Pagi ni , on9 ja fb aku terjumpa qoute ni..
"Bügün Allah'icin ne yaptin''
-HARI INI, UNTUK ALLAH, APA YANG TELAH KAMU BUAT?-
Hurm...
Master Chef Sabri kata, dia berjuang untuk mengHalalkan dapur-dapur hotel yang hakikatnya banyak dikunjungi oleh Muslim. Demikian juga Pocketrecketman, pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang berusaha untuk membolehkan pakaian yang lebih sempurna bagi Muslim, boleh dipakai di trek.
Apabila semua orang usaha mahu membawa agamanya ke bidang masing-masing, macam-macam benda istimewa berlaku dan mendatangkan manfaat kepada umat- qoute (asma suardi).
Alaaeldin Abouelkassem (Olympic silver medalist) reminds us to THANK ALLAH in times of Victory and Defeat
Setiap dari kita pasti akan ada posisi masing2 di dunia ini. Tidak kira siapa kita dan di mana jua kita berada. Just keep tryng to find best part of us and try to contribute to Ummah.. Tak perlu sesuatu yg besar dah gah sampai menjadi qoute kepada org ramai. Cukuplah amalan itu di menjadi perbualan malaikat dan di sukai Allah =).
p/s: mcm cerita Uwais al qarni ^_^
Kadang-kadang kita selalu tak suka buat benda kecik dan org tak nampak ni. Even tolong kutip sampah lps moreh pun adalah sesuatu yg besar sebenarnya jika ia dibuat untuk Allah. T_T
Mak naqibah aku pernah pesan dulu
' Dalam nak buat sesuatu, think priority to umat dulu. Kalau menjadi guru nanti, guru yang macam mana kita nak jad, kalau jadi doktor, adakah sekadar pergi kerja, cukup bulan tunggu gaji? Think!, Allah bukan bagi akal untuk suka suki. Dia suruh gunakan untuk kumpul saham ke syurga nanti.
Kita nak ke syurga bukan sorang2 kan. Amat ruginya kita kalau berada di suatu tempat tu, tak da seorng pun yg ingt Allah di sebbkan kita. Kalau kita dah cuba tak apa. Seperti NAbi Nuh A.S yg mencuba siang dan malam hingga kisahnya Allah khaskan dalam satu surah bagi menceritakan dia punya pengorbanan..NAmun kita? Siang kita untuk siapa dan malam kita untuk siapa? '
- diubah suai sedikit dalam bahasa sendiri-
Aku tahu, benda mcm ni bukan senang. Apatah lagi pabila ikhlas tu menjadi syarat di terima amalan. Namun, andai kita tekad dan cekal dan yakin kita akan pulang kepada Tuhan, nescaya mencuba menjadi yang terbaik, memberikan yg terbaik untuk Allah itu menjadi kegilaan.
Keep trying, n keep fightin. And dont forget, keep doa'ing
Andai Allah menjadi kegilaan, nescaya dunia tanpa sempadan