"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa"
Al furqan (25:74)
Ni la antara ayat2 ringkas yang mudah keluar dari bibir kita apabila mendapat sesuatu kesenanagn+kebahagian or dpt apa yang kita MAHU.Ringkas , padat dan penuh msj kpd Tuhan sekalian alam..Tanda kita bersyukur kepadanya kerana memberikan sesuatu nikmat kepada kita. Tapi apabila kita mendapat sesuatu kesusahan, kesukaran atau ujian, selalunya apa yang kita akan buat?
Arghhhh.. tensionnya aku!! Kenapa aku diuji begini...? Ini tidak adil!!...
erm...aku tak menunjukkan respon ini mewakili mana-mana pihak. Tetapi inilah respon yang sering aku nampak dan aku perhatikan. Kebanyakkanya bersyukur apabila mendapat nikmat tetapi apabila diambil sedikit salah satu nikmat yang DIPINJAMKAn itu, kita begitu mudah sekali melatah. Senang sahaja kita dihenyak ribut emosi. Membiarkan diri dirajai nafsu..Kenapa sering begitu? Mengapa rasional akal tidak sentiasa kukuh disisi? Mengapa diri begitu goyah apabila diuji?
Adakah kerana tiada agama atau tidak FAHAM agama atau tidak MAHU agama??
wahai diri dan rakan-rakan... Agama adalah satu jalan yang yang bersifat menyelamat. Ia diperlukan diwaktu santai dan amat bermanfaat ketika suasana tegang..Diwaktu kita benar-benar buntu dan kesuntukan dari setiap sesuatu..ingatlah, ada satu kuasa yang mampu menolong..iaitu Allah..Dia akan sentiasa disisi dan akan sentiasa memahami.Membantu merungkaikan apa sahaja yg tersirat..
Selalunya kemarahan berpunca dari kekecewaan dan kekecewaan itu berpunca dari ketidak puasan hati menerima sesuatu ketentuan. Sebab itulah selalu terjadi, kita mudah hilang kewarasan diri apabila dijentik badai ujian..
Allah..itulah kunci segala persoalan.Sentiasalah menginagtiNya dan hati akan menjadi tenang dengan setiap yang berlaku sama ada balik ataupun tidak.
"cakap senag ar..cuba kalau kau yang kena! Sure kau pun same je!"
ok2..aku tahu..bukan mudah nak terima hakikat apabila kita ditimpa musibah tambah2 bila kita kehilangan sesuatu yang kita sayang or tidak dapat apa yang kita impikan...Tapi pernah kita terfikir tak? Sesungguhnya kita tidak pernah memiliki apa2..jadi bagaimana kita nak merasakan kita kehilangan sesuatu?bukankah semua ini hnya pinjaman?
Jadi... jika kita benar2 faham + yakin ngan konsep dunia ni hnya pinjaman, kita tak akan merasa frust yang teramat kerna segala yg didunia ini hny sebagai modal untuk dibuat bekal ke akhirat..
Ye..mungkin agak sukar untuk berlapang dada diatas setiap musibah yang melanda.Itu bukan perkara yang mudah..Namun..kita harus yakin bahawa setiap ketentuan Tuhan akan terselit dengan hikmah. Tiada satu yang sia2.Keadilan Tuhan kadang kala tersembunyi dan sukar dimengerti. Namun..yakinlah bahawa Allah tidak pernah menzalimi hambanya..Tidak akan sama sekali.
Mungkin sukar untuk kita melihat akibat sesuatu perkara, tetapi..jika kita seorng yang berfikir..pasti kita akan menemukan sesuatu. Tidak ada sesuatu perkara yang baik berlaku melainkan ada juga keburukannya..Begitulah sebaliknya..
Sebagai contoh..
Kita memang suka hujan. Hujan menyuburkan tanaman..menyirami tanah yang kontang, menghilangkan haba2 pembangunan.Namun, bagi nelayan,lain pula ceritanya. Mereka mengharapkan hujan itu tidak berlanjutan. Kerana jika hujan berlanjutan, mereka tidak dapat ke laut untuk mencari rezeki. Dan kita juga tidak akan selamanya menyukai hujan itu, kerana kita juga perlukan matahari untuk mengeringkan baju yang basah dan untuk keluar rumah bagi meneruskan aktiviti harian..Jika hujan berpanjangan, semuanya akan tergendala.
