Wednesday, May 30, 2012

Dakapan Cinta

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Bunga-bunga pelbagai warna tumbuh melata di sini sana. Angin sayup-sayup bahasa menyegarkan tubuh yang disapa. Itik, tupai arnab bebas berkeliaran. Suasana yang tidak ada di Malaysia. Sesiapa saja yang melihat pasti terpukau. Semuanya seperti fatamorgana. Namun, keindahan itu tidak mampu mengukirkan senyuman diwajah anak muda kelahiran Perlis ini. Dunia seolah-olah tiada seri baginya lagi. Musim panas terakhirnya di bumi Eropah disambut sepi tahun ini. Uwais al Qarni. Pelajar tahun akhir kimia university of warwick. Salah satu university di daerah terpencil coventry. Record kecermelangannya sepanjang pengajian membuka mata ramai pelajar-pelajar tempatan disni. Tambahan pula statusnya sebagai muslim membuatkan dia sering menjadi buah mulut teman-temannya di sini. Dia tidaklah tergolong dengan golongan yang dikira kacak. Namun, senyumannya  bisa membuatkan sesiapa yang melihatnya tenang. Yang bermasalah lupa akan masalah yang dihadapi, yang sedih bisa mengubat hati. Bicara yang keluar dr bibirnya amat mennyanangkan. Halus , lembut dan penuh adap dan sopan. Bijak melarutkan diri dengan persekitaran tanpa perlu menjejaskan prinsip-prinsip hidup yang dipegang. 


Namun, sejak kebelakangan ini wajah Uwais telah hilang seri. Bukan sahaja wajah, bahkan bayangnya juga sukar dijejaki. Padang bola di hujung campus kediamannya kini menjadi rumah keduanya. Kebanyakkan waktunya dihabis kan berteleku ditu. Waktu terus berputar. Malam kian hilang pekatnya. Mentari mencuri-curi ingin menebarkan cahanya. Begitulah keadaan summer di bumi Eropah ini. Siangnya panjang dan malamnya cukup singkat. Rahmat bg yang berfikir tentang kekuasaan Tuhannya.  Tubuh kaku Uwais masih tetap disitu. Pinggir padang jauh dari hiruk pikuk manusia. Tenggelam dengan perasaan yang sama. Dia masih mencari rasa yang kian hilang, cinta yang kian terpendam. Cuba dibaikinya berkali-kali, namun tetap tidak membuahkan hasil. Malam seolah-olah tiada bedanya lagi dgn siang bg pemuda awal 20-an ini. Mentari siang yang menyinar tidak mampu menyinari hati anak muda ini.


''Allah....''


Seringkali keluhan itu terbit dari bibirnya. Berat dan penuh rasa. Rasa yang tidak diketahui sesiapa. Bahkan dirinya sendiri juga tidak mengerti. Rasa itu hnya dipendam tanpa cerita. Burung dan rumput menjadi temannya sekarang. Angin menjadi rakan yang membelai tubuhnya. Jika dahulunya dakapan ukhwah sering memeluk dirinya, namun kini, dia semakin cuba menjauh dari mereka-mereka yang berada dalam grabak dakwah. Dahulunya fikirannya hanya disibukkan  dengan dakwah, mad'u dan program. Namun skrng dia  seperti manusia baru yang jauh bezanya dari Uwais yang dahulu. 


Kenapa??


Dia sendiri tidak untuk menjawab persoalan itu. Puas dicari bicara untuk di luah. Namun yang ada cuma derisan angin kosong tanpa kata. 


Mujahid, anak kelahirsan separuh patani memandang sepi susuk rakannya d hujung padang bola. Sesekali tubuh sasanya menggigil di sapa angin malam. Akalnya sudah habis fikir ulah rakannya sekarang. Dia sudah hilang rentak rakannya. Uwais sudah tidak seperti dirinya lagi. Jika dahulu senyuman sering diwajah tanpa paksa, kini, senyuman yang tinggal hanya di buat-buat. Kelat tanpa perisa. Bicaranya juga telah hilang. Sepatah yang di soal, sepatah juga yang dijawab. Itu mujur jika ada jawapan. Selalunya hnya dibalas dengan senyuman kelat yang tidak ada penafsiran maksud pada soalan2 yang d tanya.  


Tubuh uwais semakin di dekati. Lelaki anak kelahiran perlis itu kelihatan begitu asyik dengan perasaannya hingga tiak menyedari kehadiran mujahid. 


''Cantikkan malam ni''


Sapa mujahid sekadar berbasa basi. 


'......' 


Esok aku ingat nak ke City. Nak cari sauvenir nak bawa balik Malaysia. Kau nak ikut? 


Seperti biasa soalannya dibalas sepi. Tiada bicara yang keluar dr mulut Uwais. Hati Mujahid sebak. Entah mengapa malam ini dia begitu sensetive. Tubuh Uwais kemudiannya dipeluk erat seperti itu pelukan terakhir sebelum perpisahan yang panjang. Kumudian mujahid membisikkan sesuatu ketelinga Uwais..


