"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa"
Al furqan (25:74)
Ini aku kongsikan sebuah sajak khas untuk adik-adik serta rakan-rakan seperjuangan sebagai buah tangan terakhir sebelum aku meninggalkan Malaysia malam ni...Kredit to Kak Fadzilah Hanim atas sajak yang aku rasa best n bermanfaat ini..
September/Oktober ini tahun pengajian baru telah bermula bagi pelajar-pelajar yang merantau ke bumi Eropah. Bagi yang baru kembali dari kampung halaman, masih terasa hangat pelukan ibunda. Bagi yang baru menjejakkan kaki pertama kali, banyaknyaaa perkara baru tiba-tiba datang menghujani, banyaknya hal terpaksa dibiasakan, berjauhan dari keluarga, cuaca, orang-orang, kaedah belajar, kawan-kawan, makanan dll.
Semoga Allah memudahkan langkah kita semua, memberi barakah kepada usaha kita dan menerimanya sebagai ibadah yang ikhlas. Walau apapun keputusan yang diambil dalam hidup ini, tiada lain yang kita cita-citakan melainkan Allah menunjukkan kita ke jalan yang lurus, semakin menghampiriNya dalam setiap detik dan setiap langkah.
Jikalau itu niatnya, Allah akan bersamamu. Allah akan menjagamu. Pasti Allah akan menunjukkan jalanNya kepadamu.
“Barangsiapa yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan Allah, nescaya benar-benar akan ditunjukkan kepadanya jalan-jalan Kami” (Surah Al-Ankabut : ayat 69)
. ~kredit to deviant art~
Bersungguh-sungguh mencari keredhaan Allah.. betulkah kita macam tu? atau kita hanya terbang bersama angin yang bertiup? mengikut saja ke mana arus membawa? takut-takut nanti larut dan tenggelam tanpa sedar
tanah di barat ini bukan calang-calang yang hitam boleh jadi putih. yang putih seolahnya hitam yang dalam boleh nampak cetek. yang cetek sebenarnya dalam
ombak di sini juga lebih tinggi pukulannya lebih kuat tahu berenang tak? kalau hanyut mesti tahu pulang ke pangkalan kalau hampir lemas mesti lekas minta tolong kalau sesat, jangan biarkan leka. mesti cepat buka peta
ada bawa peta? bukanlah pengembara yang bijak kalau peta tidak sentiasa bersama pandai baca peta tak? kalau tak mahir, ayuhlah sama-sama belajar mak kan dah pesan malu bertanya, sesat jalan
sahabat tersayang jangan lari, jangan malas, jangan segan kita ini sama-sama orang di rantauan
inshaAllah ramai yang sudi menghulur bantuan, memimpin tangan tidak lain tidak bukan cuma atas dasar kasih-sayang satu aqidah dan satu iman kita semua inginkan kebaikan terima kasih daun keladi kepada jiwa-jiwa murni yang luar biasa ini mana-mana yang ikhlas, moga Allah mengganjari setinggi-tinggi itu hadiah istimewa dari Allah buat diri yang selalu mencari keimanan dan ketenangan abadi.
. Selagi ada nafas diberi..maka jgnlah berhenti berlari mengejar syurga yang abadi
Ya Allah, lamanya aku tak menulis. Kononya amat sibuk sebelum2 ni. Insyallah, akan diusahakan untuk menulis kembali..
Sekarang aku tgh bercuti panjang dari study. Alhamdulillah, dah selamat sampai dan berjumpa keluarga tercinta. Bila berada dirumah ni, benda yang aku suka buat bila sorang2 dlm bilik adalah menskodeng blog orang-orang yang aku rasa dia hebat, mengYM or email akak2 suruh share something plus mengyoutube benda2 yang aku rasa best.Bestnya!!..Hobi lama dapt dibuat kembali ^_^.Tapi dlm masa yang sama kesian org2 yang aku kacau tu..he3
Kenapa la aku suka kacau akak2 tu? Kenapa aku suka baca blog2 orang lain sedangkan blog sendiri tak terurus? Hurm..Aku sebenarnya amat2 kagum dgn orang -orang disekeliling aku. Tak kisah la aku kenal mereka dimana. Mereka2 ini aku kadang-kadang rasa dyorng ni tak kenal apa itu futur(putus asa).Apa itu penat..Apa itu lelah. Macam tak da masa la nak layan2 perasaan mcm aku ni. Jelez pun ada, rendah diri pun ada, kadang semngt nak jd mcm dyorang pun ada. Memang identiti confius aku skrng ni.