Lihat..bagaimana sesuatu perkara yang baik itu tetap juga mempunya keburukannya.Tiada benda yang sempurna. Namun..apa yang pasti, setiap perkara ada hikmah yang tersembunyi. Jika kita memahami + menyakini perkara ini..tentu kita akan sentiasa bersangka baik terhadap Allah dan akan sentiasa sabar dan Redha dgn ketentuannya..
Wahai qalbu..sedarkah engkau akan gerak hati. Wahai aqal..terfikirkah engkau akan apa yg bakal terjadi,
Andai ini merupakan Ramadhan yg terakhir kali, Buatmu sekujur jasad yg bakal berlalu pergi Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi, Pabila tiba saat tepat seperti yg dijanji illahi. Kematian adalah sesuatu yg pasti,
Andai kau tahu ni Ramadhan yg terakhir, tentu siangnya engkau sibuk berzikir, biarpun anak tekak kering kehausan air, Tentu engkau tidak akan jemu melagukan syair rindu,Mendayu..merayu..kepada-NYA tuhan yg satu,
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir, Tentu solatmu kau kerjakan di awl waktu, Solat yg dikerjai ..sungguh khusyuk lagi tawadhu', Tubuh,minda dan qalbu..bersatu memperhamba diri, Mengadap Rabbul Jalil...menangisi kecurangan janji,
" innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"[ sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku..kuserahkan hanya kepada Allah tuhan seru sekelian alam]
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir, Tidak akan kau persiakn walau sesaat yg berlalu, setiap masa xkan dipersia begitu saja, Di setiap kesempatan juga masa yg terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang..bakal kau syairkan,
Aidai kau tahu ini Ramadhan terakhir, Tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan , Berterawih, berqiamullail, bertahajjud, mengadu, merintih...meminta belas kasih,
" sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU, Tapi aku juga tidak sanggup untuk ke neraka mu"Oleh itu duhai illahi..kasihanilah daku hamba-MU ini.
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir, Tentu dirimu tak akan melupai mereka yg tersayang, Ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan, Kita buru..kita cari..suatu malam idaman yang lebih berkat dari seribu bulan.
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir, Tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir, Mempersiap diri..rohani dan jasmani, menanti-nanti jemputan izrail, Di kiri dan kanan..lorong-lorong redha Ar-RahmanDuhai illahi..
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti..paling berseri... Menerangi kegelapan hati-hati kamiMenyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang MU Ya Illahi. Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti,
Namun saudaraku... Tak akan ada manusia yg bakal mengetahui samaada Ramadhan ini merupakan yg terakhir kali, Hanya yg termampu bagi seorang hamba itu berusaha..bersedia..meminta belas-NYA ,
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
Kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta..
Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya..
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..
Ya Allah…aku mencari cintaMu Ya Tuhan..meski dugaan itu datang sebagai ujian.Yakinkan hati-hati ini Ya Rabb..Kuatkan kaki kami Ya Rahman..Mudahkan urusan kami Ya Rahhim..redhokan kami dengan ketentuanMu Ya A’lim..Hanya itu yang mampu kami lakukan saat ini..
Suasana dingin malam ini..Hal ini membuatkan kenangan2 dizaman persekolahan seakan-akan menari-nari dikotak memoriku ini.
“Aku ingat nanti kalau tak lulus SPM aku nak kawin je la.”
Ni la ayat famous aku dan kawan2 bg menghilangkan rasa risau yg kian mengcengkam.Dan aku masih ingat lagi, habis je last papermasa SPM dulu which is paper biologi,jejak je kaki keluar dewan,sempat lagi aku mengomel dalam hati
“Ok, tak yah pikir dah.Tak lepas boleh kawin cepat!”
