Saturday, January 30, 2010

~Perkembangan Mas Afzal~

Assalammualaikum & salam sejahtera,

Ini adalah note yang difowardkan dr my facebook..Mohon kalian yang lembut hatinya sudi memberi n menyumbangkan pada saudara kita yang amat memerlukan...

ERTI £20 PADA ANDA......

£20 = sepasang kasut Clarks
£20 = 4 biji pinggan Portmeirion bernilai £5 setiap satu
£20 = Tiket masuk ke Alton Towers bagi seorang kanak-kanak (£23.20/orang)
£20 = bayaran masuk ke Cadbury World untuk seorang dewasa dan kanak-kanak (Dewasa: £13.45; kanak-kanak=£ 10.30.. 2 x ganda kalau 4 orang sekeluarga)
£20 = harga petrol/diesel untuk kereta untuk selama seminggu.. (Mungkin lebih untuk 1500cc dan ke atas)
£20 = berapa xxx % dari kos percutian ke eropah?
£20 = berapa xxx % dari kos percutian ke tempat-tempat menarik di UK?
£20 = berapa xxx % dari kos perabot Itali atau Chesterfield?
£20 = bowling sekeluarga di Hollywood bowl ..
£20 = berapa xxx % dari harga kereta yang gah di garage tuan-puan (Purata £500 untuk Proton buruk dan yang seangkatan dengannya... .mungkin lebih untuk model-model lain)

ERTI £20 PADA MANGSA PENYAKIT KANSER: ADIK MAS AFZAL

Adik Mas Afzal.. Pelajar Kedoktoran yang baru sahaja tamat pengajiannya di Sheffield University yang diuji dengan penyakit ini..
Telah mendapat rawatan kemoterapi di Sheffield sejak akhir 2008 hingga tamat dos tertinggi baru-baru ini..
TETAPI.. ia tidak berjaya menyelesaikan & menangani masalah ini..
Rawatan kenvensional menemui jalan buntu..

Adik Mas Afzal akan pulang ke Malaysia pada Ahad ini. 31 Januari 2010.
Mencari penawar yang masih tidak kelihatan..
http://masafzal. blogspot. com/

Kos rawatan di Malaysia sekitar RM40 000.00

BAGAIMANA TUAN-PUAN BOLEH MEMBANTU?

Lebih 8000 orang masyarakat Malaysia di UK..
Kalau 370 orang bantu sumbangkan £20/keluarga…

GBP 20 X 370 orang = GBP 7400.00 = RM 40,897.07

Ianya insyaAllah dapat memberi sedikit peluang untuk insan kecil berjiwa besar bernama Mas Afzal..

Mungkin peluang yang tidak diperolehi oleh seorang insan yang sangat dekat dengan diri ini 22 tahun dahulu akibat kanser otak...

Kita mampu membantu... kita mampu berusaha...

Boleh salurkan derma ikhlas anda pada wakil kami di Sheffield

Akaun detail
HSBC
Nama: Mr A S A Rashid
Sort code : 404131
No akaun : 01580345
reference : sayang MAS

Semoga hidup kita ini bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri..
Semoga harta yang kita miliki bakal memberi manfaat pada mereka yang lain..
Semoga kekayaan tidak menjadikan kita insan yang angkuh dan mementingkan diri sendiri...

Terima kasih terlebih dahulu atas perhatian semua..

Minta forwardkan kepada mereka yang boleh membantu dalam pelbagai sudut..

Wassalam

Azizi



P/S: forwarded email.
klik on this if you dont know him
http://www.youtube.com/watch?v=QtfMyEHJsn4&feature=player_embedded



~Apa ertinya sinar mentari andai hati tak melebur dalam kepanasannya..~

~Mati itu pasti, hidup..insyaallah.~

Monday, January 25, 2010

~Dimana cantiknya wanita?~

Assalamualaikum...

Malam kian suram.. Sesekali ku intai tirai langit yang kelam. Cuba untuk melihat apa yg tersembunyi disebalik kegelapan. Namun, apa yang aku cari tetap tiada. Jawapan yang tidak kunjung tiba. Sejak kebelakangan ini aku sering di datangi dengan persoalan yang lebih kurang sama, soalan yang berkisar tentang kecantikan seorang wanita sama ada langsung atau tidak langsung. Tidak kira dimana saja, dalam kelas, di station bus, ym, emai, call..semuanya akan berkisar tentang itu.

kes 1:

"Macam mana ni, tak da baju nak pakai malam ni, tak cantik la nanti"

Kes 2:

" Aku dah tahu kenapa kitorng break, sebb awek dia sekarang lagi cantik dari aku. sedihnya. Kalaula aku cantik.."

