Tuesday, March 16, 2010

Sabarlah teman..

Assalamualaikum..

Sejak kebelakangan ini, ramai yang mengadu padaku, betapa mereka kecewa dengan hidup. Kenapa mereka diuji dengan berat sekali.Dan mengapa ujian itu tanpa henti..Bilakah kan munculnya bahagia?? hurm...

"sabarlah...ujian Allah..."

Hanya itu yang mampu aku katakan teman,dan sememangnya hnya itu yang sepatutnya kita lakukan..Mungkin apa yang terjadi bukan sperti apa yang kau inginkan..bukan seperti apa yang kau mimpikan..Namun, yakinlah..Allah itu Maha mengatahui..Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..Dan Dia hnya akan berikn hnya yang terbaik kerana kasihnya pada kita..Dan ingtalah, yang terbaik itu bukan bermaksud kita mendapat apa yang kita suka sahaja ataupun yang akan membuatkan kita tersenyum gembira sekarang..Namun, yang terbaik itu adalah yang terbaik untuk segalanya, terbaik untuk selamanya..baik didunia mahupun diakhirat...

Maafkan aku, mungkin kau kira aku takkan mengerti persaanmu..betapa lukanya hatimu..Maafkan aku.. Aku juga sebenarnya sepertimu..Aku juga diuji, kita semua diuji..Kerana ujian itu pasti..

" Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hnya dengan mengatakan "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? "
Al Ankabut( 2)

Bila mana aku menasihatimu..sebenarnya aku juga sedang cuba untuk menasihati diriku sendiri, menenangkan diriku sendiri. Aku tak mahu engkau lemah teman, kerana kita semua tahu apa yag terjadi ini adalah perancangan Allah. Dan Allah tak akn sesekali mengainaya kita. Sesekali tidak akn memberikan sesuatu diluar kemampuan kita..Dan sesekali tidak akn memberikan sesuatu itu dengan sia-sia..

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...."
Al Baqarah (286)

Aku tidak pandai untuk memberikan pendapat..aku hnya mmpu ulang kembali apa yang Allah telah katakan pada kita..Semua ada didalam kitabNya.. Maafkan aku kerana tidak mampu membantumu sebaiknya..

Teman..
Dengan menginagti Allah, hati akan menjadi tenang..Percayalah kataku...kerana itu adalah janji Allah..Mungkin dalam kita tak sedar, kadang kala kita tak merasa betulnya janji Allah itu. Tapi, bila kita halusi kembali, secara dalam..sebenarnya dengan terang kita dapat lihat hakikat kebenaran kata-kata Allah itu. .

Bilamana kita terlalu mengejar dunia, dunia hnya akan membuatkan kita merana kerana kita takkan pernah bisa menguasai segala isinya..Dan bilamana kita terlalu mengejar janji manusia, kita juga yang akan kecewa kerana manusia bisa meninggalkan kita,menukar janjinya kepada dusta..kerana mereka manusia.Berilah kemaafan hari ini..agar Allah membuka hati manusia lain yang mungkin kita mungkiri janji padanya akn memaafkan kita..Kerana kita juga manusia..Yang pasti akan melakukan kesilapan yang sama..

Kuharap hatimu tenang... Dan ku harap kau juga mendoakan ku..kita harus kuat kan?? Kita kan mahu menjadi bidadari syurga.. Ayuh usaha! Masih belum terlambat untuk memulakan kembali..Walaupun kita perlu merangkak semula sebelum mampu berdiri kembali.. aku disini..Insyaallah akn semampunya membntumu..Dan Allah disisimu..yang pasti takkan membiarkan dirimu sendiri..

~Dan kerana Tuhanmu..sabarlah~


Mati itu pasti..Hidup insyaallah...


No comments:

Post a Comment