Ya Allah…bila fikir2 balik, lucu aku rasa.Dalam keadaan genting mcm tu, disaat semua orng tgh fikir nak enjoy coz dah habis exam or sesetengah yg tgh risau tak boleh perform well, boleh pulak aku fikir fasal kawin!..(melampau tak??..he3)
Melawak bab kawin ni kadang2 menghiburkan hati juga. Turun juga level stress masa tu. Walaupun masih dibangku sekolah, hajat untuk kawin aku rasa sudah ada dikalangan student especially for girl. Benda ni fitrah..ingin dikasihi dan mengasihi..
But..kawin tu apa sebenarnya? Kawin tu adakah sekadar ada seorang perempuan dan seorang lelaki?Selalu tido sorang2, tapi bila dah kawin, kat sebelah ada orang? Kawin itu wajib kerana cinta ka ? Tapi kenapa ramai yg bercerai sedangkan pada dasarnya rumah tangga itu dibina atas nama CINTA??
Sebagai senang untuk dibuat contoh, kisah2 artis yang dipaparkan di televisyen kita. Mula2 bercinta macam romeo n Juliet..tapi..tup2..cerai juga..kenapa hal ni berlaku??kenapa?..
Boleh dikatakan ayat skema or macam dah ada skrip untuk pasangan2 yg bercerai ni..
“Apa nak buat. Sudah tiada jodoh” Jawab artis A.
“Kami sudah tidak sehaluan lagi” Kata artis C kepada wartawan apabila ditanya tentang penceraiannya dengan isterinya.
“Sudah ketentuan Ilahi. Apa nak dibuat. Kita sebagai manusia tidak mampu melawan taqdir ilahi” Jawab artis K.
Hurm…mcm tu ek? Semuanya salah taqdir..?Kenapa tak balikkansebab penceraian tu juga berpunca atas kelemahan diri ?Bila sesuatu yang baik berlaku, kerap kali kita mendabik dada.Tapi, bila musibah menimpa, semuanya taqdir belaka. Adakah itu memang sikap kita? Pabila senang kita lupa pada Allah, bila dah dapat susah, baru nak ingt Dia..Kalau ingat tu bagus la juga. Tapi ada pulak yang meyalahkan Allah atas apa yang berlaku..nauzuillah..mudah-mudahan kita semua terhindar dari bersikap sedemikian..
Aku teringat satu kalamullah ni..
Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini). (an-Nisa’: 79)
Jadi, bagi sesiapa yg menyalahkan TAQDIR bg setiap musibah yg menimpa dirinya tu seolah-olah menyalahkan Allah..Seperti menyatakan Allah lah punca mereka bercerai. Kita mungkin menafikan hal ini di mulut, tapi bahasa hati, amat sukar difahami dan ditafsir..Kes ni sama mcm apa yg pernah Rasulullah S.A.W pesan kat kita dulu..
Daripada ‘Abdullah bin Abi Qatadah, daripada ayahnya (berkata) Baginda SAW bersabda “ Janganlah kamu mencaci masa, kerana sesungguhnya Allah SWT (pencipta) masa” (Hadith riwayat Ahmad Jilid 5 ms 2
99 dan perawinya adalah sahih)
Ok..dari hadith ni, Nabi melarang kita mencaci masa coz kita seolah-oleh turut mencaci penciptanya iaitu Allah..Begitu la juga kalau kita mengatakan urusan jodoh ni just qadha’ Allah ja tanpa mengaitkan kelemahan diri kta juga. Kita seolah-oleh membuat komen kepada penciptanya iaitu Allah..
Ok..tutup bab cerai ni..gerun pulak bila cita urusan cerai ni lama2. Kesemua kita berkawin bukan untuk bercerai..right??
Aku masih ingt lagi, jelas bermain difikiran ku apa yang pernah Ustaz Ridha n His wife kak Arfah(orng2 yg banyk menolong aku di Intec) pesan pada aku. Tak cukup secara lisan, juga ditulis didalam blog dia tentang apa yg aku soalkan. Cuma sekarang tah mengapa aku tak bolh buka link blog tu dah.Tapi aku akan kongsi sedikit sebanyak yang aku ingt dengan korang.
