Saturday, November 3, 2012

Allah tu sentiasa ada..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sebagai manusia itu pasti akan ada up dan downnya. Harus!!. Namun, yang membedakan setiap manusia itu  adalah pengharapan mereka kepada Tuhan. ..

Pejam celik, rupanya sudah 2 bulan aku di Maktab perguruan ini. Satu masa yang agak lama. Namun itu tidak meresahkan hatiku ini, tetapi yang pedihnya  aku merasakan seolah -olah aku masih di takok lama. Masih mempunyai beban berat di hati yang sepertinya sengaja tidak aku lepaskan. 

Malam ini aku up to the limit. Aku tidak dapat lagi membohongi diriku yang aku merasa amat kosong sebenarnya. Aku cuba mencari dengan cuba berbual-bual dengan temanku..Bergelak ketawa dengan mereka, Namun, di akhirnya perasaan ini tetap sama. Aku cuba membuka ayat-ayat Al quran yang aku senang dan selesa membacanya. Mencari alasan untuk menyedapkan hati.. namun, tetap jua  sama. Aku give up.. Lalu aku mengambil wuduk dan cuba untuk solat dengan hati yang kusyuk..Namun tetap juga tidak mampu. Fikiran-fikiran yang bukan-bukan memenuhi ruang hati pelosak mindaku..

Dan akhirnya di penghujung salam aku bersimpuh..Hatiku lemah merintih pada yang Esa..

''Ya Allah...sesungguhnya apa yg berlaku ini membawa keberatan di hati ku...tidak ada siapa yang dapat menolongku melainkan Mu wahai Allah.. Kuatkan lah hati hambamu ini wahai Allah..''

Dan di sinilah aku berada sekrang... Menulis dan mampu untuk meluahkan. Hatiku menjadi tenang.. Walaupun pada mata kasarnya tidak ada masalah yang selesai, namun Allah itu Maha kaya..Dia benar-benarkan berikan apa yang aku perlu pada saat ini.. Iaitu ketenangan..

Selayaknya sebagai hamba tidak ada lagi yang bisa aku harapkan melainkan esok akan lebih baik dari hari ini. Aku tidak tahu apa yang akan terjadi esok, bahkan seminit selepas ini jua tidak mampu aku duga..Namun aku yakin,, Allah itu sentiasa ada. Mendengar dan mengetahui sedalam-dalamnya apa yg aku rasakan pada saat ini.. dan akan sentiasa memberikan hanya yang terbaik untuk diriku..Hanya yang terbaik..


p/s: ingatlah.. ketika kau tidak punya siapa-siapa selain Allah.. Allah itu lebih dari cukup!.


No comments:

Post a Comment