Showing posts with label Fikir-fikir. Show all posts
Showing posts with label Fikir-fikir. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

Binalah Cinta Dengan Iman, Bukan Dengan kegedikanedik

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Bila kita membicarakan tentang cinta, ramai orang terkepung dalam persepsi yang salah, iaitu hanya berlegar di sekitar alam remaja ataupun alam sewaktu mula-mula mengenal cinta semata-mata. Hidangan cinta dengan wajah yang tidak tepat di dada filem dan novel memburukkan lagi persepsi salah tentang cinta tersebut. Kemudian muncul pula segolongan manusia yang mahu mewajahkan cinta dengan lebih ‘islamik’ namun malangnya mereka tidak lebih sekadar menambah perkataan ‘islam’ di hujung setiap aksi songsang yang dipamerkan.
Terkepung dengan persepsi yang salah tentang cinta sebenarnya memberi kesan yang cukup buruk kepada tumbesaran seorang pemuda ( dan pemudi ). Mereka membesar dengan menganggap itulah cinta. Walhal cinta yang mereka kenali sebelum itu boleh jadi adalah hawa nafsu, boleh jadi adalah lakonan membuai perasaan, dan boleh jadi aksi-aksi monyet yang jauh dari nilai kematangan.
Sesungguhnya seseorang itu tidak mungkin akan mengenal dan menjiwai sebuah cinta, melainkan apabila mereka mampu keluar dari persepsi yang salah tentang cinta lalu beralih kepada sebuah persepsi yang benar tentang cinta.
Benar, ertinya pada takrifan syarak. Bukan akal fikiran kita semata-mata.

FANTASI BERPELANGI
” i bila kahwin dengan Azman nanti, i akan jadi princess dalam hidup dia. i akan masak sedap-sedap untuk dia tiap-tiap hari. wah..tak sabarnye i..!! “
Begitu seronok seorang anak gadis bercerita tentang impian hidupnya. Tentang buah hatinya. Tentang cinta yang ingin dibina. Tetapi apa yang sedang dilalui ketika itu hanyalah keluar bersama setiap minggu, bergayut di telefon setiap hari dan bertukar-tukar hadiah di harijadi. Tidak lebih daripada itu.
Merancang untuk berkahwin sebagai kemuncak perhubungan adalah suatu yang baik.
Cuma perlu diingatkan juga, supaya tidak terus tenggelam dalam fantasia berpelangi indah cuma. Sehingga gagal mengenal hakikat cinta dan rumahtangga yang sebenar.
” Apa masalahnya? kitorang ok je. tak ada gaduh-gaduh. tiap kali jumpa mesti kitorang rasa cinta kitorang bertambah. so kalau kitorang kahwin pun mesti ok je “
Memang betul tidak ada masalah.
Sebab anda dan dia berjumpa bukan setiap hari. Anda dan dia tidak tinggal sebumbung. Anda berjumpa ketika anda sedang cun, cantik, wangi dan dia juga sedang macho bergaya. Anda berjumpa tika anda mampu mengukirkan senyuman paling indah menawan dan dia pula ketika sedang tenang dan control macho.

