'' ... رَبِّ أَوۡزِعۡنِىٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٲلِدَىَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَـٰلِحً۬ا تَرۡضَٮٰهُ وَأَصۡلِحۡ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓۖ إِنِّى تُبۡتُ إِلَيۡكَ وَإِنِّى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ ''
( 46 : 15 )
~ Ya Tuhanku, berilah aku pertunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua org tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redoi, dan berikanlah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh aku bertaubat kepada Engkau dan sungguh aku termasuk orang muslim~
Bulan ini aku terlintas lagi kepada ayat ini..Salah satu ayat favret aku yang mengandungi doa yang amat aku harap dimakbulkan.. Doa yang menumbuhkan rasa cinta aku kepada kedua org tua ku dan lebih2 lagi kepada permata hati ku yang mana aku belum berezeki lagi untuk aku bertemu mereka..
ANAK..
Siapa yang tidak mahukan anak? Aku rasa ,99.99% dari kalangan wanita amat menantikan kehadiran permata hati dalam kehidupan mereka. Dan aku salah seorng daripadanya. Walaupun aku belum benar2 tahu siapa 'pakcik ' yang akan Allah hantr untuk menjadi imam dalam keluargaku kelak, namun rindu dan doaku amat membuak2 kepada bakal anak2ku. Bahkan melebihi rindu dan excitednya aku untuk bertemu dengan bakal zaujku.=)
~Nak sngt anak soleh! ~ =)
Pengorbanan yang baru ku fahami
Sekarang ni barulah aku nak faham sikit bagaimana rasa cinta seorang ibu kepada anaknya... Barulah setiap benda make sense kat aku yang mana dahulunya aku hairan, macam mana la mak aku mcm supersaiya ja aku rasa. Ke hulu ke hilir buat keja rumah. Sanggup tido 2 tiga jam je semalam, selebih dari waktu miliknya diserahkan kepada keluarga. Dan sekarang ni baru lah aku fhm mcm mana seorng ayah itu sanggup keluar cari pelbagai kerja untuk penuhkan kehendak putera puteri dia walaupun kalau nak kira penat tu tak tau nak ngadu kat sapa, melainkan Allah yang Maha Esa..
Dan sekarang ini, bila mana Allah hadirkan rasa cinta kepada putera puteri aku yang tak tahu aku berezi memiliki mereka atau tidak, Allah.. Perasaan bersalah kepada kedua org tua aku tu tak tau nak campak mana. Betapa selama ini blh di hitung benda2 yang aku rasa buat depa rasa senang, nak dibandingkan dengan perangai yang menyusahkan..amat2 tak terhitung.. T_T
Namun, alhamdulillah, saat aku menulis ini aku masih bernyawa. Walaupun tak tahu sampai bila, namun, Alhamdulillah Allah telah mencampakkan sedikit kesedaran di hati aku untuk berjasa kepada mereka. Dan pada saat aku menulis ini juga, aku masih belum berkahwin, alhamdulillah Allah masih memberi aku waktu untuk cuba baiki diri, mendekatkan diri pada Allah, agar suatu hari nanti, aku tidak menzalimi insan2 yang aku cintai..
Moga-moga aku menjadi seseorng yang bermanfaat untuk orang yang akan aku berdamping dengannya..
Ameen ya rabb..
notahati :- Bersabarlah.. kerana sesuatu yang indah itu datang dari sebuah kesabaran...
p/s: "2nd phase of ramadhan!. Keep trying!!
~Kerna syurga itu indah, jalan menujunya juga susah..~
No comments:
Post a Comment