Lupakah kita bahawa kita telah diludah dan dipijak sejak berzaman lamanya? Dan apa yang kita lakukan untuk bangkit semula?
Umat ini sudah merasakan segala bentuk penindasan dan penghinaan dari seluruh dunia sehingga manusia beragama manapun yang melihat akan selalu simpati dengan kedudukan kita kini; Lemah, terkebelakang, ditindas… Kita hanya mampu melihat. dan melupakan.
Apakah Allah tidak mahu membantu kita?Bukankah sepertinya Tuhan tidak adil?
Dia seharusnya menyebelahi kita! Bukankah kita Pembela Agama-Nya?
Seharusnya Dia menurunkan ‘Burung-Burung Ababil’ dan ‘Banjir Besar’ buat menghancurkan mereka yang zalim kepada umat Islam.
Tidakkah Tuhan itu selalu adil?
Ingatkah kita tentang sebuah kisah raja Abrahah, yang datang dari Yaman dengan tentera bergajahnya untuk menghancurkan Ka’abah?
Ingatkan kita akan ungkapan kata-kata Abdul Mutallib yang popular:
“Sesungguhnya, aku hanya Rabb (pemilik) unta-unta itu, sedangkan Baitullah itu empunya Rabb, yang akan menjaganya…”
Tatkalah kaabah di saat untuk diserang oleh Abrahah, penduduk Mekkah menunjukkan sikap pasif. Mereka bersembunyi di kaki-kaki gunung, mengosongkan kota Mekkah, dan menyerahkan sepenuhnya kepada Abrahah agar ia, bala tentera, dan pasukannya yang mengendarai gajah memasuki dan meluluhlantahkan Ka’abah.
Timbul persoalan, mengapa burung-burung Ababil tetap turun kepada kaum yang mempunyai sikap pasif dan pengecut? Ya, penduduk Mekah waktu itu layak rasanya digelar PENAKUT.
Sebabnya, sudah menjadi Sunatullah dalam memusnahkan kaum yang zalim dengan perkara-perkara yang ajaib, sebelum kelahiran Manusia Agung. Peristiwa ‘tentera bergajah’ merupakan peristiwa terakhir dalam menolong agama Allah dengan cara yang luar biasa. Setelah itu, syariat tersebut ditegakkan dan sering bergema dengan jelas dalam bacaan-bacaan solat kita:
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membantu (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu, dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad : 7)
Kaum muslimin terlebih dahulu dituntut beramal dan berbuat secara tulus ikhlas kepada Allah semata-mata dan sesuai tuntutan sunnah Rasulullah SAW. Jika kita telah mempersembahkan kerja keras dan amal, nescaya Allah akan menurunkan bantuan serupa dengan ‘Burung Ababil’ untuk membantu kita menghapuskan musuh.
Ini merupakan sunatullah yang baru dan khusus hanya untuk umat Muhammad sehingga akhir zaman nanti.
Tidak akan ada perubahan dan penyimpangan darinya.
Kerana itu penantian dari sebahagian umat Islam untuk melihat bagaimana bentuk pembalasan Allah atas orang-orang yang zalim hanyalah penantian yang teramat panjang dan sia-sia.
‘Burung Ababil’ dan pertolongan lainnya tidak akan turun kecuali dengan usaha dan perjuangan dari setiap individu muslim.
Allah telah memberikan aturan-aturan yang jelas dalam melakukan perubahan dan keberadaannya berbeza sesuai tahapan yang dilalui oleh kaum muslimin. (rujuk ISK)
Masih ingatkah saudara pada kisah-kisah peperangan Baginda?
‘Burung-burung Ababil’ tidak juga kunjung turun menghapuskan kaum kafir dan mencegah pertempuran terjadi !!!
Tak datang Burung Ababil menghancurkan kabilah Abu Sufyan, ataupun tentera Musyrikin, melainkan setelah berlaku Peperangan Badar Al-Kubra.
Sunatullah baru telahpun bermula, dan pasukan muslimin menyahutnya dengan keyakinan. Mereka mula mengatur strategi sebaik mungkin untuk melunaskan dan memenuhi syarat untuk meraih kemenangan, dan kemudiannya memanjatkan doa kepada Allah. Setelah melalui penderitaan, luka yang mengoyak, darah yang bersimbah, dan gugurnya satu demi satu syuhada, barulah pertolongan Allah hadir di medan jihad.
Sedarlah saudaraku, bahawa kini bukan lagi zaman Abrahah. Tidak cukup jika hanya dengan menadah tangan dan berdoa ataupun membaca beberapa surah dari Al-Qur’an, akan dapat mengubah situasi di bumi umat islam. ‘Burung-burung Ababil’ tidak akan turun untuk membinasakan kaum yang zalim jika kita hanya bersembunyi di balik kaki-kaki gunung.
Dicopy dari :http://sabiluna.info/

~Mati itu pasti, hidup insyaallah..~
~Sampaikan walau satu ayat..~