HAKIKATNYA
Analoginya samalah seperti anak-anak yang tinggal di asrama.
Bila pulang ke rumah sekali sekala, mak dan ayah bukan main gembira. Cakap saja apa yang anak-anak hendak, pasti ditunaikan. Anak nak makan itu, mak masakkan. Anak nak baju itu, ayah belikan. Hari-hari memang ceria dan seronok.
Tetapi masuk minggu kedua, ketiga dan seterusnya, keadaan berubah. Tiba-tiba ada pula yang tidak kena, bermasam muka, bergaduh dan sebagainya. Mak ayah yang awalnya memandang dengan pandangan yang menyejukkan mata, tiba-tiba pandangan berubah bagai merimaskan mata.
Itu lumrah yang biasa berlaku dalam keluarga, terutama jika anak-anak bercuti lama. Ada sahaja isu yang akan timbul.
Nah, rumahtangga juga begitu.
Cinta yang dibina seawal lafaz sakinah memang indah dan mengasyikkan. Tetapi perlu diingat, ia akan disambung dengan Mawaddah dan Rahmah. Kurang salah satu bererti musnahlah sebuah cinta.
Jika dipertontonkan babak sepasang suami isteri yang baru berkahwin, di mana si isteri menghidang makanan dan si suami menyuap dengan penuh selera seraya memuji-muji keenakan masakan isteri, siapa yang tidak akan rasa teruja. Terutama anak-anak muda yang belum berkahwin. Mulalah letak lengan di dahi setiap kali berbaring untuk tidur dan berangan hingga ke pagi.
Yang indah itu jika diimpi tidak menjadi masalah. Tapi kena ingat, babak itu tidak berlaku setiap hari. Bahkan boleh jadi tidak mungkin berlaku pun di awal perkahwinan.
Bagi pasangan muda contohnya, bukan mudah untuk seorang suami merasa benar-benar enak dengan air tangan isteri. Kalau isteri pandai memasak sekalipun, belum tentu kena dengan selera suami. Itu ok lagi, pandai memasak. Bagaimana pula kalau tidak pandai memasak? Resepi yang diminta dengan orang lain atau di’google’ belum tentu menjadi dengan sekali dua percubaan. Semuanya perlukan masa.
Babak romantik seorang suami dan isteri yang sedang menonton televisyen dengan gurau senda pula pastinya menjadikan sebahagian besar anak muda terbang ke dunia anganan penuh berwarna. Mengimpi-impi hingga ke subuh hari.
Tapi kena ingat, babak itu pun tidak berlaku setiap hari, bahkan untuk berlaku jarang-jarang sekali pun sukar. Jadual kerja mungkin tidak sama. Balik kerja mungkin kepenatan. Lelaki biasanya tidak suka diganggu apabila penat. Dia mahu berehat dengan aman sambil menonton atau membaca. Isteri pula, waktu itulah waktu yang suami ada. Dia mahu berbicara. Dibuka topik itu dan ini, yang kadang-kadang dia terlupa sehingga terbuka topik berbentuk permasalahan yang mengakibatkan suami tertekan. Kemudian apabila masing-masing merasa tidak difahami dan tidak dihargai, mulalah menarik muka masam. Seterusnya menjadi dingin dan hambar.
Tika itu hanya IMAN yang mampu berbicara. Imanlah yang melahirkan kesabaran. Mencetus ketenangan.
Gedik-gedik sudah tiada.

SAKINAH, MAWADDAH DAN RAHMAH

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. [ Ar-Ruum : 21 ]
Saya teringat ketika talk rumahtangga bersama Dr Harlina Siraj lebih kurang empat tahun lepas. Beliau menghuraikan tentang tiga elemen tersebut dengan cantik sekali. Katanya Sakinah berlaku diperingkat awal sebagai suatu perkara yang dijanjikan oleh Allah dalam rumahtangga.
Mawaddah pula lebih berbentuk keseronokan biologi. Bersumber dari kecantikan, keindahan, keromantikan dan sebagainya. Termasuklah juga rasa ingin dipeluk, dicium, dibelai, dimanja, hubungan seksual dan sebagainya.
Ramai orang memburu rumahtangga dan ingin mendapatkan orang yang mereka cinta dek kerana aspek Mawaddah tersebut. Ketika membuak-buak rasa kasih, cinta dan suka. Ketika kedua-duanya sedang berada di puncak asmara.
Hinggakan mereka terlupa tentang aspek Rahmah.
Kata beliau, Rahmah itulah yang kekal hingga ke hujung usia. Tika isteri tidak lagi cantik, badan mula kehilangan bentuk, senyum tidak lagi seksi menawan, waktu itu jika hanya mahukan Mawaddah semata-mata, maka musibahlah sebuah rumahtangga. Lalu terjadilah kisah-kisah kecurangan lelaki berusia dengan gadis-gadis muda. Memburu cinta dan keseronokan hingga terlupa tentang usia.
Namun rumahtangga yang wujud padanya Rahmah, menjadikan suami dan isteri tersebut kekal menguntum cinta. Walaupun hubungan badan tidak lagi ada, namun rasa cinta, kasih dan sayang tidak berakhir semata-mata kerana itu sahaja. Ini kerana mereka mengenal hakikat cinta, bukan gedik atau mabuk asmara semata-mata.
Lalu Rahmah itulah yang menjadikan mereka tetap tolong menolong, berbual bersama, makan bersama, sakit juga bersama-sama. Oh ya, babak awal dalam filem UP menggambarkan apa yang saya tuliskan ini. Cukup menarik dan bermakna.

