Thursday, June 21, 2012

Kau memang ada Agenda!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Alhamdulillah, semalam kuliah rabu malam yg second last sebelum para graduan2 warwick pulang ke Malaysia. Apa yg kami bincngkan adalah plan dakwah yg blh d buat sebelum pulang ke Malaysia. Ada beberapa cabang :
1. Dakwah kepada ibubapa dan org tua di kampung
2. Family- anak buah, sepupu sepapat
3. Kejiranan
4. Sekolah (sebb memang focus untuk cikgu2 pun semalam)
5. Rakan sebaya


Nampak mcm simple tp amattttttttt berat aku rasa. Tapi kalau tak mula sikit2, takkan jadi apa2. Banyk yg yg aku dpt dari idea2 kreative semua org. Mind set pulang dgn 1001 agenda. Semuanya objek dakwah. Setiap tindakan yg di buat harus di fikir semasak-masaknya, contohnya pilihan rumah dan lain2. 


Allahu a'lam, moga Allah hadirkan harun untuk membantu. 


Andai org kata buat baik ni mesti ada agenda , katakan ya! kerna agenda kita nak ke syurga bersama! 





Sunday, June 17, 2012

Kunci hilang!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dah hampir seminggu kunci bilik aku hilang tanpa dikesan, puas dicari ke hulu ke hilir. Hikmahnya habis semua tempt aku bersihkan, dari dapur, toilet dan bilik aku. Semuanya aku dah packing untuk shipping. Ni gara-gara nak cari kunci. Kalau bukan utuk cari kunci, aku rasa momentum mengemas untuk balik mesia tak la sepantas ni. Alhamdulillah! ^_^

Bila kunci hilang, aku agak lost dan sentiasa dlm keadaan yang kurang enak andai terpaksa keluar dari bilik. Jika perlu keluar, pasti akan segera aku selesaikan urusan untuk cepat2 pulang. Bimbang bilik yang di tinggalkan begitu saja. Rasa amat lost dan tercari-cari..

Namun rasa kehilangan kunci itu tidaklah seperit jika hendak d bandingkan rasa hilangnya Allah dalam hatiku  saat ini..Rasa lost dan insecure itu amt menyeksakan..Puas aku cari ke hulu kehilir dimana hilangnya, namun aku masih tidak berjumpa.

Mencari kunci cinta Illahi... 

Rasa ini tidak mungkin akan dapat di mengerti oleh mereka-mereka di sekeliling. Tindakan yang aku perbuat kadangkala tidak menggambarkan apa yang aku rasa. Namun aku yakin Allah itu Maha Kuasa, Dia mengetahui segalanya..Dan Dia tidak akan membiarkan hujan ini berpanjangan..

p/s: moga aku jumpa kunci bilik aku..tak nak bayar $30..T_T

Thursday, June 14, 2012

Awak, Ehsan!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Suasana malam ni dingin-dingin mata air. Hujan yang turun ala2 hujan d kawasan tropika, lebat dan berat. Menghabiskan sisa hidup di Uk sementara menunggu saat pulang ke Malaysia amat2 hectic. Banyk benda yg perlu di uruskan. Penat dan penuh keserabutan..


Dalam suasana kelam kabut ini, bnyk benda yg aku miss sngt saat masih dalam waktu belajar. Dulu, ada masa untuk dgr recording, baca buku walau sehelai dua, dan lebih bnyk masa dgn Pencipta. Walaupun rasanya mcm dah amat 'sibuk' dgn study n assigmnt. N Orang kata bila dah hbs exam nanti akan free. Dan aku pun mula la menyulam mimpi apa yang akan dibuat setelah semua ini selesai. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Adakah aku merakan lebih lapang setelah tamat semuanya?? NOPE!!!.. I dont think so..Rasanya lg bnyk benda yg tiba2 kena buat (kononnya). Buku2 fikrah mungkin dah berhabuk tidak dibuka, Dan makin banyk hak2 manusia yang tidak tertunai..Astafirullah..T_T


Vertical Vs Horizontal


Bila berckp soal vertical dan horizontal ni, keduanya saling melengkapi, Graph tidak akan d namakan graph andai tidak ada salah satu paksi. Begitu juga jika d kaitkan dgn kehidupan manusiawi. Tanpa dua hubungan ini, manusia itu 'mati'. Hubungan vertical adalah bila mana kita menjadikan yang Maha Kuasa sebagai paksi dan hubungan horizontal adalah pabila hubungan sesama manusia menjadi kendiri. Namun, andai kedua hubungan ini tidak berjalan sejajarnya, hidup umpama tidak dilengkapi, umpama makanan tanpa seri aji. 


