Thursday, September 24, 2009

~Konvoi RAYA-4~

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah, pada hari raya ke-4 hari tu, me n my friends telah selamat mengadakan konvoi raya edisi ke-4. Konvoi ni kira mcm agenda tahunan batch aku. Selain bertujuan untuk mengunjungi rumah cikgu2 n rakan, tetapi ia juga bertujuan bg mengeratkan hubungan kami yg renggang didebabkan jarak yg memisah..Masuk tahun ni dah 4 tahun berturut-turut konvoi ni diadakan..Yang bezanya tahun ni,,kami konvoi guna kereta..tak guna moto dah..wink2=)..

Seperti biasa, kitorng berkumpul di sekolah dulu b4 mulakan jelajah..janji pukul 11, but mcm biasa la..takkan gerak kul 11!!..Bagi permulaan, kami bemula dengan 3 biji keta sahaja..

bila dah boring tunggu orng..bergambo la kijenye..


ok, 9 orng ja yg akan gerak dr sekolah...

Rumah 1s yg kitorng g is, rumah mahfuzah.Sebenarnya dia takda kat umah pun. Dia tak balik tahun ni.Dah berkenan kat orang Mesir agaknya..he3..tp, kami disambut baik oleh mak dia n mak seorng lagi rakan yg juga belajar di Mesir, Kinah Sob.Makcik2 ni la yg suruh kami datng beraya umah dia..Mungkin terkenangkan anak yg jauh diperantauan..hu3..sob3.

Rumah 1st pun dah kenyang amat perut ni.Mak fuzah memang pandai masak!!Terima kasih atas mee kari yg amat sedap itu..Buktinya, ada orng tambah sampai 3 kali!!(not me k) =)
.
Nampak sngt muka lapo..
Dengan tuan rumah...

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke rumah fatin pulak..Masa ni ada lg 2 buah keta yg join.Mula2 macm agak sesat..tapi, berpandukan penunjuk arah kami yg ala2 mcm baguz,,kami berjaya juga tiba di rumah fatin dengan selamtnya
.
macam biasa..mesti nak bergambar dulu..

Disini, kami stop untuk solat n rehat2 dulu.Just makan ringan2 sebb masih kenyang. Disebabkan umah dia ni ala2 britsh, apa lg, kami mengambil peluang bersantai semaksima mungkin..

nasib bek hari raya, kalau tak mesti kinah dah terjun kat belakang tu!=)
Dah nak balik pun sempat snap lg!

Kebetulan masa dirumah fatin, ramai pulak irshadian yg dtng. So, apa lg, berjejak kasihla mereka disini..hu3..Lepas dah penat aku ajak dyorng gerak, setelah sejam setengah berjejak kasihan barulah dyorng ni nak kuar umah pakai kasut. Tu pun blm mau pulang lg, Pakai kasut saja pun berejam2 juga. Adoi.. Penat2..

Then kami ke umah teacher mass. Kali ni kami terpaksa cancel untuk ke beberapa buah rumah cikgu mcm umah ustaz azlee, teacher lela n 2 3 orng lagi la sebb dah lewat. Rumah terakhir yg kami g is rumah cikgu jamsari..Ni umah wajib la kiranya. Nak dikatakan raya tahun ni memang bertemakan jejak kasih la. Sekali lagi group kami ditemukan ngan adik2 juniur. Bayangkan, kami pun dah berbelas orng, masuk adik2 lagi yg aku rasa 20++..uish..mcm nak pecah umah cikgu dibuat kami..Panas tu jgn nak ckp la..Memang kekurangan oxygen la kami dlm tu. But..suasana tetap ceria..amat best!

Ni baru separuh..tak temasuk yg dok solat n geng2 brothers..

Ok..jam dah menunjukkan 5.30 petang..So agenda terakhir n yg utama kali ni is ALUMNAI IRSHAD..Jadi, kitorng pun berpusing balik ke sekolah. Agak ramai yg datang kali ni. Aku tak th la yg lepas2 mcm mana coz ni br 1st time aku tergerak hati nak dtng..he3..Ramai yg dah berkeluarga..Banyk keta besar2..hu3..Rasa rendah diri juga kami mula2 tu..N aku rasa, bacth kami la yg aling muda hari tu coz adik2 juniur sorang pun tak nampak muka. Alumnai kali ni disertakan sekai ngan kenduri arwah buat cikgu2 yang telah meninggal dunia..Hurm..Moga roh cikgu2 ditempatkan dikalangan orng yang beriman...Ameen..
kinah yg amat xcited!

