Andai pernah mengeluh dihimpit tugas yang menyibukkan, hingga tergadai amanah Tuhan. Ingatlah, dulu pernah ada hamba bersyukur bernama Sulaiman. Mentadbir dunia dengan penuh ketundukan.
Andai lemahmu lantaran nikmat Tuhan yang melimpah, hingga tergadai maruah dan harga diri. Ingatlah, dulu pernah ada hamba bijak bernama Yusuf, tampannya yang tidak perlu memujuk, menggoda. Dikelilingi manusia yang bergelora serakah.
Jua andai resahmu lantaran penentangan dari anak dan isteri, bagai takdir Ilahi tidak adil buat kamu Ingatlah dulu pernah ada hamba yang penuh cekal bernama Nuh. Seruan Tuhan dinafi anak isteri. Memujuk zuriat hingga ajal memisahkan mereka
. Mungkin kecewamu hingga rasa tiada makna untuk hidup, memilih jalan sepi yang ’mati di dalam mati’. Ingatlah, dulu pernah ada insan yang amat mulia bernama Muhammad. Menitis air matanya saat roh sucinya mahu dijemput. Bukan mencintai kehidupan, namun tiada yang terlintas difikiran selain kerisauan terhadap ummatnya ..
”Kek hari jadi ini untuk siapa?” tanya seorang kawan. ”Owh.. ini untuk Tok Mad. Dah lama meninggal, tapi kami sekeluarga masih merinduinya, pekertinya diingati kami sehingga sekarang. Terasa benar kerinduan walau tidak dapat menatap wajahnya” balas kembali.
”Kamu pula, tempah kek untuk siapa?” soal balas. ”Untuk Tok Mad juga, gaya cakap kamu tuh macam kita beli kek untuk orang yang sama aja,” Tergamam... ”MasyaAllah, rupanya kita bersaudara.”
Dulu suatu ketika, Junjungan Mulia pernah berdoa moga-moga Allah memberikan hidayah kepada bapa saudara baginda yang tercinta. Logik akal kita, sePATUTnya Abu Talib yang banyak membantu dakwah baginda LAYAK untuk menerima nikmat tidak terhingga tersebut, namun keegoan menafikan. Allah tidak memilih Abu Talib untuk mendapat nikmat tersebut, tapi memilih Aku dan Kamu!!
Siapa Aku dan Kamu untuk layak menerima hadiah berupa hidayah daripada Allah.? Nilai ini tidak akan terasa saat Aku dan Kamu tidak merasakan kita yang terpilih. Bagaimana besar harapan Baginda saat bapa saudara tenat di sisi. Tidak mungkin tiada sebarang cetusan hati dalam sanubari baginda.
”Ya Allah, berilah hidayah kepada bapa saudaraku Abu Talib. Bukalah pintu hatinya, tunjukanlah kepadanya jalanMu yang sebenar”
Mungkin lebih dari itu doa Junjungan kita. Tapi ingat, doa Baginda adalah doa mustajab. Doa yang pasti Allah tidak tolak tanpa sebab. Namun bagaimana doa manusia setulus dan semulia baginda Allah tidak perkenankan. Bila lagi kita mahu bersyukur?
Saya merenung, Alhamdulillah, kita terselamat dari diciptakan sebagai makhluk terkutuk untuk menggoda adam dan hawa suatu ketika dahulu. Yang pasti neraka sedang menyeru menanti kehadiran atas mulanya derhaka. Alhamdulillah, kita jua terselamat dari menjadi kelompok umat hud yang diazabkan Allah dengan azab pedih..
Alhamdulillah, Allah tidak menjadikan kita benih-benih zuriat dari perut ibu-ibu penentang untuk ditenggelam lantaran menolak dakwah Nuh dalam banjir besarnya. Mungkin sekarang sedang menderita perit dibalik lumpur keras menerima azab Tuhan. Alhamdulillah, kita tidak disenaraikan Allah dari golongan kaum Luth yang mati terseksa diterbalikkan kampung lantaran laknat Tuhan. Renunglah susuk derhaka yang sekarang kaku bagaikan batu. Syukur, kita tidak ditaqdirkan menjadi para tentera Firaun yang kelemasan menjadi tontonan manusia sehingga sekarang.Juga kita bukan tentera-tentera musuh yang berperang melawan dakwah Rasulullah suatu ketika dahulu. Menerima libasan mata pedang para syuhada’ dan malaikat yang membantu.
Lebih-lebih bersyukur, kita tiada dalam check list untuk tenggelam dan menjadi mayat-mayat berseluar dalam mati kembung lagi terapung tidak terurus bersama bergunung sampah di bawa arus tsunami, menjadi tontonan manusia lain di seluruh dunia (takziah buat yang soleh).Jua tidak tersenarai dalam mangsa kemurkaan gempa Chile.
Lebih bersyukur, menjadi manusia yang masih hidup dan mampu terus bersujud. Rapatilah telingamu dikubur dan bertanyalah si mati,”Aku masih bersyukur walau telah mati, kerna matiku dalam Islam yang diredhai. Kerna masih ramai yang hidup didunia sekarang, namun hidup namun dalam menderhakai Tuhan..
Maka, atas alasan apa lagi kamu memilih untuk terus kecewa?
”maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan (Wahai umat manusia dan jin)?
Jazakillah atas sharing sis...