'athi..mcm mana nak jadi PEKAT?'
Inilah soalan kawan aku sebentar td yang telah mengpush aku untuk menulis setelah sekian lama aku tak menulis. Erk..tergamam seketika pun ada td. Kelu lidah nak menjawab sebb aku pun amat2 lah cair dengan kepekatan 0.001 % ja.Apa yang dimaksudkan PEKAT oleh kawan aku ni adalah dari segi iman.Dan mcm mana nak hilangkan jahiliyah dalam diri. Dush..umpama dibaling buah durian ke muka.. Macm mana nak jd pekat? Aku juga sedang berusaha untuk itu sahabat..Seperti tak layak untuk menjawab persoalanmu..Jahiliyah juga seperti menari-nari disekelilingku. Namun, akan ku cuba untuk jawab. Ini yang aku dapat dari email akak2 dan recording yang pernah aku dgr. Mudah-mudahn dapt membantumu..
Analogi air sirap Jika kita hendak menyediakan air sirap misalnya,syaratnya, hnya blh tambah setitis cordial sirap pada satu masa.. Pada mulanya mungkin nampak seperti tak da beza.Sampaikan kita pun putus asa sebb air tu tak merah-merah. Namun, sedar atau tidak, bermula dengan setitis tu la akan menyumpang kepada banyk titis hingga akan membuatkan air putih tadi tu menjadi amat merah.Jenis-jenis sirap ni berbeza. Ada sirap yang mahal sikit, kepekatan dia tinggi. Jadi cepat la air tu nak jd merah. Kalau guna sirap yang murah sikit, kepekatan dia rendah, Jadi lambat sikit la untuk air tadi bertukar warna. Sama juga dgn manusia. Kapasiti kita berbeda. Ada yang lambat, dan ada yang cepat untuk berubah. Dalam erti kata lain, waktu dan cara untuk kita menjadi PEKAT tu berbeza...Yang penting usaha untuk memekatkan diri..^_^
'jadi, bila kita nak jadi seperti orng lain? Kalau kita mati sebelum kita jd baik mcm dyorng mcm mana?'
Kejamlah Allah kalau dia nak lihat banyk mana amal kita. Jadi, bagaimana dengan Saidatina Khadijah ,Apakah nasib keluarga yasir? Yang mana mereka ini hnya sempat mengucap dua kalimah syahadah sahaja..Begitu kejamkah Allah??
Tidak!!!..
Bismillahi RAHMAniRAHIM...Dengan nama Allah yang maha PEMURAH lg maha PENYAYANG..Allah itu pemurahnya pada semua makluk..dan sayangNya pada kita. Usah ditnya sejauh mana sayangnya Allah sedangkan kasih sayang mak ayah pun tak mampu kita nak balas. Allah tidak akan menilai sebanyak mana amal yang kita buat. Tapi Allah akan lihat, sejauh mana kita berusaha untuk berubah..
Kawan.. Mungkin kau rasa kau dah amat2 berusaha untuk menjadi yang terbaik. Namun, disebbkan panggilan jahiliyah amat kuat disekelilingmu..kadang kala kau jatuh kembali.Sesekali mungkin lelah menyapa diri..Tak mengapa. Bangunlah kawan! Allah sentiasa ada untukmu. Mintalah padanya kekuatan..dan insyallah aku ada disini untuk membantumu..Sama2 kita cuba menjadi yang terbaik. Sama2 mencuba untuk menjadi hurun ain..