Last snap plz..

Alhamdulillah..dlm jam 7++, aku dan beberapa orng kawan aku terpaksa mengundur diri dahulu disebbakan sebb2 tertentu. Walaupun aku tak dpt nak join dyrong samapi tamat program, namun, keseronokannya tetap aku rasa. Bagi aku konvoi kali ni amat best!! Thnks to Hazz yg berusaha bersungguh-sungguh bg menjayakan konvoi kali ni. Aku tak tahu sama ada thn depan aku dapt atau tidak untuk join konvoi ke-5..Walau apa pun.. kenangan konvoi2 kita takkan aku lupakan!..luv u all !^_^

.
~Kasih melimpah, bertaut jua~

~Mati itu pasti, hidup..Insyaallah..~


Saturday, September 19, 2009

~Dia berlalu pergi~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..aku masih bernafas di Bumi Allah.. Malam ini nafas kurasakan sesak.Entah mengapa.sakitkah aku? Ya..aku sakit..sakit menahan sebak didada melihat DIA berlalu pergi. Sakit menahan kata ingin menyuruh DIA kembali. Aku tahu, kedatangannya kali ini tidak kurai sepenuh hati. Kuabaikan setap detik waktu yang telah diberi. Maafkan aku..

Ramadhan..bulan abdtraining..


"Jika seandainya kita pernah melalui training-training sebelum ni.. untuk melatih kepimpinan dan kepakaran.. Maka ramadhan adalah training kita yg sebenar.. " 'Abdtrain".. latihan kehambaan. Yang mana jangka waktunya adalah sebulan. Lalu prosesnya sama, seandainya kita bagi commitment yang sebenar2 nya.. maka kita akan dapat objektif program tersebut.. Taqwa dan malam penganugerahan lailatul qadr.."

Nilah kata2 salah seorng ustaz aku. Bila aku fikir2 kan kembali kata2 beliau, adakah aku mencapai objektif kali ini? Aku termanggu sendiri. Mahu sahaja aku katakan "YA!" Namun, aku tak mampu membohongi diri sendiri. aku harus terima kenyataan bahawa aku telah GAGAL kali ini.. Bagaimana dengan anda??..

hurm..Ternyata godaan nafsu diri tenyata lebih dasyat dari godaan syaitan. Lebih halus dan mulus memakan hati tanpa disedari. Jadi, bagaimana harus membawa diri untuk mengharungi hari2 yang mendatang jika benteng yang kucuba bina di bulan yang mulia ini rapuh dan tidak kukuh?

Namun, aku tak boleh membiarkan sedih ini berterusan.Kerna aku yakin degan membiarkan diri dihanyut kedukaan ini akan membuatkan langkahku semakin perlahan..yang berlalu tetap akan berlalu..mungkin aku tak mampu tersenyum di aidulfitri ini, namun Allah masih memberikanku sisa nafas untuk aku membangunkan diri, mencuba untuk menjadi lebih baik selepas ini. Kuharapkan mentari esok akan memberi sinar baru dalam hidup ini...

Jadi..dikesempatan ini, aku ingin memohon kemaafan dari kalian atas segala salah dah khilafku.Andai ada bahasa aku gunakan kurang enak di pendengaran kalian, jika ada pandangan mataku tidak menyenangkan, tutur kata dan pandanganku yang tajam serta kasar dan jika pernah hati2 rakan2 semua terguris disebabkan aku, maafkanlah aku..sejujurnya aku tak pernah ada niat untuk menyakiti hati2 saudaraku sendiri..

N tentang hutang, jika ada yang belum langsai antara kita, kabarkanlah padaku. mungkin aku lupa. Tolong ya..=)

Ni la kad raya untuk anda semua..maaf ya, tahun ni tak dapat nak hantr kad raya. Postmen tu cuti awal sngt..he3 (alasan semata-mata ) =)

Akhir kata
Selamat hari raya!!=)~

ikhlas dari Nurathirah Hussin dan keluarga..



