Alhamdulillah..di jalan ini aku berpeluang bertemu dengan ramai orang, sosok-sosok luar biasa yang mempunyai kehebatan masing-masing.Kehebatan mereka dikagumi..tingkah laku mereka ingin sekali di ikuti. Andai bisa, seperti ingin di copy pastekan ke dalam diri agar memiliki setiap inci kehebatan-kehebtan mereka ini.
Namun..aku sedih..kerna yang aku lihat..ramai di antara kita yang tidak mampu untuk menerima sekecil-kecil kekurangan yang ada pada setiap sosok-sosok luar biasa yang pernah mereka kagumi itu. Pantang ada salah sedikit..riuhnya hendak di hebah sekampung. Andai tersilap bicara ..di ungkitnya bertahun-tahun..Allah..inikah sikap kita?? Andai sejarah ingin di ikuti..jgn la di ikut sejarah Abu Lahab..yang mana kelahiran Rasulullah disambut dgn hati yang begitu gembira hingga sanggup memerdekakan seorang hamba..Namun, pabila ada yg jelik ternampak di matanya, tersingkap di kata-kata baginda, mulalah Baginda di benci sedalam-dalamnya. Kata caci menjadi pengiring bicara.
Belajar Menerima..
Mungkin kata-kata ini sudah amat diketahui bg setiap antara kita, di ulang- ulangi entah sudah kali yg keberapa..Namun.. sejauh mana kata di fahami..bicaranya di mengerti?Kenapa kita sering kali lupa dan kelabu mata apabila perasaan iri hati mengaburi diri?Bagaimana boleh timbul istilah tidak dapat menerima kesalahan/kelemahan seseorng itu andai pernah ada cara, bahsa atau tingkah lakunya yang pernah dikagumi di jiwa?Aku hairan..silapnya di mana? kerna masalah ini sering berlaku di kalangan kita...orang yg faham agama(insyallah)..Adakah tidak cukup ithsar kita hingga tidak mampu untuk bersangka baik dengan sahabat seperjuangan?
Bersahabat itu jangan hnya demi kepentingan diri..jgn hnya sekadar untuk suka-suka..Bukan sekadar kepentingan dunia.dan bukan juga hnya sekadar mengisi masa..Bersahabt itu, kalau blh ingin ke syurga bersamanya..kerna..tali persahabatan itu terbina atas dasar cinta!Belajarlah menerima kekurangan orang sekeliling kerna itu akan membuatkan dirimu lebih bahagia..Yakinlah!.Kamu akan lbh bahagia!..
Tak salah tangan di atas pulak yang menerima..(kredit to deviant art)
Sahabat...janganlah terlalu kita mengejar kesempurnaan hingga tidak mahu ada sedikit pun cacat cela pada diri kita dan orang sekeliling kita. Janganlh terlalu cepat menghukum..kerna kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di sebaliknya. Cubalah belajar menerima..yang lebih di kongsi, yang kurang di tampung bersama. Kan molek begitu..
Insyaallah..kita mahu bercinta hingga ke syurga..bukan sekadar dengan pasangan kita tetapi dengan ibu bapa dan orang2 sekeliling kita juga. Jadi..andai syurga yang di cari..janganlah biarkan isu yang kecil ini membuatkan kita tersungkur di pintu syurga..berada di ambang neraka..
Wallahua'lam
~Aku ingin ke syurga bersamamu..maka pimpinlah aku~
Mati itu pasti..hidup..Insyallah
salam kak athi
ReplyDeletepost entry yang mantap.
gaya bahasa saya bagi 10,isi saya bagi 20.Alhamdulillah.
persahabatan andai dibina atas dasar iman,akan menghasilkan sesuatu yang luarbiasa..sinergi.
biar apa pun yang berlaku,marilah kita menjadi sahabat yang menarik tangan sahabat kita ke syurga,bukan menolaknya msuk ke neraka.begitulah kita dengan ahli keluarga juga.jazakillah khair,