Andai dulu boleh mencukupkan masa untuk semua benda, Namun mengapa skrng tidak? Knp dulu begitu taqwa dan berhati-hati namun skrng buat benda ikut rasa hati. Kemana penilaian illah? Kemana hilangnya jati diri?


Awak, ehsan!!!


 Yup, itulah key point yg aku rasa tertemplak dgnnya. Ehsan, melakukan sesuatu benda itu umpama kita melihat Allah, ataupun andai tidak mampu , yakinlah Allah sentiasa melihat kita. Reflex untuk diri aku terutamanya, bilamana aku cuba memperbaiki hubungan kedua hala ini, untuk siapa? dan untuk apa? Kenapa pabila ada masalah pada salah satu hubungan atau keduanya, aku terlalu cepat melatah. 


Sit n Think!


Aku amat2 perlu duduk dan muhasabah kembali apa yg aku perbuat detik demi detik kehidupan aku yg tersisa ini. Satu benda yg aku belajar dan yakin, tak ada istilah terlambat to plan back. Biar lah salah di permulaan, atau d tengahnya, namun, selagi mana tidak ketemu hujung, masih ada jalan untuk baikinya..


Allah, ini baru di beri teaser realiti sebenr kehidupan manusia, Sebelum aku menjejkkan kaki ke malaysia..Entah aku akan survive atau tidak dalam mengemudi di lautan reality dunia sana... 


Allahua'lam

Wednesday, May 30, 2012

Dakapan Cinta

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Bunga-bunga pelbagai warna tumbuh melata di sini sana. Angin sayup-sayup bahasa menyegarkan tubuh yang disapa. Itik, tupai arnab bebas berkeliaran. Suasana yang tidak ada di Malaysia. Sesiapa saja yang melihat pasti terpukau. Semuanya seperti fatamorgana. Namun, keindahan itu tidak mampu mengukirkan senyuman diwajah anak muda kelahiran Perlis ini. Dunia seolah-olah tiada seri baginya lagi. Musim panas terakhirnya di bumi Eropah disambut sepi tahun ini. Uwais al Qarni. Pelajar tahun akhir kimia university of warwick. Salah satu university di daerah terpencil coventry. Record kecermelangannya sepanjang pengajian membuka mata ramai pelajar-pelajar tempatan disni. Tambahan pula statusnya sebagai muslim membuatkan dia sering menjadi buah mulut teman-temannya di sini. Dia tidaklah tergolong dengan golongan yang dikira kacak. Namun, senyumannya  bisa membuatkan sesiapa yang melihatnya tenang. Yang bermasalah lupa akan masalah yang dihadapi, yang sedih bisa mengubat hati. Bicara yang keluar dr bibirnya amat mennyanangkan. Halus , lembut dan penuh adap dan sopan. Bijak melarutkan diri dengan persekitaran tanpa perlu menjejaskan prinsip-prinsip hidup yang dipegang. 


Namun, sejak kebelakangan ini wajah Uwais telah hilang seri. Bukan sahaja wajah, bahkan bayangnya juga sukar dijejaki. Padang bola di hujung campus kediamannya kini menjadi rumah keduanya. Kebanyakkan waktunya dihabis kan berteleku ditu. Waktu terus berputar. Malam kian hilang pekatnya. Mentari mencuri-curi ingin menebarkan cahanya. Begitulah keadaan summer di bumi Eropah ini. Siangnya panjang dan malamnya cukup singkat. Rahmat bg yang berfikir tentang kekuasaan Tuhannya.  Tubuh kaku Uwais masih tetap disitu. Pinggir padang jauh dari hiruk pikuk manusia. Tenggelam dengan perasaan yang sama. Dia masih mencari rasa yang kian hilang, cinta yang kian terpendam. Cuba dibaikinya berkali-kali, namun tetap tidak membuahkan hasil. Malam seolah-olah tiada bedanya lagi dgn siang bg pemuda awal 20-an ini. Mentari siang yang menyinar tidak mampu menyinari hati anak muda ini.