BIARLAH DENGAN IMAN, BUKAN GEDIK
Saya sebutkan sisi yang mungkin jarang disebut, difikir atau dipertimbangkan secara mendalam, bukan kerana mahu mengurangkan keseronokan pasangan yang mahu mendirikan rumahtangga. Tidak sama sekali.
Sebaliknya saya mahu menegur si gedik yang melihat rumahtangga dari kacamata kegedikan semata-mata.
Apa bezanya dengan iman dan gedik?
Besar bezanya.
Kalau dengan gedik, cinta mereka hanya hidup sekali sekala.
Tetapi dengan IMAN, cinta mereka hidup sepanjang masa.
Asal cinta dari keimanan akan membawa sesuatu pasangan berinspirasikan ayat Allah dalam surah Ar-Rum di atas.
Namun jika asal cinta dari kegedikan, yang mereka inspirasikan adalah babak-babak mengasyikkan dalam novel dan filem sahaja.
Ingatlah, apa yang difikirkan tentang cinta, jika hanya berbentuk indah semata-mata, maka itu jelas sekali bukan cinta. Itu hanya fantasi dan untuk seronok-seronok semata-mata. Jika anda hanya ada itu, fikirkan dan pertimbangkan semula untuk mendirikan rumahtangga jika anda masih muda.
Tiliklah cinta dari kacamata pasangan yang sudah berusia.
Sebab itu, jika anda anak gadis terutamanya, ambillah peluang untuk bergaul dengan makcik-makcik atau nenek-nenek ketika anda berkesempatan bersama mereka di kampung, umpamanya. Jangan tika pulang ke kampung, anda dengan telefon bimbit sepanjang masa bermesej dan bergayut dengan pakwe. Turunlah ke dapur, duduk dengan orang-orang berusia. Mereka ada banyak nasihat berguna untuk anda mengenal cinta.
Yang penting, biarlah rasa cinta anda dilapik dengan keimanan.
Hendak tahu cinta ada gedik atau tidak?
Mudah sahaja – jika anda merasakan urusan cinta anda itu tidak ada kaitan langsung dengan perkataan IMAN.
 p/s: hak asal - Myilham.com


Friday, August 24, 2012

Stop!!!!!!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Found 1 gempak article yg tersentap di hati, terasa hingga lubuk sanubari. Just sharing from the one who like to share..
................................................................................................................................................................