Kadang kala, kita sering kali lupa. Untuk mendapatkan ilmu dan iman, kita terlalu bergantung pada berapa banyknya buku yang kita baca..Mengukur, sejauh mana kita tahu tentang agama. Namun, sedarlah..milik siapakah ilmu itu? Mintalah pada pemiliknya dan kemudian baru berusaha untuk mendapatkannya..Seirngkan langkahmu bagi keduanya, Insyallah engkau akan berjaya.. Islam itu agama untuk manusia..Fahamilah dgn hati..bukan sekadar teori..Engkau akan jadi seorng yang PEKAT itu di satu masa nanti..insyallah..^_^
Wahai qalbu..sedarkah engkau akan gerak hati. Wahai aqal..terfikirkah engkau akan apa yg bakal terjadi,
Andai ini merupakan Ramadhan yg terakhir kali, Buatmu sekujur jasad yg bakal berlalu pergi Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi, Pabila tiba saat tepat seperti yg dijanji illahi. Kematian adalah sesuatu yg pasti,
Andai kau tahu ni Ramadhan yg terakhir, tentu siangnya engkau sibuk berzikir, biarpun anak tekak kering kehausan air, Tentu engkau tidak akan jemu melagukan syair rindu,Mendayu..merayu..kepada-NYA tuhan yg satu,
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir, Tentu solatmu kau kerjakan di awl waktu, Solat yg dikerjai ..sungguh khusyuk lagi tawadhu', Tubuh,minda dan qalbu..bersatu memperhamba diri, Mengadap Rabbul Jalil...menangisi kecurangan janji,
" innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"[ sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku..kuserahkan hanya kepada Allah tuhan seru sekelian alam]
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir, Tidak akan kau persiakn walau sesaat yg berlalu, setiap masa xkan dipersia begitu saja, Di setiap kesempatan juga masa yg terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang..bakal kau syairkan,
Aidai kau tahu ini Ramadhan terakhir, Tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan , Berterawih, berqiamullail, bertahajjud, mengadu, merintih...meminta belas kasih,
" sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU, Tapi aku juga tidak sanggup untuk ke neraka mu"Oleh itu duhai illahi..kasihanilah daku hamba-MU ini.
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir, Tentu dirimu tak akan melupai mereka yg tersayang, Ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan, Kita buru..kita cari..suatu malam idaman yang lebih berkat dari seribu bulan.
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir, Tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir, Mempersiap diri..rohani dan jasmani, menanti-nanti jemputan izrail, Di kiri dan kanan..lorong-lorong redha Ar-RahmanDuhai illahi..
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti..paling berseri... Menerangi kegelapan hati-hati kamiMenyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang MU Ya Illahi. Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti,
Namun saudaraku... Tak akan ada manusia yg bakal mengetahui samaada Ramadhan ini merupakan yg terakhir kali, Hanya yg termampu bagi seorang hamba itu berusaha..bersedia..meminta belas-NYA ,
Suasana dingin malam ini..Hal ini membuatkan kenangan2 dizaman persekolahan seakan-akan menari-nari dikotak memoriku ini.
“Aku ingat nanti kalau tak lulus SPM aku nak kawin je la.”
Ni la ayat famous aku dan kawan2 bg menghilangkan rasa risau yg kian mengcengkam.Dan aku masih ingat lagi, habis je last papermasa SPM dulu which is paper biologi,jejak je kaki keluar dewan,sempat lagi aku mengomel dalam hati
“Ok, tak yah pikir dah.Tak lepas boleh kawin cepat!”
Ya Allah…bila fikir2 balik, lucu aku rasa.Dalam keadaan genting mcm tu, disaat semua orng tgh fikir nak enjoy coz dah habis exam or sesetengah yg tgh risau tak boleh perform well, boleh pulak aku fikir fasal kawin!..(melampau tak??..he3)
Melawak bab kawin ni kadang2 menghiburkan hati juga. Turun juga level stress masa tu. Walaupun masih dibangku sekolah, hajat untuk kawin aku rasa sudah ada dikalangan student especially for girl. Benda ni fitrah..ingin dikasihi dan mengasihi..
But..kawin tu apa sebenarnya? Kawin tu adakah sekadar ada seorang perempuan dan seorang lelaki?Selalu tido sorang2, tapi bila dah kawin, kat sebelah ada orang? Kawin itu wajib kerana cinta ka ? Tapi kenapa ramai yg bercerai sedangkan pada dasarnya rumah tangga itu dibina atas nama CINTA??
Sebagai senang untuk dibuat contoh, kisah2 artis yang dipaparkan di televisyen kita. Mula2 bercinta macam romeo n Juliet..tapi..tup2..cerai juga..kenapa hal ni berlaku??kenapa?..
Boleh dikatakan ayat skema or macam dah ada skrip untuk pasangan2 yg bercerai ni..
“Apa nak buat. Sudah tiada jodoh” Jawab artis A.
“Kami sudah tidak sehaluan lagi” Kata artis C kepada wartawan apabila ditanya tentang penceraiannya dengan isterinya.
“Sudah ketentuan Ilahi. Apa nak dibuat. Kita sebagai manusia tidak mampu melawan taqdir ilahi” Jawab artis K.