Kes 3 :

" Bila aku nak kawin ni? Sebab aku tak cantik ke tak de yang nak?

Cantik, cantik dan cantik...Sebenarnya banyak lagi isu2 yang aku dengar dalam 2 minggu ni tentang kes wanita dan kecantikkan. Apa cantik itu sebenarnya? Jujur, aku tidak tahu..Adakah pada susuk tubuh yang langsing, yang bisa menggoyahkan iman para pemuda? Atau pada kebijaksanaannya, yang bijak dalam mengatur hal dunia, Mungkin juga pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi , ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melenturkan perasaan. Ataupun pada pakaiannya, yang berjenama ataupun tidak..

Hurm..maafkan aku teman..Aku juga tak punyai jawapan. Kerana aku sendiri kabur untuk mendefinisikan apa itu cantik sebenarnya. Kerna ia akan berbeda mengikut fikiran pandangan manusia. Namun, apa yang boleh aku katakan, kita semua ini ada kecantikan yang tersendiri. Yang akan dilihat cantik, bukan pada pandangan lelaki, tapi pada pandangan suami. Cuba kita renung-renungkan kembali, kenapa kita mahu sangt untuk kelihatan cantik dikalayak ramai? Adakah untuk menayangkan pemberian Tuhan yang sepatutnya disimpan dan dijaga dengan kemas dan baik dari pandangan ajnabi.

Aku tahu, dan aku faham, naluri wanita itu ingin sentiasa kelihatan cantik, mahu dipuji indahnya dia, mahu ditegur manis dan sopannya. Aku mengerti, kerana aku juga wanita, seperti kalain. Wanita yang fitrahnya lembut, mahu dibelai dan disayangi serta diberikan perhatian. Seringkali juga persoalan tentang cantik ini bermain dikepala ku. Dan seringkali juga aku menafsirkan cantik ini begitu dan begitu..Namun, akhirnya, apa yang aku dapat? Ketakutan , kesedihan dan kemurungan kerana aku tidak bisa untuk memenuhi segala kreteria kecantikan dunia. Kecantikan pada pandangan mata manusia yang takkan pernah puas dengan apa yang dimilikinya. .

Aku melihat dada langit kembali..masih sama..Tetap kelam, hitam dan legam..Tapi..kali ini, aku terpandang sebutir cahaya. Kecil namun tetap memancar sinarnya.. Aku terfikir, bagaimana mungkin didalam kegelapan malam yang begitu pekat ini, dengan hnya sebutir cahaya yang amat halus tetap mampu menarik perhatian anak mataku untuk melihatnya. aku masih perasan kehadirannya walaupun lengit gelap mendominasi pentas mata.

^_^
Aku rasa aku dah dapat jawapannya..Aku dah dapat cara untuk sentiasa kelihatan cantik. Seperti yang semua orang impikan.

Anda ingin lebih cantik dan menarik ???

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan)
sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin
bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya
akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang
terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua
dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang
akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang
merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu'
dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan
bercahaya di akhirat.


Teman, jika kita cuba untuk memuaskan hati manusia, percayalah..Kita takkan mampu untuk melakukannya. Namun, jika kita cuba untuk memuaskan hati Allah, yakinlah..Allah tidak akan mensia-siakannya. Janganlah kau bimbang dirimu tak disunting kumbang, kerana hnya kumbang yang mengerti tentang kualiti madu yang akan menyuntingmu. Aku bercakap untuk diriku dan untuk kalian juga. Aku sayangkan kalian.. Moga Allah tenangkan hati kita.. Masih belum terlambat untuk mencari kecantikan di Mata Allah..