Nowadays, there is a trend on Facebook/Twitter/blog/tumblr where people would talk about marriage; demanding a great, soleh husband/wife to enter the Jannah together and so on.
Looking at a positive side, I can't deny that it is good for us to have a perspective that a relationship between a man and a woman is a thousand way better with marriage - as all of us (Muslims) get the fact that marriage has more barakah and is a halal way to express love.
Furthermore, a successful marriage is a door to Jannah. I find that it is beautiful when it is said that if a woman is a man's key to paradise (by helping him to fulfill his deen with her through marriage and being an obedient wife), so, a man is a woman's door to Jannah. The key that opens the door - a husband and a wife need each other's help to get there, masya-Allah.
The Prophet Muhammad SAW said: ''The most perfect believer in faith is the one whose character is finest and who is kindest to his wife.'' (Tirmidhi and Nasa'i)
As a Muslim woman, I also want a great man to marry me - the man who lowers his gaze so that I become the only woman he sees, the man who preserved his heart for me, the man whose love will make me stronger - a gift from Allah, insya-Allah. Surely, I want him to encourage me to be closer to Allah in our baitul muslim; baitul dakwah.
But sisters, do you think that a prince of deen will marry you while you just sit in front of your laptop, busy updating your status about marrying a righteous man or sharing almost all of Irma Hasmie's marriage photos and saying how lucky she is to become a wife of a great man? Will a prince of deen look for you just because of your splendid poem about marriage, your 'surat-buat-calon-suami' entries or your 'menanti-bakal-imamku-dunia-akhirat' status? No.
And why do you focus on finding a righteous man (a prince of deen) only? Stop it. Don't let your imagination ruin yourself. There are many doors of Jannah so there are many ways to enter them. Don't just focus on one way (marriage). Be a righteous person first, prepare yourself. Devote yourself to Allah and when you stop searching for a prince and make Allah the King of your heart, He will help you to complete your fairy tale.
"I tell the boys and girls; Allah has already written the name of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah. He will send him/her to you when you're ready. It is only a matter of time." - Sheikh Mamdouh
For ladies, remember this - don't worry if you haven't found your life partner. Be a righteous woman not just because you want to marry a righteous man. Marry a righteous man not just because you want him to go with you to Jannah. You can attain Jannah with or without marriage. Now is the time for you be the one that can lead yourself there.
Take Maryam RA as an example. She never did get married but was still a righteous woman in the eye of Allah SWT. He says:
"And (the example of) Mary, the daughter of 'Imran, who guarded her chastity, so we blew into (her garment) through Our Angel, and she believed in the words of her Lord and His scriptures and was the devoutly obedient."
(Surah at-Tahrim, verse 12)
Pray and make du'a for the best, not just for life in dunya but also for hereafter. Ask Allah to forgive our sins, our parents' sins, our family's, teachers' and friends'. Don't forget to make du'a for our brothers and sisters in Palestine, Iraq, Syria, Afghanistan and Burma after every prayer.
And ask Allah to help ourselves to be among the righteous men.

-end-

Tuesday, July 31, 2012

"Bügün Allah'icin ne yaptin''

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Pagi ni , on9 ja fb aku terjumpa qoute ni..


"Bügün Allah'icin ne yaptin''


-HARI INI, UNTUK ALLAH, APA YANG TELAH KAMU BUAT?-


Hurm...


Master Chef Sabri kata, dia berjuang untuk mengHalalkan dapur-dapur hotel yang hakikatnya banyak dikunjungi oleh Muslim. Demikian juga Pocketrecketman, pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang berusaha untuk membolehkan pakaian yang lebih sempurna bagi Muslim, boleh dipakai di trek.

Apabila semua orang usaha mahu membawa agamanya ke bidang masing-masing, macam-macam benda istimewa berlaku dan mendatangkan manfaat kepada umat- qoute (asma suardi).



Alaaeldin Abouelkassem (Olympic silver medalist)  reminds us to THANK ALLAH in times of Victory and Defeat

 Setiap dari kita pasti akan ada posisi masing2 di dunia ini. Tidak kira siapa kita dan di mana jua kita berada. Just keep tryng to find best part of us and try to contribute to Ummah.. Tak perlu sesuatu yg besar dah gah sampai menjadi qoute kepada org ramai. Cukuplah amalan itu di menjadi perbualan malaikat dan di sukai Allah =). 

