Saturday, January 30, 2010

~Perkembangan Mas Afzal~

Assalammualaikum & salam sejahtera,

Ini adalah note yang difowardkan dr my facebook..Mohon kalian yang lembut hatinya sudi memberi n menyumbangkan pada saudara kita yang amat memerlukan...

ERTI £20 PADA ANDA......

£20 = sepasang kasut Clarks
£20 = 4 biji pinggan Portmeirion bernilai £5 setiap satu
£20 = Tiket masuk ke Alton Towers bagi seorang kanak-kanak (£23.20/orang)
£20 = bayaran masuk ke Cadbury World untuk seorang dewasa dan kanak-kanak (Dewasa: £13.45; kanak-kanak=£ 10.30.. 2 x ganda kalau 4 orang sekeluarga)
£20 = harga petrol/diesel untuk kereta untuk selama seminggu.. (Mungkin lebih untuk 1500cc dan ke atas)
£20 = berapa xxx % dari kos percutian ke eropah?
£20 = berapa xxx % dari kos percutian ke tempat-tempat menarik di UK?
£20 = berapa xxx % dari kos perabot Itali atau Chesterfield?
£20 = bowling sekeluarga di Hollywood bowl ..
£20 = berapa xxx % dari harga kereta yang gah di garage tuan-puan (Purata £500 untuk Proton buruk dan yang seangkatan dengannya... .mungkin lebih untuk model-model lain)

ERTI £20 PADA MANGSA PENYAKIT KANSER: ADIK MAS AFZAL

Adik Mas Afzal.. Pelajar Kedoktoran yang baru sahaja tamat pengajiannya di Sheffield University yang diuji dengan penyakit ini..
Telah mendapat rawatan kemoterapi di Sheffield sejak akhir 2008 hingga tamat dos tertinggi baru-baru ini..
TETAPI.. ia tidak berjaya menyelesaikan & menangani masalah ini..
Rawatan kenvensional menemui jalan buntu..

Adik Mas Afzal akan pulang ke Malaysia pada Ahad ini. 31 Januari 2010.
Mencari penawar yang masih tidak kelihatan..
http://masafzal. blogspot. com/

Kos rawatan di Malaysia sekitar RM40 000.00

BAGAIMANA TUAN-PUAN BOLEH MEMBANTU?

Lebih 8000 orang masyarakat Malaysia di UK..
Kalau 370 orang bantu sumbangkan £20/keluarga…

GBP 20 X 370 orang = GBP 7400.00 = RM 40,897.07

Ianya insyaAllah dapat memberi sedikit peluang untuk insan kecil berjiwa besar bernama Mas Afzal..

Mungkin peluang yang tidak diperolehi oleh seorang insan yang sangat dekat dengan diri ini 22 tahun dahulu akibat kanser otak...

Kita mampu membantu... kita mampu berusaha...

Boleh salurkan derma ikhlas anda pada wakil kami di Sheffield

Akaun detail
HSBC
Nama: Mr A S A Rashid
Sort code : 404131
No akaun : 01580345
reference : sayang MAS

Semoga hidup kita ini bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri..
Semoga harta yang kita miliki bakal memberi manfaat pada mereka yang lain..
Semoga kekayaan tidak menjadikan kita insan yang angkuh dan mementingkan diri sendiri...

Terima kasih terlebih dahulu atas perhatian semua..

Minta forwardkan kepada mereka yang boleh membantu dalam pelbagai sudut..

Wassalam

Azizi



P/S: forwarded email.
klik on this if you dont know him
http://www.youtube.com/watch?v=QtfMyEHJsn4&feature=player_embedded



~Apa ertinya sinar mentari andai hati tak melebur dalam kepanasannya..~

~Mati itu pasti, hidup..insyaallah.~

No comments:

Post a Comment