Formula memilih pasangan! =) ((boleh ke tajuk ni..??he3)
Mencari jodoh yang baik
Daripada Abu Hurairah secara marfu’ “Dinikahi wanita itu (kebiasaannya-pen) kerana hartanya atau keturunannya atau kecanti
kannya atau agamanya. Pilihlah yang beragama kamu akan beroleh keuntungan” ( Bukhari dan Muslim)
So,yg 1st sekali , kalau nak pilih jodoh biarlah yang berAGAMA.Err..kena cari budak sek agama juga ke nak dibuat calon or kena pilih yang ustaz or ustazah je?? Beragama kat sini bukan sekadar TAHU tapi juga MAMPU dan MAHU untuk beragama.Bila dah pilih jodoh @calon yg beragama..baru la blh g ke next step. Kalau tak, jgn salahkan TQADIR kalau jodoh tak lama..
2. Memudahkan urusan perkhawinan
Kalau dalam hal ini, kita khususkan dlm bab mahar..Walaupun mahar tu hak wanita, but maqasid perkahwinan pun kena la jaga. Sekarang ni kalu kita tgk MOSTLY(tak semua ek) parent@bakal pengantin perempuan meletakkan wang hantaran yg terlalu tinggi.30 ribu serba satu la..20 ribu la..adoii..botak kepala bakal pengantin lelaki nak cari duit. Mau pulak baru hbs belajar n masa belajar dulu tak menyempat nak simpan duit..alamatnye, kempunan anak teruna tu.masuk angin keluar asap le jawabnye..Sedangkan yang wajib cuma MAHAR bukan WANG HANTARAN…
Satu contoh pada zaman Nabi dulu, tak ingt full story.. Ada seorng sahabiah ni, dia terima seorng sahabat Nabi yang hanya memberikan hafazan Al Quransebagai mahar perkahwinan..subbhanallah!!..Bukan nak suruh tiru sebiji mcm tu, but..bersederhanalah..(ingtan untuk diri sendiri jugak..)kata nak kawin awal..so..sendiri mau ingt la kan..=)..
Ketaatan isteri kepada suami
Nabi SAW ditanya apakah ciri-ciri wanita solehah. Baginda SAW menjawab “Mereka ialah apabila kamu (suami) melihatnya menenangkan hati, mentaati permintaanmu dan tidak akan bertelagah denganmu tentang dirinya dan hartanya” (al-Mustadrak ‘ala as-Sohihain Lil Hakim Jilid 2 ms 452 hadith No. 2682)
Menjaga pandangan sebelum perkhawinan
Kat sini maksudnya bukannya tak boleh tgk langsungcalon isteri or suami. Islam tak mengajar kita tundukkan pandangan sampai jalan boleh langgar tiang.
Baginda SAW bersabda “Pergilah kamu melihatnya kerana itu adalah baik untuk kalian berdua. (Sebelum perkahwinan) (al-Mustadrak ‘ala as-Sohihain Lil Hakim Jilid 6 ms 303 hadith No. 2646).
So kat sini, bagi pasangan yang belum berkahwin, digalakkan untuk MELIHAT pasangannya dulu sebelum bernikah..Pilih la yg sedap mata memandang. Yang boleh dijadikan penenang hati ketika resah, pengubat jiwa ketika bermasalah..But, bukannya suruh berkepit 24 jam! (ingatan untuk diri ini!!)..
“tapi, kalau tak jumpa or tak msj,mcm mana nak kenal hati budi”
Erm..kalau kita tgk la kan, berapa ramai yg dah kenal hati budi, but at the end tetap bercerai..Dimana salahnya??
Kesimpulan yg dapat dibuat is..
Mencari jodoh yang soleh/ah + Mudahkan perkahwinan + mentaati suami (menyayangi pasangan) + jaga pandangan = JODOH KEKAL insyaallah.
Actualy bnyk lagi perkara yg perlu diambil peduli. Ada juga permulaannya sudah baik..dia menjaga diri, memilih calon yg soleh/ah but still bad ending..knp?? Aku tak arif dlm hal ni..sedangkan aku sendiri masih belum merasai alam rumah tangga. Apa yang aku tulis adalah ilham dari Allah.Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu berasal dari kelemahan aku sendiri…
Cuma..diz is just my opinion..perkhawinan itu adalah antara manusia dan manusia. Jasad yang mempunya hati dan perasaan. Bukannya robot yang meneruskan kehidupan. Perkhawinan itu adalah atas dasar tanggungg jawab, kasih saying dan pengorbanan.. Tiada salah satu daripada elemen ini, senang la rumah tangga digoyah arus dan badai ujian..