''Allah....''


Seringkali keluhan itu terbit dari bibirnya. Berat dan penuh rasa. Rasa yang tidak diketahui sesiapa. Bahkan dirinya sendiri juga tidak mengerti. Rasa itu hnya dipendam tanpa cerita. Burung dan rumput menjadi temannya sekarang. Angin menjadi rakan yang membelai tubuhnya. Jika dahulunya dakapan ukhwah sering memeluk dirinya, namun kini, dia semakin cuba menjauh dari mereka-mereka yang berada dalam grabak dakwah. Dahulunya fikirannya hanya disibukkan  dengan dakwah, mad'u dan program. Namun skrng dia  seperti manusia baru yang jauh bezanya dari Uwais yang dahulu. 


Kenapa??


Dia sendiri tidak untuk menjawab persoalan itu. Puas dicari bicara untuk di luah. Namun yang ada cuma derisan angin kosong tanpa kata. 


Mujahid, anak kelahirsan separuh patani memandang sepi susuk rakannya d hujung padang bola. Sesekali tubuh sasanya menggigil di sapa angin malam. Akalnya sudah habis fikir ulah rakannya sekarang. Dia sudah hilang rentak rakannya. Uwais sudah tidak seperti dirinya lagi. Jika dahulu senyuman sering diwajah tanpa paksa, kini, senyuman yang tinggal hanya di buat-buat. Kelat tanpa perisa. Bicaranya juga telah hilang. Sepatah yang di soal, sepatah juga yang dijawab. Itu mujur jika ada jawapan. Selalunya hnya dibalas dengan senyuman kelat yang tidak ada penafsiran maksud pada soalan2 yang d tanya.  


Tubuh uwais semakin di dekati. Lelaki anak kelahiran perlis itu kelihatan begitu asyik dengan perasaannya hingga tiak menyedari kehadiran mujahid. 


''Cantikkan malam ni''


Sapa mujahid sekadar berbasa basi. 


'......' 


Esok aku ingat nak ke City. Nak cari sauvenir nak bawa balik Malaysia. Kau nak ikut? 


Seperti biasa soalannya dibalas sepi. Tiada bicara yang keluar dr mulut Uwais. Hati Mujahid sebak. Entah mengapa malam ini dia begitu sensetive. Tubuh Uwais kemudiannya dipeluk erat seperti itu pelukan terakhir sebelum perpisahan yang panjang. Kumudian mujahid membisikkan sesuatu ketelinga Uwais..


''Aku sayangkan engkau kerana Allah!'


Tegas dan padat. Lantas pelukan dilepaskan dan mujahid terus berlalu meninggalkan Uwais disitu. Terkebil-kebil Uwais dengan tindakan rakan karibnya itu. Mata Uwais memandang sepi langkah mujahid yang kian hilang disebalik kelam malam. Deraian air mata gugur juga di wajah anak muda itu. Malam itu Uwais menangis semahunya. Bisa bicara mujahid benar-benar menyentap hati Uwais. Tidak siapa yang tahu apa yang dipendam hati anak muda ini. Jauh di sudur hatinya tidak lepas dari berdoa kepada Rabnya untuk diberi kekuatan atas apa yang menimpa sekarang ini. 


Di satu sudut yang lain, setibanya Mujahid di kamarnya, dia terus mengambil wuduk  dan solat sunat 2 rakaat. Pada sujud yang terakhir mujahid menangis semahunya. Mengadu pada Tuhannya yang Maha Tahu. Meminta agar diberi kekuatan kepada rakan seperjuangannya. Rakan yang sudah dianggapnya sebagai saudaranya sendiri sejak dia menjejakkan kaki d bumi UK ini. Mujahid buntu. Tidak tahu apa yg bisa dibantu. Diamnya Uwais benar-benar melumpuhkan dirinya. Dahulu mereka sering bersama. Gabungan Uwais dan Mujahid benar-benar memberi impak yang besar pada pelajar2  muslim d bumi Eropah ini. Mereka seperti  Amru Al Ars yang tegar menyebarkan Islam di mana saja dan dengan cara pelbagai. Memudahkan apa yang disusahkan dalam agama. Menerangkan dgn jelas satu persatu tenatng agama yang telah kian kabur dgn pelbagai perkara bida'ah dan perkera2 yang memberatkankan yang tiada dalam sunnah.


