Wednesday, July 7, 2010

~Aku nak jadi PEKAT~

Assalamualaikum..

Ya Allah, lamanya aku tak menulis. Kononya amat sibuk sebelum2 ni. Insyallah, akan diusahakan untuk menulis kembali..

Sekarang aku tgh bercuti panjang dari study. Alhamdulillah, dah selamat sampai dan berjumpa keluarga tercinta. Bila berada dirumah ni, benda yang aku suka buat bila sorang2 dlm bilik adalah menskodeng blog orang-orang yang aku rasa dia hebat, mengYM or email akak2 suruh share something plus mengyoutube benda2 yang aku rasa best.Bestnya!!..Hobi lama dapt dibuat kembali ^_^.Tapi dlm masa yang sama kesian org2 yang aku kacau tu..he3

Kenapa la aku suka kacau akak2 tu? Kenapa aku suka baca blog2 orang lain sedangkan blog sendiri tak terurus? Hurm..Aku sebenarnya amat2 kagum dgn orang -orang disekeliling aku. Tak kisah la aku kenal mereka dimana. Mereka2 ini aku kadang-kadang rasa dyorng ni tak kenal apa itu futur(putus asa).Apa itu penat..Apa itu lelah. Macam tak da masa la nak layan2 perasaan mcm aku ni. Jelez pun ada, rendah diri pun ada, kadang semngt nak jd mcm dyorang pun ada. Memang identiti confius aku skrng ni.

'athi..mcm mana nak jadi PEKAT?'

Inilah soalan kawan aku sebentar td yang telah mengpush aku untuk menulis setelah sekian lama aku tak menulis. Erk..tergamam seketika pun ada td. Kelu lidah nak menjawab sebb aku pun amat2 lah cair dengan kepekatan 0.001 % ja.Apa yang dimaksudkan PEKAT oleh kawan aku ni adalah dari segi iman.Dan mcm mana nak hilangkan jahiliyah dalam diri. Dush..umpama dibaling buah durian ke muka.. Macm mana nak jd pekat? Aku juga sedang berusaha untuk itu sahabat..Seperti tak layak untuk menjawab persoalanmu..Jahiliyah juga seperti menari-nari disekelilingku. Namun, akan ku cuba untuk jawab. Ini yang aku dapat dari email akak2 dan recording yang pernah aku dgr. Mudah-mudahn dapt membantumu..


Analogi air sirap
Jika kita hendak menyediakan air sirap misalnya,syaratnya, hnya blh tambah setitis cordial sirap pada satu masa.. Pada mulanya mungkin nampak seperti tak da beza.Sampaikan kita pun putus asa sebb air tu tak merah-merah. Namun, sedar atau tidak, bermula dengan setitis tu la akan menyumpang kepada banyk titis hingga akan membuatkan air putih tadi tu menjadi amat merah.Jenis-jenis sirap ni berbeza. Ada sirap yang mahal sikit, kepekatan dia tinggi. Jadi cepat la air tu nak jd merah. Kalau guna sirap yang murah sikit, kepekatan dia rendah, Jadi lambat sikit la untuk air tadi bertukar warna. Sama juga dgn manusia. Kapasiti kita berbeda. Ada yang lambat, dan ada yang cepat untuk berubah. Dalam erti kata lain, waktu dan cara untuk kita menjadi PEKAT tu berbeza...Yang penting usaha untuk memekatkan diri..^_^

'jadi, bila kita nak jadi seperti orng lain? Kalau kita mati sebelum kita jd baik mcm dyorng mcm mana?'

Kejamlah Allah kalau dia nak lihat banyk mana amal kita. Jadi, bagaimana dengan Saidatina Khadijah ,Apakah nasib keluarga yasir? Yang mana mereka ini hnya sempat mengucap dua kalimah syahadah sahaja..Begitu kejamkah Allah??

Tidak!!!..


Bismillahi RAHMAniRAHIM...Dengan nama Allah yang maha PEMURAH lg maha PENYAYANG..Allah itu pemurahnya pada semua makluk..dan sayangNya pada kita. Usah ditnya sejauh mana sayangnya Allah sedangkan kasih sayang mak ayah pun tak mampu kita nak balas. Allah tidak akan menilai sebanyak mana amal yang kita buat. Tapi Allah akan lihat, sejauh mana kita berusaha untuk berubah..


Kawan..
Mungkin kau rasa kau dah amat2 berusaha untuk menjadi yang terbaik. Namun, disebbkan panggilan jahiliyah amat kuat disekelilingmu..kadang kala kau jatuh kembali.Sesekali mungkin lelah menyapa diri..Tak mengapa. Bangunlah kawan! Allah sentiasa ada untukmu. Mintalah padanya kekuatan..dan insyallah aku ada disini untuk membantumu..Sama2 kita cuba menjadi yang terbaik. Sama2 mencuba untuk menjadi hurun ain..

Kadang kala, kita sering kali lupa. Untuk mendapatkan ilmu dan iman, kita terlalu bergantung pada berapa banyknya buku yang kita baca..Mengukur, sejauh mana kita tahu tentang agama. Namun, sedarlah..milik siapakah ilmu itu? Mintalah pada pemiliknya dan kemudian baru berusaha untuk mendapatkannya..Seirngkan langkahmu bagi keduanya, Insyallah engkau akan berjaya.. Islam itu agama untuk manusia..Fahamilah dgn hati..bukan sekadar teori..Engkau akan jadi seorng yang PEKAT itu di satu masa nanti..insyallah..^_^


~Hanya yang terbaik untukmu..~
~Mati itu pasti..Hidup..INsyallah..~

No comments:

Post a Comment