Hurm…mcm tu ek? Semuanya salah taqdir..?Kenapa tak balikkansebab penceraian tu juga berpunca atas kelemahan diri ?Bila sesuatu yang baik berlaku, kerap kali kita mendabik dada.Tapi, bila musibah menimpa, semuanya taqdir belaka. Adakah itu memang sikap kita? Pabila senang kita lupa pada Allah, bila dah dapat susah, baru nak ingt Dia..Kalau ingat tu bagus la juga. Tapi ada pulak yang meyalahkan Allah atas apa yang berlaku..nauzuillah..mudah-mudahan kita semua terhindar dari bersikap sedemikian..
Aku teringat satu kalamullah ni..
Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini). (an-Nisa’: 79)
Jadi, bagi sesiapa yg menyalahkan TAQDIR bg setiap musibah yg menimpa dirinya tu seolah-olah menyalahkan Allah..Seperti menyatakan Allah lah punca mereka bercerai. Kita mungkin menafikan hal ini di mulut, tapi bahasa hati, amat sukar difahami dan ditafsir..Kes ni sama mcm apa yg pernah Rasulullah S.A.W pesan kat kita dulu..
Daripada ‘Abdullah bin Abi Qatadah, daripada ayahnya (berkata) Baginda SAW bersabda “ Janganlah kamu mencaci masa, kerana sesungguhnya Allah SWT (pencipta) masa” (Hadith riwayat Ahmad Jilid 5 ms 2
99 dan perawinya adalah sahih)
Ok..dari hadith ni, Nabi melarang kita mencaci masa coz kita seolah-oleh turut mencaci penciptanya iaitu Allah..Begitu la juga kalau kita mengatakan urusan jodoh ni just qadha’ Allah ja tanpa mengaitkan kelemahan diri kta juga. Kita seolah-oleh membuat komen kepada penciptanya iaitu Allah..
Ok..tutup bab cerai ni..gerun pulak bila cita urusan cerai ni lama2. Kesemua kita berkawin bukan untuk bercerai..right??
Aku masih ingt lagi, jelas bermain difikiran ku apa yang pernah Ustaz Ridha n His wife kak Arfah(orng2 yg banyk menolong aku di Intec) pesan pada aku. Tak cukup secara lisan, juga ditulis didalam blog dia tentang apa yg aku soalkan. Cuma sekarang tah mengapa aku tak bolh buka link blog tu dah.Tapi aku akan kongsi sedikit sebanyak yang aku ingt dengan korang.
Formula memilih pasangan! =) ((boleh ke tajuk ni..??he3)
Mencari jodoh yang baik
Daripada Abu Hurairah secara marfu’ “Dinikahi wanita itu (kebiasaannya-pen) kerana hartanya atau keturunannya atau kecanti
kannya atau agamanya. Pilihlah yang beragama kamu akan beroleh keuntungan” ( Bukhari dan Muslim)
So,yg 1st sekali , kalau nak pilih jodoh biarlah yang berAGAMA.Err..kena cari budak sek agama juga ke nak dibuat calon or kena pilih yang ustaz or ustazah je?? Beragama kat sini bukan sekadar TAHU tapi juga MAMPU dan MAHU untuk beragama.Bila dah pilih jodoh @calon yg beragama..baru la blh g ke next step. Kalau tak, jgn salahkan TQADIR kalau jodoh tak lama..
2. Memudahkan urusan perkhawinan
Kalau dalam hal ini, kita khususkan dlm bab mahar..Walaupun mahar tu hak wanita, but maqasid perkahwinan pun kena la jaga. Sekarang ni kalu kita tgk MOSTLY(tak semua ek) parent@bakal pengantin perempuan meletakkan wang hantaran yg terlalu tinggi.30 ribu serba satu la..20 ribu la..adoii..botak kepala bakal pengantin lelaki nak cari duit. Mau pulak baru hbs belajar n masa belajar dulu tak menyempat nak simpan duit..alamatnye, kempunan anak teruna tu.masuk angin keluar asap le jawabnye..Sedangkan yang wajib cuma MAHAR bukan WANG HANTARAN…
Satu contoh pada zaman Nabi dulu, tak ingt full story.. Ada seorng sahabiah ni, dia terima seorng sahabat Nabi yang hanya memberikan hafazan Al Quransebagai mahar perkahwinan..subbhanallah!!..Bukan nak suruh tiru sebiji mcm tu, but..bersederhanalah..(ingtan untuk diri sendiri jugak..)kata nak kawin awal..so..sendiri mau ingt la kan..=)..