~Biar bidadari bisa cemburu pada kita..~

~Mati itu pasti, hidup..insyaallah..~

Monday, January 18, 2010

~Perlu tunggu SERU ke nak berubah??~

Kisah 1 :
"si polan telah sampai ajalnya..mungkin sudah sampi SERU dari ALLAH untuk dia bertemu dgnNYA.."
Kisah 2 :
"aku bukan xnak berubah..tapi..tak sampai SERU lagi dari atas..."

inilah contoh...dua ayat yang berbeza..menggunakan kata SERU..untuk dua situasi yang berbeza..

SERU dari ayat pertama adalah bermaksud 'pulang ke rahmatullah' atau istilah yang senang...'meninggal dunia' manakala yang maksud seru untuk ayat yang ke-dua pula adalah.'hidayah'..'petunjuk' atau nur...Situasi yang pertama itu terletaknya di tangan ALLAH sepenuhnya..Manakala situasi yang ke-dua didalam tangan kitaJadi...perkara yang perlu ditekankan adalah yang berada didalam 'kemampuan' kita..itulah perkara yang perlu difahami dengan sebetulnya..

APAKAH dikatakan dengan hidayah??

Hidayah itulah petunjuk..cahaya ataupun nur..yang diberikan kepada seseorang untuk menjadikan dirinya menjadi hamba yang bertaqwa...Semua orang pun dah tahu maksud ni sebb dah hafal skema SPM dulu. Tapi, sejauh mana penghafalan itu diterapkan dalam kehidupan?

RAMAI yang salah paham tentang maksud 'hidayah'...Mereka memandangnya seolah2 perkara itu adalah mutlak di dalam genggaman ALLAH..Sepertinya ALLAH tidak membuka ruang untuk hambanya memilih??Adakah sebegitu kejamnya ALLAH?? MAHA SUCI ALLAH DARI SEGALA KEBURUKAN..

Wahai sahabat-sahabatku..sila lah jawab soalan ini dengan sejujur-jujurnya..untuk diri kita sendiri...

bagaimana pula dengan rezeki??
bagaimana pula dengan jodoh??

Jadi, kalau benar kedua-dua ini tidak perlukan pencarian dari kita..tidak perlukan pergerakan usaha untuk mencapai..marilah kita semua bersama-sama TUNGGU...tak PERLULAH BERUSAHA..mari saja kita tunggu ALLAH YANG BERI..PASTI sampai ke tua pun tak mungkin kita akan kaya bukan..PASTI sampai mati pun kita akan hidup keseorangan tanpa teman..

Begitu juga lah dengan 'hidayah'...perlu mencari..perlu berusaha untuk mendapatkannya, berserta tawakal tanda berserah...

DIMANAKAH HIDAYAH??
Erm.. soalan yg agak susah..Kalau dah tahu dimana letaknya hidayah itu, senang la nak g cari kan? Ye idak?

tapi, apa kata kita jawab beberapa persoalan sikit.Jika kita mampu jawab soalan dibawah ini..tahulah kita dimana hidayah..dan bagaimana untuk mendapatkannya...

Adakah RASUL yang diturunkan untuk kita bukan hidayah??bukan petunjuk??
Adakah AL-QURAN yang ada di setiap rumah-rumah kita itu bukan hidayah??
Adakah buku-buku agama yang kita bacakan itu bukan hidayah??
Adakah ceramah-ceramah agama yang kita dengar atau lihat di kotak tv mahupun radio..itu bukan hidayah??

HIDAYAH yang bagaimana lagi kita mahukan??
SERU yang bagaimana lagi kita perlukan??
amatlah bodoh dan hinanya diri kita ini..jika masih menunggu 'hidangan dari langit'
siapakah kita??
nabi??
wali??
Aloo...Nabi sendiri pun tak diberi keistimewaan untuk beri hidayah pada sesiapa. Apatah lagi kita yang ...(jwb la sendiri ikut penilaian diri masing2)

Namun, jika merasa diri ini sebahagian dari mereka2 yang 'istimewa' ini...
silalah..tunggulah SERU dari tuhanmu sehingga ke akhir hayat..
Keep repeating this word..

'aku bukan taknak berubah..tapi tak sampai SERU lagi..'

"akal" yang dikurniakan untuk kita bukanlah hanya hiasan semata-mata..
berfikirlah secara rasional..gunakanlah sebaik-baiknya..


Peringatan buat aku yang sering amat lupa dan leka..

wallahualam...

Selamat berjuang!! ^_^
~Mati itu pasti, Hidup..Insyaallah..~