p/s: mcm cerita Uwais al qarni ^_^

Kadang-kadang kita selalu tak suka buat benda kecik dan org tak nampak ni. Even tolong kutip sampah lps moreh pun adalah sesuatu yg besar sebenarnya jika ia dibuat untuk Allah. T_T

Mak naqibah aku pernah pesan dulu

' Dalam nak buat sesuatu, think priority to umat dulu. Kalau menjadi guru nanti, guru yang macam mana kita nak jad, kalau jadi doktor, adakah sekadar pergi kerja, cukup bulan tunggu gaji? Think!, Allah bukan bagi akal untuk suka suki. Dia suruh gunakan untuk kumpul saham ke syurga nanti. 

Kita nak ke syurga bukan sorang2 kan. Amat ruginya kita kalau berada di suatu tempat tu, tak da seorng pun yg ingt Allah di sebbkan kita. Kalau kita dah cuba tak apa. Seperti NAbi Nuh A.S yg mencuba siang dan malam hingga kisahnya Allah khaskan dalam satu surah bagi menceritakan dia punya pengorbanan..NAmun kita? Siang kita untuk siapa dan malam kita untuk siapa? '

- diubah suai sedikit  dalam bahasa sendiri- 

Aku tahu, benda mcm ni bukan senang. Apatah lagi pabila ikhlas tu menjadi syarat di terima amalan. Namun, andai kita tekad dan cekal dan yakin kita akan pulang kepada Tuhan,  nescaya mencuba menjadi yang terbaik, memberikan yg terbaik untuk Allah itu menjadi kegilaan.

Keep trying, n keep fightin. And dont forget, keep doa'ing

Andai Allah menjadi kegilaan, nescaya dunia tanpa sempadan 




Doa tanda cinta

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


'' ... رَبِّ أَوۡزِعۡنِىٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٲلِدَىَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَـٰلِحً۬ا تَرۡضَٮٰهُ وَأَصۡلِحۡ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓ‌ۖ إِنِّى تُبۡتُ إِلَيۡكَ وَإِنِّى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ  ''


( 46 : 15 )


~ Ya Tuhanku, berilah aku pertunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua org tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redoi, dan berikanlah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh aku bertaubat kepada Engkau dan sungguh aku termasuk orang muslim~


Bulan ini aku terlintas lagi kepada ayat ini..Salah satu ayat favret  aku yang mengandungi doa yang amat aku harap dimakbulkan.. Doa yang menumbuhkan rasa cinta aku kepada kedua org tua ku dan lebih2 lagi kepada permata hati ku yang mana aku belum berezeki  lagi untuk aku bertemu mereka..


ANAK..


Siapa yang tidak mahukan anak? Aku rasa ,99.99% dari kalangan wanita amat menantikan kehadiran permata hati dalam kehidupan mereka. Dan aku salah seorng daripadanya. Walaupun aku belum benar2 tahu siapa  'pakcik ' yang akan Allah hantr untuk menjadi imam dalam keluargaku kelak, namun rindu dan doaku amat membuak2 kepada bakal anak2ku. Bahkan melebihi rindu dan excitednya aku untuk bertemu dengan bakal zaujku.=) 


~Nak sngt anak soleh! ~ =)

Pengorbanan yang baru ku fahami

Sekarang ni barulah aku nak faham sikit bagaimana rasa cinta seorang ibu kepada anaknya... Barulah setiap benda make sense kat  aku yang mana dahulunya aku hairan, macam mana la mak aku mcm  supersaiya  ja aku rasa.  Ke hulu ke hilir buat keja rumah. Sanggup tido 2 tiga jam je semalam, selebih dari waktu miliknya diserahkan kepada keluarga. Dan sekarang ni baru lah aku fhm mcm mana seorng ayah itu sanggup keluar cari pelbagai kerja untuk penuhkan kehendak putera puteri dia walaupun kalau nak kira penat tu tak tau nak ngadu kat sapa, melainkan Allah yang Maha Esa..

