangga.Barulah kusedar kerisauan, ketakutan yang dialami seorang ibu itu. Kebimbangan terhadap anaknya..Apa yang dibimbangkannya..Allahu Akbar..Ya Allah..Aku mengerti sekrang. Barulah ku faham.. Terima kasih menghadirkan perasaan itu walaupun seketika Ya Allah.. Terima kasih membuka minda dan mata hatiku..

Ya Allah..kuserahkan segalanya padaMu..akan ku usaha selagi mampu.. Untuk mendapatkan yang terbaik untuk anak-anakku..

Ya Allah..andai itu yang terbaik..jadikanlah mimpiku itu suatu realiti..
Ameen Ya Rabb..

Abaikan post ini

~Rasa itu hnya akan diketahui oleh orang yang melaluinya~

Mati itu pati, hidup..insyaallah

No comments:

Post a Comment