Namun, sejak Uwais telah berubah secara tiba-tiba, dirinya seolah-olah kehilangan sebelah tubuhnya.Dia tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa. Telah dia muhasabah kembali andai ada bicara yang tersalah yang melukakan hati temannya itu. Dia juga telah risik kemalaysia andai ada berita buruk yang menimpa Uwais. Di soalnya juga professor2 Uwais tenatng pelajaran Uwais andai ada subject yang gagal. Namun semuanya tidak memberikan apa2 jawapan yang membawa kepada perubahan sikap Uwais. Dia sudah hilang ikhtiar. Hanya doa kepada yang Maha Kuasa yang bisa dia lakukan untuk memperbaiki apa yg sedia terjadi. Malam itu, kedua-dua anak muda ini llarut dalam tangisan mengharapkan kekuatan dari Illahi. Hati mereka basah dgn zikir memuji yang Maha Tinggi. Angin yang sepoi-sepoi bahasa membawa perasaan mereka bersama.. Dua anak muda yang diharapkan untuk menggegar dunia. .


**************************************Bersambung********************************************





Friday, May 4, 2012

Terbanglah tinggi-tinggi

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Terbanglah tinggi-tinggi....

Namun jangan dilupa pada bumi.Kerna bumi itu tempat tujahan kita untuk melonjak dgn lebih tinggi..Tempat kita mengumpul bekal sebelum d hisab bertemu Illahi..

Terbanglah tinggi-tinggi..

Bawa pergi segala benci..bawa pergi segala sakit hati..bawa pergi segala keburukan diri..Tinggalkan jauh-jauh,muatan yang tidak ada erti.. dan kembalilah kebumi untuk membawa kesayanganmu pergi..

Terbanglah tingi-tinggi...

Mencari rasa yang hilang..menyuluh jiwa yang kelam..mengejar nikmat yang terbayang..


Terbanglah tinggi-tinggi..


Kerna bumi tidak akan bisa mengerti rentak hatimu..Walaupun seisi duinia telah kau kabarkan kalam kalbu..Kembalilah kepada Illahi..kerna di sana pasti kau temui..

Terbanglah tinggi-tinggi..

Sebelum mentari terbenam lagi..Kerana di situ kau harus mencari kekuatan hati..Menerangi kelam menyusuri bumi..

Terbanglah tinggi-tinggi..

Mungkin satu saat kau tak bisa terbang lagi..kerna  keterbatasan dari Illahi..Namun sekarang kau masih bisa lagi..maka ayuh..ayuh kita terbang tinggi..

Terbanglah tinggi-tinggi..

Agar mutiara-mutiara tidak kelihatan d bumi..hilang di sebalik silauan mentari..

(4/5/12- Redfern, university of warwick.)




''Ajarilah jiwamu untuk terbang tinggi, nescaya ia tidak akan suka dengan kerendahan. Kenalkanlah kepadanya kemuliaan, nescaya ia akan membenci kehinaan. Rasakanlah kepadanya kesenangan rohani yang besar, nescaya ia akan meremehkan kesenangan jasmani yang kecil. ''

(Sheikh Muhammad Ahmad ar Rashid) 

Saturday, April 28, 2012

Guide me all the way..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Allah...serius rasa down dgn beberapa perkara yang berlaku sejak dua menjak ini..bukan down dgn manusia lain atau persekitaran atas apa yang berlaku, namun dgn diri sendiri..Diri yang mana akan dipertanggungjwbkan di akhirat kelak..

Bangun pagi td, ayat pertama yang aku terlintas d tangkapan mata benar2 membuatkan aku menjadi takut..Laju butiran air mengalir

''Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk, dan barang siapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang rugi''
( Al-A'raf- 178 )

Ya Allah, janganlah kau jadikan hamba ini termasuk dalam golongan yang rugi...Pimpinlah hamba dalam setiap tindakan bahkan gerak hati hamba juga..jgn lah Kau sesatkan..


 

I know that You could easily

Take away every thing You’ve given me

And I try to remember

Not to take anything for granted

‘Cause I know that one day

Suddenly this will all come to an end

So my last wish is for you to be pleased with Me

Chorus:

Allah, Ya Allah

Guide me all the way to your Jannah

Ya Allah, Ya Allah

Don’t let me go astray ’cause I need you

By my side, I wish to be close

Close to You throughout my life

Ya Allah, oh Allah!