~Dari juah ku pohon maaf~

~Mati itu pasti, hidup..Insyaallah~

Friday, September 11, 2009

~Jawapan untuk kamu..~

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, setelah bekurun..singgah juga sy di sawang ni..Bukan sengaja tak mahu mengupdate apa2..cuma kesibukan(ye ke??) melanda.Tp yang penting sy amat2 tak da mood untuk menulis sebelum ni. hu3..Maaf ya semua..ok..mlm ni sy akan terangakn satu persatu..

soalan ...

"kamu..kemana kamu pergi?"

ok..huh..setelah hmpir sebulan ni..mcm2 yg berlaku..1st...sy ke esset untuk pre departure..masa tu tak dapt result lagi.N sy n semua kawan2 masih bersama , berkumpul dan begumbira.. nak Buktinya?


Sy n kekawan sebelum pulang..

Dah selesai di eset, sy kembali ke shah alam untuk Graduation night n the next day, got my A Level result!!

.
Bergambar sebelum perut kenyang..

Alhamdulillah, sy lepas cut off point KPM. But not as good as others..I got 11/15. Hari dapat result tu,sy dengan confidentnye ingt sy dpt LBrough which is my insurance. sy ingt sy tak dpt my firm UNi..ye la..sebb dia minta 14. Sepanjang balik ke Penang basah juga la tudung sebb heart broken..(poyo je)..

But..perancangan Allah ternyata berbeza dengan apa yg sy fikir..
kamu... sy dapat firm uni..WARWICK!!..
Ya Allah..masa tu Allah saja yg tahu betapa gembianya sy.Thnks Allah atas hadiah ini..

.
Ni la logo Uni sy..mcm lencana sekolah kan..he3

University of Warwick!. tu la uni yg sy nak g sangt2 sebelum ni..kamu pun tahu kan..hu3..Alahamdulillah, ramai juga yg akan ke sana.Terurai juga kerisauan sy nak ke sana..
TESl=45+
KY=5
INTEC=3
Ni dah boleh buat Malaysian Town kat warwick ni..he3..Orang2 yang setia menemankan sy ke warwick is MIE n NAUFAL..(my classmate kat intec). Dyorng ni la yang banyak tolong sy dlm proses nak buat visa, uruskan uni, bncng nak beli barang..n etc..Blh dikatakan kebanyakkannye kitorng buat sekali. Kawan2 dr tesl juga banyak yg menolong..Thnks to all of u..

kamu..dlm 2 minggu lps sebenanya sy ke KL@shah Alam@putrajaya. Untuk uruskan visa, 2nd pre departure n etc2..sy dah dapat lounge suit n TC!!

maknanya skrng sy dah jd OKB seketika la..he3.Tapi tak boleh guna skrng. Sy nak guna di UK nanti.Kamu doakan sy tak membazir n boleh uruskan wang dengan baik ye.,hu3

kamu..sy dah tahu tarikh flight sy.

Date : 2nd October 2009 (Friday)
Venue : Kuala Lumpur International Airport(KLIA)
Departure Time : 11.40 pm
Flight Details : MH002 Kuala Lumpur - Heathrow.
(cut paste dr blog naufal)

Kalau ikutkan, sy 2nd last flight yg akan berlepas. nadh la yg paling lambat, 6hb 10..Yam paling awal,23 ni n dibah 26 ni..n kawan2 yg lain sy tak ingt..sebb sy terdelete email yg mizz tina bg..hu3

kamu..doakan sy dan rakan2 ya..

Melihatkan tarikh fly sy tu..rasa mcm lmbt lg pun ada..Sekrang ni, bukan itu yg sy risaukan, Tapi ramadhan sy kali ni..Jujur sy katakan..inilah ramadhan paling teruk sy rasa. sedihnya..kerana kesibukan dunia, dlm sedar tak sedar sekrng sudah masuk fasa terakhir ramadhan..

kamu! sy amat sedih skrng ni..

Sy harap dengan sisa yg ada, sy dpt manfaatkan sepenuhnya..kamu..dokan sy ye..

kawan2.. sy tak th lg bila lg sy akan megupdate.Abaikan post kali ini kerna post ini hnya luahan saya serta bg menjawb persoalan orng yg ingin mengetahui..

Kawan2..maafkan sy...maafkan sy..


~Jawapan untuk kamu~


~Mati itu pasti, hidup..Insyaallah~