Aku doakan kita semua memperoleh pasangan yang soleh/ah,penyejuk mata , penawar duka..serta dikurniakan zuriat yang soleh/ah..amen…
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orng yg bertakwa”
Al-Furqan(74)
Ni salah satu doa yg famous masa zaman sekolah dulu.Doa ni ustaz selalu suruh baca tiap kali solat..katanya..insyaallah beroleh jodoh yang baik..Apa lagi, tak salah kan kita berusaha..mudah-mudahan dengan usaha kita yang kecil ni untuk mendapat jodoh yang baik akan mendapat keredhoan Allah..=)
Maafkan aku bercoloteh panjang. Mungkin melepaskan gian setelah lama tak menulis..Serta menengkan diri yang tgh kusut.Ini hny perkongsian peribadi..peringatan buat diri sendiri..kuharap bermanfaat buat kalian..
Aku mengimpikan untuk menjadi yang halal bagi seseorang.Seseorng yang aku tak tahu siapa.Seseorang yang aku tak berani mengimpikan wajahnya. Kerna aku takut..aku takut dikecewakan lagi dengan cinta manusia..Cinta yang tiada pastinya.Cinta yang memakan jiwa..aku tak layak mendambakan seornang putera agama kerana aku bukan bidadari syurnia…Cukuplah sekadar dia mampu menerima aku seadanya..
Ku doakan kalian bahagia..ku yakin erti hidup ini pada memberi..Insyaallah, Allah akan menjawab segala doa kita nanti…Dia tak mungkin membiarakn selamanya air mata ini megalir dihati, menyirami pipi dan jatuh kebumi..
Buka2 je blog td syiqen terus suruh amik award kat blog die..hu3..terharu2..(serioluly..)..Diz is my 1st award..thnks to syiqeen coz tak lupa pada diri ini...erm..
So..ni la upenye award tu..
Tapi kene jawab soalan sikit...
~NYATAKAN LIMA [5] FAKTA MENARIK TENTANG PEMBERI AWARD INI~
dia pandai bergaya..setakat ni dia la antara orng yg bila pakai apa pun nampak cantik..(puji hbs ni wink2..=) ]
umah dia kat putrajaya.cantik..pernah g masa convoi raya taun lps..
ada kakak yg muka sebiji mcm dia..kalau orng tak tau blh kata dyorng ni kembar tau..
abag dia baru kawin masa A level hari tu..
last but not least..fakta yg segala fakta..she is my classmate masa kat INTEc..he3
Boleh tima ka jawapan mcm ni??..hentam saja la labu.he3..janji ni suma fakta.bukan auta...=)
~SETIAP BLOGGER HARUS MENYATAKAN 10 FAKTA/HOBI DIRI SENDIRI SEBELUM MEMILIH PENERIMA AWARD YG SETERUSNYA..~
Hamba Allah..umat Muhammad S.A.W
seorang perempuan..=)
anak sulung..
masih single(but not available..still in buzy sign (-)..he3)
tengah tunggu result A level(doakan ye..)
teacher to be..(insyaallah)
wife to be...(insyaallah..nak juga selitkan yg ni..ha3)
sedang mepersiapkan diri dengan keje2 perempuan..(ahaks!)
pantang nampak camera..hu3(kena buang habit ni..)
agak sensetive...0_0
huh~cukup juga sepuluh..alhamdulillah..=)
~ANDA PERLU MEMILIH 10 PENERIMA AWARD SETERUSNYA DAN DESCRIBE TENTANG MEREKA~
Aku adalah hamba Allah yang datang dari lumpur..Dengan belas dan ikhsannya..aku diberi nikmat untuk sedar apa itu islam..Dalam perjalanan aku menuju Tuhan..ku ingin sekali perjalananku ditemani kalian, sosok-sosok luar biasa sebagai teman..