Be with me all the way

I know that sometime I do

I do forget that my last breath could be the last

Forgive me ’cause I cant thank you enough

Forgive me when I doubt your love

Now I pray for that day

when all this stops and comes to an end

Somy my last wish is for You to be pleased with me

CHORUS

Day by day passes

And I think that my time could be near

So I pray: O God let this world be in my hands

And not in my hear

‘Cause soon I’ll have to leave it [X2]

CHORUS [X3]

Guide me all the way

Don’t let me go astray


Wednesday, March 7, 2012

Fasobrun Jamil...

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Alhamdulillah, waktu yang aku nantikan telah hampir saja tiba. Begitu dekat hinggakan aku sudah bisa menghitung detik waktunya. Insyallah aku bakal menghadapi peperiksaan akhir tahun dua hari lagi..Peperiksaan terakhir aku d tanah Britain ini..Peperiksaan yang menentukan hala tuju aku seterusnya ke alam kehidupan yang lain. Kehidupan yang aku yakin akan jauh berbeza dgn sekrng dan lebih mencabar dan memerlukan lebih kesabaran..

Tentang persiapan..Allahua'lam..Aku sedaya upaya mencuba untuk terus konsisten dalam mengulang kaji. Sedaya upaya meletakkan usaha yang maximum pada setiap yang aku lakukan..Bukan sahaja dalam soal dakwah dan tarbiyyah..tetapi juga pelajaran dan kehidupan...Namun..manusia itu hidup bukan sendirian..pasti akan dikaitkan dgn insan lain dan juga makluk d persekitaran..

Alhamdulillah Allah berikan aku ketenangan dalam menghadpi peperiksaan yang akan tiba ini. Aku tidak gementar seperti biasanya..Dan juga Allah murahkan rezeki aku d mana-mana. Aku yakin ini adalah nikmatnya supaya aku menjadi hamba yang lebih bersyukur kepada penciptanya. Dan aku akan cuba untuk tidak mensia-siakannya. Tapi apa yang menghimpit rasa aku skrng bukan material dan peperiksaan. Namun ia adalah insan..

Sebagai hamba yang terbatas pengetahuan..terhad keupayaan dan segala sesuatu yang aku miliki hnyalah pinjaman, aku kadang kala kaku dgn untuk membuat keputusan. Aku tak mampu memenuhi segala yang perlu aku penuhkan..Namun, atas landasan atau limit apakah aku meletakkan keterbatasan itu? Aku bimbang jika aku tidak menggunakan segala sesuatu yang Kau pinjamkan ini dgn sebaiknya wahai ya Rahman. Namun aku tidak tahu d mana letakknya kemuntijan segala yang aku pertimbangkan. Allahu rabbi...

Aku amat2 tak mampu memenuhi expectation manusia dan aku tahu bukan itu yang aku kejar sebenarnya..Dan aku juga bukan mereka...Dan aku sedar mereka juga bukan diriku. Yang Kau berikan kepada kami berdasarkan apa yang kami perlukan..Ya..aku yakin dgn itu ya samiq..Namun sesungguhnya hny Engaku yang mengerti apa yang aku rasa..Walau sedekat mana pun manusia itu dgn ku..mereka bisa saja tidak mengerti setiap ulahku dan bisa shj secara tidak sengaja mengguris hatiku baik dgn hnya perkataan lembut yang keluar dr bibir mereka..Maafkan hamba wahai Allah..

Maafkan hamba wahai Allah..kerna hamba tidak menjadi seseorang yang berguna untuk hamba2 Mu yang lain.. Hamba mohon..Kau pinjamkanlah hamba kekuatan dan pedoman agar hamba bisa terus bergerak bekorban..Janganlah Kau jadikan hamba sebagai seorang yang menyusahakan manusia2 yang lain d sekelilingku..JAdikanlah hamba sebagai salah seorang penunjuk jalan ke syurga..Bukannya pembuka jalan ke neraka..Dan hamba mohon ya rahim..limpahkanlah hamba dengan kesabaran..Kerna hamba teringin sngt untuk merasakan keindahan..Keindahan bersabar keranaMu wahai Ya Rahman..