Dan sekarang ini, bila mana Allah hadirkan rasa cinta kepada putera puteri aku yang tak tahu aku berezi memiliki mereka atau tidak, Allah.. Perasaan bersalah kepada kedua org tua aku tu tak tau nak campak mana. Betapa selama ini blh di hitung benda2 yang aku rasa buat depa rasa senang, nak dibandingkan dengan perangai yang menyusahkan..amat2 tak terhitung.. T_T

Namun, alhamdulillah, saat aku menulis ini aku masih bernyawa. Walaupun tak tahu sampai bila, namun, Alhamdulillah Allah telah mencampakkan sedikit kesedaran di hati aku untuk berjasa kepada mereka. Dan pada saat aku menulis ini juga, aku masih belum berkahwin, alhamdulillah Allah masih memberi aku waktu untuk cuba baiki diri, mendekatkan diri pada Allah, agar suatu hari nanti, aku tidak menzalimi insan2 yang aku cintai.. 

Moga-moga aku menjadi seseorng yang bermanfaat untuk orang yang akan aku berdamping dengannya.. 

Ameen ya rabb..

notahati :- Bersabarlah.. kerana sesuatu yang indah itu datang dari sebuah kesabaran...

p/s: "2nd phase of ramadhan!. Keep trying!!


~Kerna syurga itu indah, jalan menujunya juga susah..~











Monday, June 25, 2012

Simple yet REWARDED !

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


How, we always take things for granted...


Small Things Matter,

We say a simple Salaam to anyone, we’re rewarded..

We smile at someone, we’re rewarded..

We treat someone with kindness, we’re rewarded..

We pray in Masjid with Jamu’ah, we are rewarded 27 times more than those who pray alone..

We begin anything with Bismillah, that action of us is rewarded..

We end our activities with Alhamdulillah, we’re also rewarded..

We think of doing a good deed, we’re rewarded..

We control our temper, we’re rewarded..

We eat and drink with our right hand, we’re rewarded



We pray for forgiveness and health for our fellow Muslims, we’re rewarded..

We forgive, we’re rewarded..

We think positive towards Allah and other people, we’re rewarded..

We keep our promises, we’re rewarded..

We seek knowledge for the benefit of others, we’re rewarded..

We share knowledge to others in need, we’re rewarded..

We walk towards the Jumu’ah prayer, our each step is very greatly rewarded..

We take wudhu’, we are rewarded..

We treat our mothers and fathers with humbleness, kindness and respect, we’re greatly greatly rewarded..

We bring Allah to remembrance, we’re rewarded..

So why do we withhold our reward ? 

Friday, January 27, 2012

Istiqamah itu tandanya setia..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Alhamdulillah..Allah yang Maha Pengasih..Yang mana Dia tidak akan membiarkan walaupun satu doa hamba-hambaNya tidak terjawab..Allah tidak pernah jemu menunjukkan kasih sayangNya pada kita. Dia tidak pernah jemu memujuk kita dengan caraNya yang tersendiri. Amat berseni..Amat halus..Penuh cinta dan kasih sayang. Begitu berterusannya Allah dalam meneliti setiap satu dari hambaNya..Begitu setianya Allah kepada kita..Tidak pernah Dia tinggalkan kita walaupun sesaat.

Namun kita, lain pula senarionya. Setiap satu arahan dan perintahnya kita ingkari. Kita tidak pernah jemu meraih dosa. Tidak pernah jemu menempah tiket ke neraka..Amat rakus..Amat lupa diri..Hati kering tanpa cintaNya..Jauh lagi untuk setia padaNya. Mujurlah Allah itu penilaianNya bukan seperti manusia. Jika tidak, nescaya sudah lama bumi ini dihancur-hancurkan atas sebb dosa dan keingkaran kita..