''Aku sayangkan engkau kerana Allah!'


Tegas dan padat. Lantas pelukan dilepaskan dan mujahid terus berlalu meninggalkan Uwais disitu. Terkebil-kebil Uwais dengan tindakan rakan karibnya itu. Mata Uwais memandang sepi langkah mujahid yang kian hilang disebalik kelam malam. Deraian air mata gugur juga di wajah anak muda itu. Malam itu Uwais menangis semahunya. Bisa bicara mujahid benar-benar menyentap hati Uwais. Tidak siapa yang tahu apa yang dipendam hati anak muda ini. Jauh di sudur hatinya tidak lepas dari berdoa kepada Rabnya untuk diberi kekuatan atas apa yang menimpa sekarang ini. 


Di satu sudut yang lain, setibanya Mujahid di kamarnya, dia terus mengambil wuduk  dan solat sunat 2 rakaat. Pada sujud yang terakhir mujahid menangis semahunya. Mengadu pada Tuhannya yang Maha Tahu. Meminta agar diberi kekuatan kepada rakan seperjuangannya. Rakan yang sudah dianggapnya sebagai saudaranya sendiri sejak dia menjejakkan kaki d bumi UK ini. Mujahid buntu. Tidak tahu apa yg bisa dibantu. Diamnya Uwais benar-benar melumpuhkan dirinya. Dahulu mereka sering bersama. Gabungan Uwais dan Mujahid benar-benar memberi impak yang besar pada pelajar2  muslim d bumi Eropah ini. Mereka seperti  Amru Al Ars yang tegar menyebarkan Islam di mana saja dan dengan cara pelbagai. Memudahkan apa yang disusahkan dalam agama. Menerangkan dgn jelas satu persatu tenatng agama yang telah kian kabur dgn pelbagai perkara bida'ah dan perkera2 yang memberatkankan yang tiada dalam sunnah.


Namun, sejak Uwais telah berubah secara tiba-tiba, dirinya seolah-olah kehilangan sebelah tubuhnya.Dia tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa. Telah dia muhasabah kembali andai ada bicara yang tersalah yang melukakan hati temannya itu. Dia juga telah risik kemalaysia andai ada berita buruk yang menimpa Uwais. Di soalnya juga professor2 Uwais tenatng pelajaran Uwais andai ada subject yang gagal. Namun semuanya tidak memberikan apa2 jawapan yang membawa kepada perubahan sikap Uwais. Dia sudah hilang ikhtiar. Hanya doa kepada yang Maha Kuasa yang bisa dia lakukan untuk memperbaiki apa yg sedia terjadi. Malam itu, kedua-dua anak muda ini llarut dalam tangisan mengharapkan kekuatan dari Illahi. Hati mereka basah dgn zikir memuji yang Maha Tinggi. Angin yang sepoi-sepoi bahasa membawa perasaan mereka bersama.. Dua anak muda yang diharapkan untuk menggegar dunia. .


**************************************Bersambung********************************************





Friday, May 4, 2012

Terbanglah tinggi-tinggi

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Terbanglah tinggi-tinggi....

Namun jangan dilupa pada bumi.Kerna bumi itu tempat tujahan kita untuk melonjak dgn lebih tinggi..Tempat kita mengumpul bekal sebelum d hisab bertemu Illahi..

Terbanglah tinggi-tinggi..

Bawa pergi segala benci..bawa pergi segala sakit hati..bawa pergi segala keburukan diri..Tinggalkan jauh-jauh,muatan yang tidak ada erti.. dan kembalilah kebumi untuk membawa kesayanganmu pergi..

Terbanglah tingi-tinggi...

Mencari rasa yang hilang..menyuluh jiwa yang kelam..mengejar nikmat yang terbayang..


Terbanglah tinggi-tinggi..


Kerna bumi tidak akan bisa mengerti rentak hatimu..Walaupun seisi duinia telah kau kabarkan kalam kalbu..Kembalilah kepada Illahi..kerna di sana pasti kau temui..

Terbanglah tinggi-tinggi..

Sebelum mentari terbenam lagi..Kerana di situ kau harus mencari kekuatan hati..Menerangi kelam menyusuri bumi..

Terbanglah tinggi-tinggi..

Mungkin satu saat kau tak bisa terbang lagi..kerna  keterbatasan dari Illahi..Namun sekarang kau masih bisa lagi..maka ayuh..ayuh kita terbang tinggi..

Terbanglah tinggi-tinggi..

Agar mutiara-mutiara tidak kelihatan d bumi..hilang di sebalik silauan mentari..

(4/5/12- Redfern, university of warwick.)




''Ajarilah jiwamu untuk terbang tinggi, nescaya ia tidak akan suka dengan kerendahan. Kenalkanlah kepadanya kemuliaan, nescaya ia akan membenci kehinaan. Rasakanlah kepadanya kesenangan rohani yang besar, nescaya ia akan meremehkan kesenangan jasmani yang kecil. ''

(Sheikh Muhammad Ahmad ar Rashid)