Ketaatan isteri kepada suami
Nabi SAW ditanya apakah ciri-ciri wanita solehah. Baginda SAW menjawab “Mereka ialah apabila kamu (suami) melihatnya menenangkan hati, mentaati permintaanmu dan tidak akan bertelagah denganmu tentang dirinya dan hartanya” (al-Mustadrak ‘ala as-Sohihain Lil Hakim Jilid 2 ms 452 hadith No. 2682)
Menjaga pandangan sebelum perkhawinan
Kat sini maksudnya bukannya tak boleh tgk langsungcalon isteri or suami. Islam tak mengajar kita tundukkan pandangan sampai jalan boleh langgar tiang.
Baginda SAW bersabda “Pergilah kamu melihatnya kerana itu adalah baik untuk kalian berdua. (Sebelum perkahwinan) (al-Mustadrak ‘ala as-Sohihain Lil Hakim Jilid 6 ms 303 hadith No. 2646).
So kat sini, bagi pasangan yang belum berkahwin, digalakkan untuk MELIHAT pasangannya dulu sebelum bernikah..Pilih la yg sedap mata memandang. Yang boleh dijadikan penenang hati ketika resah, pengubat jiwa ketika bermasalah..But, bukannya suruh berkepit 24 jam! (ingatan untuk diri ini!!)..
“tapi, kalau tak jumpa or tak msj,mcm mana nak kenal hati budi”
Erm..kalau kita tgk la kan, berapa ramai yg dah kenal hati budi, but at the end tetap bercerai..Dimana salahnya??
Kesimpulan yg dapat dibuat is..
Mencari jodoh yang soleh/ah + Mudahkan perkahwinan + mentaati suami (menyayangi pasangan) + jaga pandangan = JODOH KEKAL insyaallah.
Actualy bnyk lagi perkara yg perlu diambil peduli. Ada juga permulaannya sudah baik..dia menjaga diri, memilih calon yg soleh/ah but still bad ending..knp?? Aku tak arif dlm hal ni..sedangkan aku sendiri masih belum merasai alam rumah tangga. Apa yang aku tulis adalah ilham dari Allah.Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu berasal dari kelemahan aku sendiri…
Cuma..diz is just my opinion..perkhawinan itu adalah antara manusia dan manusia. Jasad yang mempunya hati dan perasaan. Bukannya robot yang meneruskan kehidupan. Perkhawinan itu adalah atas dasar tanggungg jawab, kasih saying dan pengorbanan.. Tiada salah satu daripada elemen ini, senang la rumah tangga digoyah arus dan badai ujian..
Aku doakan kita semua memperoleh pasangan yang soleh/ah,penyejuk mata , penawar duka..serta dikurniakan zuriat yang soleh/ah..amen…
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orng yg bertakwa”
Al-Furqan(74)
Ni salah satu doa yg famous masa zaman sekolah dulu.Doa ni ustaz selalu suruh baca tiap kali solat..katanya..insyaallah beroleh jodoh yang baik..Apa lagi, tak salah kan kita berusaha..mudah-mudahan dengan usaha kita yang kecil ni untuk mendapat jodoh yang baik akan mendapat keredhoan Allah..=)
Maafkan aku bercoloteh panjang. Mungkin melepaskan gian setelah lama tak menulis..Serta menengkan diri yang tgh kusut.Ini hny perkongsian peribadi..peringatan buat diri sendiri..kuharap bermanfaat buat kalian..
Aku mengimpikan untuk menjadi yang halal bagi seseorang.Seseorng yang aku tak tahu siapa.Seseorang yang aku tak berani mengimpikan wajahnya. Kerna aku takut..aku takut dikecewakan lagi dengan cinta manusia..Cinta yang tiada pastinya.Cinta yang memakan jiwa..aku tak layak mendambakan seornang putera agama kerana aku bukan bidadari syurnia…Cukuplah sekadar dia mampu menerima aku seadanya..
Ku doakan kalian bahagia..ku yakin erti hidup ini pada memberi..Insyaallah, Allah akan menjawab segala doa kita nanti…Dia tak mungkin membiarakn selamanya air mata ini megalir dihati, menyirami pipi dan jatuh kebumi..
Aku adalah hamba Allah yang datang dari lumpur..Dengan belas dan ikhsannya..aku diberi nikmat untuk sedar apa itu islam..Dalam perjalanan aku menuju Tuhan..ku ingin sekali perjalananku ditemani kalian, sosok-sosok luar biasa sebagai teman..