Thursday, March 1, 2012

Ya Humaira'

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

''Humaira' .. I will call you this name from now on''

Aku tersentap pabila salah seorang temanku ingin memanggil aku dgn nama ini.Namun terselit rasa nyaman dan bahagia..Humaira'..Satu nama yang amat beharga bagi diriku.. Nama yang menjadi impian aku sejak dulu. Bukan aku tidak bersyukur dgn nama yang aku miliki skrng, namun..satu kegembiraan yang amat sngt bagiku andai nama ini dijadikan sandaran.. Nama yang menjadi panggilan Rasulullah kepada isteri tercinta, seorang wanita yang menjadi tulang belakang dakwah Baginda..panggilan manja Rasululluh kepada si manis bakal bidadari syurga..

Ia bukan sekadar nama..Namun bagiku ia suatu doa..Moga aku juga dapat menjadi sepertinya....

Humaira' d di dunia..hurun ain d syurga..

Ameen ya rabb..

Tuesday, February 14, 2012

Masuk tak bertambah..Keluar tak berkurang..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita pulang..

Pulang??

Pulang ke mana? Bertemu Allah? Bila??

Sedar atau tidak kita dgn hakikat ini? Atau bisa saja kita tnyakan diri kita yakin atau tidak

dgn lafaz ini. Bagi diriku, untuk pulang kepada Allah adalah sesuatu yang amat aku impi-

impikan..Salah satu impian terbesar aku. Lbh besar dari impianku untuk menjadi guru..Bahkan

lebih besar lg dari impianku untuk menjadi anak yang solehah, isteri yang solehah dan d

kurniakan anak yang soleh dan solehah..Namun, tetap saja pada hakikatnya aku ini adalah

seorang insan yang seringkali melakukan kesilapan.Yakni aku juga gusar untuk kembali

bertemu Allah dgn penuh kesalahan.. Namun aku yakin dgn janji Tuhan..

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, bersabda dalam hadits qudsy, Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Wahai para hamba-Ku, sesungguhnya kalian berbuat dosa di siang dan malam hari, dan Aku akan mengampuni seluruh dosa, maka minta ampunlah kepada-Ku, niscaya akan Aku ampuni dosa-dosa kalian” (HR. Muslim).

Ya..Aku sebenarnya takut untuk kembali kepada Allah..Takut untuk mati..Kerna aku tidak ada apa2 yg blh ku bawa dan persembahakan padaNya..Aku takut kembali dgn keadaan membawa pulang dosa..Namun, dunia ini amat fatamorgana..Hingga ada yang merasakan dunia ini begitu mempersona dan untuk mendapatkan syurga itu menderita..Aku penat dgn dunia..Aku penat dgn perasaan d himpit dunia..Hingga kadang kala aku terduduk..Berfikir kembali apa yang aku kejar sebenarnya..

Sehebat manapun seseorang manusia itu.Pabila dia mati..Hnya 3 hal yg akan di ingti selepas dia pergi..

Si pulan bernama sekian-sekian, lahir pada tanggal sekian-sekian dan mati pada tanggal sekian-sekian.

Yang bedanya..untuk apa dia hidup dan kepada siapa dia menyerahkan kehidupan.Aku amat risau menjadi orang yg termasuk dalam golongan yang rugi.Datangnya dia tidak memberi makna..perginya dia tidak memberi rasa..Aku terfikir dgn diriku sendiri...Di mana aku pada mata Allah..Adakah layak untuk aku mengaku umatnya Rasulullah..

Astafirullah...

Entah la..post kali ini hnya untuk muhasabah diri..bnyk sngt perkara yg mendushkan hati berlaku.Alhamdulillah aku masih berhidup hingga kesaat ini.. Untuk saat seterusnya..aku tak pasti..Moga2 saat yang mendatang itu adalah rezeki yang d berkahi..

p/s: tidak penting siapa kau sebelum ni. Tapi apa yang penting adalah siapa kau sekrang dan apa yg ingin kau perbuat pada masa mendatang..


Saturday, February 11, 2012

Hafalan solat Delisa

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Lagi dekat nak exam ni, mcm2 la yang nak tgk. Haish...Tapi tak pa. Cerita ni really inspired untuk lebih tekad study insyallah.

Keazaman..
Kasih sayang seorang Ibu..
Redho dgn apa yg di tentukan..

Aku tak tahu aku akan bagaimana jika diberi ujian yang sebegini..

(Surah Al-Baqarah : 286)

Allahua'lamm