***********************

Sebelum ini aku selalu mendengar perkataan 'istiqamah'. Tetap, berterusan, konsisten dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Namun, pada hari ini Allah menyedarkan aku bahawa istiqamah itu tandanya setia. Setia pada Allah yang Esa. Tetap sabar dan berterusan dalam mentaati perintahNya dan Sabar dalam meninggal setiap laranganNya.

Aku cinta dia

Aku mencintainya. Setiap hari, aku akan cuba untuk melakukan yang terbaik untuknya. Sediakan keperluannya semampuku. Menenagkan hatinya dan cuba sedaya upaya untuk membuat dia gembira walaupun dalam hatiku penuh lautan hiba. Kerna cinta,segalanya sanggupku korbankan. Masaku, tenagaku,dan hatiku. Tidak pernah wujud perasaan jemu pabila bersamanya. Tidak ada secalit bosan pabila melakukan sesuatu untuknya walaupun berulang kali pada perkara yang sama. Ini semua ku lakukan kerna cintaku padanya...

Aku Cinta DIA

Hari demi hari ku gagahi untuk menghambakan diri padaNya. Setiap perintanya ku rasakan amat berat. Kadang kala wujud rasa bosan d hatiku untuk menuruti perintahNya.Aku menjadi amat berkira jika perlu peruntukkan waktu untukNya. Bertambah berat jika diminta untuk korban harta atau jiwa. Namun ku katakan ku cinta..Tapi kenapa cinta ini amat kering dan menyiksakan jiwa?


Hurm..Dua fenomena cinta..Yang sekali pandang seperti sama. Tapi intinya amat berbeza. Untuk mencintai menusia, amat mudah. Kerna manusia itu kelihatan jasadnya. wujud lahirnya. Tapi mengapa untuk mencintai pemilik cinta itu amat susah dan merana? Adakah kerna kurangnya keyakinan kita padaNya atau adakah kerna hati ini sudah mati, telinga ini sudah tuli hingga tidak dapat merasa wujudnya Dia??

Aku yakin..setiap dari kita mempunyai cinta kepada Tuhan yang Maha Esa..Terpahat kukud di dalam dada. Namun, jika di besarkan cinta kepada makluknya melebihi cinta kepadaNya..CINTA itu akan mengecil dan terpinggir dan digantikan dgn cinta yang sementara. Oleh itu, salah satu perkara yang mampu kita lakukan untuk menyuburkan cinta kepadaNya adalah dengan terus menerus mengingati Dia. Tidak kira di mana jua kita berada. Sewaktu berjalan, duduk bahkan baring sekalipun, latihlah diri untuk sentiasa meletakkan Dia d hati kita. Aku tahu ianya sukar..Namun itulah cinta..Cinta yang besar perlukan pengorbanan yang lebih besar.

Istiqamahlah dalam mencintai Dia..kerna istiqamah itu tandanya setia..Dan setia itu hasil dari cinta. Insyallah.. jika kita cuba untuk istiqamah dalam sekecil2 perkara kerana Dia..nescaya akan Dia bukakan jalan, mudahkan laluan serta limpahkan kekuatan untuk kita istiqamah pada hal2 yang lebih besar pula..

Allahua'lam..

p/s: Jom setia padaNya! ^_^

Monday, January 23, 2012

Fitnah Petunjuk Istiqarah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

“Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?”

Sepucuk emel dihantar kepada saya.

Beristighfar dan mengurut dada.

Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi.

Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam.

Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu?

MEMBELAKANGKAN ILMU

Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?

Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.

Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.

Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:

“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”

Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.

Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.

Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:

Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:

Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).

Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.

ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH

Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.

Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”

Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.

Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.

Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.

Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.

Berhentilah mencari mimpi.

Berhentilah menunggu petanda.

Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).

Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.

Ia mungkin mainan Syaitan.

“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]

KESIMPULAN

  1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
  2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.
  3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.
  4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
  5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
  6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
  7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
  8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
  9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.
  10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.
  11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
  12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
  13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
  14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
  15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.
~Jazakallah khair atas perkongsian Abu Saif~