Monday, January 25, 2010

~Dimana cantiknya wanita?~

Assalamualaikum...

Malam kian suram.. Sesekali ku intai tirai langit yang kelam. Cuba untuk melihat apa yg tersembunyi disebalik kegelapan. Namun, apa yang aku cari tetap tiada. Jawapan yang tidak kunjung tiba. Sejak kebelakangan ini aku sering di datangi dengan persoalan yang lebih kurang sama, soalan yang berkisar tentang kecantikan seorang wanita sama ada langsung atau tidak langsung. Tidak kira dimana saja, dalam kelas, di station bus, ym, emai, call..semuanya akan berkisar tentang itu.

kes 1:

"Macam mana ni, tak da baju nak pakai malam ni, tak cantik la nanti"

Kes 2:

" Aku dah tahu kenapa kitorng break, sebb awek dia sekarang lagi cantik dari aku. sedihnya. Kalaula aku cantik.."

Kes 3 :

" Bila aku nak kawin ni? Sebab aku tak cantik ke tak de yang nak?

Cantik, cantik dan cantik...Sebenarnya banyak lagi isu2 yang aku dengar dalam 2 minggu ni tentang kes wanita dan kecantikkan. Apa cantik itu sebenarnya? Jujur, aku tidak tahu..Adakah pada susuk tubuh yang langsing, yang bisa menggoyahkan iman para pemuda? Atau pada kebijaksanaannya, yang bijak dalam mengatur hal dunia, Mungkin juga pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi , ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melenturkan perasaan. Ataupun pada pakaiannya, yang berjenama ataupun tidak..

Hurm..maafkan aku teman..Aku juga tak punyai jawapan. Kerana aku sendiri kabur untuk mendefinisikan apa itu cantik sebenarnya. Kerna ia akan berbeda mengikut fikiran pandangan manusia. Namun, apa yang boleh aku katakan, kita semua ini ada kecantikan yang tersendiri. Yang akan dilihat cantik, bukan pada pandangan lelaki, tapi pada pandangan suami. Cuba kita renung-renungkan kembali, kenapa kita mahu sangt untuk kelihatan cantik dikalayak ramai? Adakah untuk menayangkan pemberian Tuhan yang sepatutnya disimpan dan dijaga dengan kemas dan baik dari pandangan ajnabi.

Aku tahu, dan aku faham, naluri wanita itu ingin sentiasa kelihatan cantik, mahu dipuji indahnya dia, mahu ditegur manis dan sopannya. Aku mengerti, kerana aku juga wanita, seperti kalain. Wanita yang fitrahnya lembut, mahu dibelai dan disayangi serta diberikan perhatian. Seringkali juga persoalan tentang cantik ini bermain dikepala ku. Dan seringkali juga aku menafsirkan cantik ini begitu dan begitu..Namun, akhirnya, apa yang aku dapat? Ketakutan , kesedihan dan kemurungan kerana aku tidak bisa untuk memenuhi segala kreteria kecantikan dunia. Kecantikan pada pandangan mata manusia yang takkan pernah puas dengan apa yang dimilikinya. .

Aku melihat dada langit kembali..masih sama..Tetap kelam, hitam dan legam..Tapi..kali ini, aku terpandang sebutir cahaya. Kecil namun tetap memancar sinarnya.. Aku terfikir, bagaimana mungkin didalam kegelapan malam yang begitu pekat ini, dengan hnya sebutir cahaya yang amat halus tetap mampu menarik perhatian anak mataku untuk melihatnya. aku masih perasan kehadirannya walaupun lengit gelap mendominasi pentas mata.

^_^
Aku rasa aku dah dapat jawapannya..Aku dah dapat cara untuk sentiasa kelihatan cantik. Seperti yang semua orang impikan.

Anda ingin lebih cantik dan menarik ???

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan)
sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin
bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya
akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang
terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua
dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang
akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang
merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu'
dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan
bercahaya di akhirat.


Teman, jika kita cuba untuk memuaskan hati manusia, percayalah..Kita takkan mampu untuk melakukannya. Namun, jika kita cuba untuk memuaskan hati Allah, yakinlah..Allah tidak akan mensia-siakannya. Janganlah kau bimbang dirimu tak disunting kumbang, kerana hnya kumbang yang mengerti tentang kualiti madu yang akan menyuntingmu. Aku bercakap untuk diriku dan untuk kalian juga. Aku sayangkan kalian.. Moga Allah tenangkan hati kita.. Masih belum terlambat untuk mencari kecantikan di Mata Allah..


~Biar bidadari bisa cemburu pada kita..~

~Mati itu pasti, hidup..insyaallah..~

4 comments:

  1. salam :)

    tersentuh baca post ni :)
    boleh tak nak minta izin andai sudah tiba giliran saya membuat sebuat risalah untuk menjadi "cuit-cuit ingtan" teman2 di kolej, kalau nak buat ttg post ni boleh x? :) hehe
    seronok baca! pada masa yang sama ingin turut sama mengaplikasikan ape yang dah di baca :)

    wasalam

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam...

    Alhamdulillah..
    post ni hak Allah untuk kita semua.
    Untuk dikongsi bersama. ^_^

    Jom2 kita aplikasi bersama..jom jd bidadari syurnia!

    ReplyDelete
  3. salam athi.

    love this post!

    ~Biar bidadari bisa cemburu pada kita..~

    ReplyDelete
  4. wah...sangat menarik....thanks athi...

    tapi...the only problem is...saya ni warga tingkat 8...mampukah aku utk menjadi se'cantik' itu???

    ReplyDelete